MENGAPA TERCETUSNYA 13 MEI 1969.

By // No comments:

MENGAPA TERCETUSNYA 13 MEI 1969.

Siri 1.

OLEH MOHD H ROSLAN

Sebenarnya saya agak bosan juga membaca penulisan-penulisan yang berulang-ulang dikongsi oleh para teman apatah lagi di buat rujukan, kerana pada saya sepatutnya penulisan sejarah haruslah berkembang saban tahun kerana penemuan data-data baru melalui penyelidikan dan “literature review”. Sangat rugi apabila penulisan sejarah daripada pelbagai pemikiran tidak dilihat sebagai satu alat untuk melihat sejarah dengan lebih luas. Saya berharap tulisan ini diterima masyarakat kerana ia adalah sejarah yang tak bisa dikembalikan lagi. 

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan detik cemas dan menakutkan dalam sejarah negara khasnya bagi mereka yang melaluinya sendiri. Setelah 50 tahun peristiwa ini berlalu sejauh mana semua kaum faham dan meneladani hal ini?, dan sejauh mana sejarah ini dijadikan alat propaganda di antara kesemua kaum di dalam negara ini. Ini satu persoalan dasar yang harus di kaji dan di nilai oleh setiap dari kita yang saya yakin pernah bersekolah bersama. 

Namun tidak dapat tidak sudah pastilah peristiwa ini mempunyai satu sejarah yang panjang dan tidak seharusnya hanya bertumpu kepada “kisah penyapu DAP” sahaja. Ia harus dilihat dengan lebih luas dan mendalam. Mahu atau tidak saya mesti menjawab apa yang sering diucapkan oleh orang Cina khasnya kerana mereka dilihat seperti “play victim” dalam hal ini. 

Beberapa bulan sebelum ini juga saya pernah berkongsi tulisan-tulisan pendek tentang beberapa peristiwa penting dari tahun 1948 hinggalah 1957, namun apakan daya kerana menyingkap sejarah Perikatan saya dianggap telah belot kepada bangsa saya. Namun bukankah semua Cina itu adalah Cina? tanpa mereka ideologi mereka.  

Pembaca harus berfikiran luas dan matang dalam menilai sejarah kerana semua kaum tanpa mengira lapisan dan ideologi masing-masing sebenarnya sedang mengangkat maruah dan kuasa bangsa masing-masing. Justeru itu jika dilihat kepada sejarah kaum Cina dalam hal politik Tanah Melayu sebelum wujudnya AMCJA, tiada langsung parti lain yang mewakili kaum Cina. AMCJA sajalah wadah perjuangan orang Cina dalam menuntut hak yang sering mereka katakan iaitu “kami juga berhak mendapat keistimewaan yang diperolehi oleh orang Melayu kerana tanpa kami Tanah Melayu tidak akan maju!”

Kemudian barulah datang PKM yang bersifat lebih agresif namun dilihat tidak mampu mendapat sokongan orang Cina sendiri apatah lagi AMCJA merupakan sebuah persatuan yang dipengaruhi oleh fahaman nasionalis Kuomintang. Di negara asal mereka sendiri iaitu China, kedua-dua puak ini saling menentang dan bercakaran sehingga tahun 1949 dan pada ketika inilah MCA diwujudkan oleh Tan Cheng Lock yang sebelum ini merupakan Presiden AMCJA malah kedua-dua parti ini dibantu oleh Tun HS Lee.

Oleh itu sehingga tahun 1965 sebelum tertubuhnya DAP, hanya MCA sajalah wadah perjuangan politik seluruh kaum Cina manakala orang Melayu pula waktu itu mempunyai banyak pilihan samada UMNO, IMP, PKMM, AWAS, Hisbul Muslimin dan banyak lagi. 

Kegagalan AMCJA-Putera (diwakili oleh golongan kiri Melayu) dalam cadangan Akta Kerakyatan 1948 telah menyebabkan AMCJA terbubar dengan sendirinya dan semua gabungan PUTERA pula diharamkan oleh British kerana dianggap bersekongkol dengan PKM. Oleh itu maka dengan mudahnya British menyuruh UMNO bergabung dengan MCA yang selama ini dianggotai oleh golongan peniaga Cina yang banyak bekerjasama dengan British selama ini.
Dalam Akta Kerakyatan 1948 banyak perkara yang telah diperdebatkan oleh semua wakil namun sudah pastilah yang paling mendapat perhatian ialah kerakyatan secara Jus Soli yang ditukarkan dengan hak istimewa orang Melayu. Agak hairan juga kenapa wujud hak istimewa ini sedangkan negara ini adalah milik orang Melayu dan diakui oleh semua pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu.

Selepas kegagalan pakatan AMCJA-PUTERA, Tan Cheng Lock kemudiannya menubuhkan MCA dan telah menganggotai Liason Committee yang turut disertai oleh wakil UMNO dan sekali lagi MCA meminta hak kerakyatan dan alasan utama MCA ialah keganasan PKM pada ketika itu. Selepas beberapa kali rundingan akhirnya semua pihak bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan dan kaum pendatang harus mengakui dan menerima bahawa 

1.       Tanah Melayu adalah hak orang Melayu melalui Sultan-sultannya yang telah diakui oleh British
2.       Orang Melayu adalah tuan kepada negara ini dan mesti diakui sebagai kaum utama.
3.       Orang Melayu harus menerima hakikat bahawa kaum lain akan duduk tinggal bersama dengan orang Melayu di negara ini dan menerima semua hak sebagai rakyat di negeri-negeri Melayu seperti mana yang diterima oleh orang Melayu kecuali dalam beberapa hal lain yang akan ditentukan kemudian.  
4.       Kerajaan akan memberi subsidi kepada orang Melayu yang ingin berniaga dan membantu orang Melayu dalam bidang perniagaan yang mereka ceburi.
5.       Orang Melayu mesti mendapat kuota sebanyak 51% dalam apa jua perniagaan bersifat kapital.
6.       Orang Melayu berhak untuk mendapat biasiswa, kuota pendidikan dan peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan. 

Dato Onn bersetuju dengan cadangan Jus Soli pada tahun 1950 namun pada tahun 1951 beliau telah digantikan pula oleh Tunku Abdul Rahman.  Walau pun begitu isu kerakyatan telah menjadi topik utama para nasionalis Melayu termasuk semua parti haluan kiri Melayu kerana merasakan Tanah Melayu harus merdeka seperti mana Indonesia dan mestilah mentadbir Tanah Melayu dengan caranya sendiri. Malah diusulkan juga agar semua kaum minoriti “diMelayukan”. Cadangan ini telah mendapat tentangan hebat daripada MCA dan persatuan-persatuan Cina kerana ia akan menghilangkan identiti mereka pada masa depan. Akhirnya akibat desakan demi desakan kepada British dan TAR yang merasakan perlu untuk bertolak ansur maka “negara” telah memilih prinsip integrasi kaum yang mana semua kaum berhak mengikut cara dan haluan mereka tersendiri yang secara tidak langsung menyambung tradisi “pecah perintah” yang sekian lama diamalkan oleh British.

Maka tercetuslah bibit api perkauman pertama di kalangan orang Melayu.

-Bersambung.


Sila dapatkan buku ini. Hanya RM 40 beserta pos. Tekan www.wasap.my/60193375478/tbns


Sumber
Isu DwiKerakyatan 1948, USM
Mitos Pribumi Malas, DBP
History of MCA, Oxford Press
The Chinese In Malaya, Oxford Press
Tanah Baru Naga Selatan, Geroda Merah Press.