TEMBOK KOTA MELAKA

By // No comments:
MISTERI KAYU ATAU BATU.


KitabsejarahmalayaKisah tentang tembok kota Melaka ni bukan setakat hendak membuktikan kayu atau batu. Bukan juga hendak menidakkan kekayaan Melaka tapi disebabkan hendak menerangkan dengan jelas betapa hal ini memerlukan satu penyelesaian yang sangat2 jelas.

Hipotesis dan polemik tentang kota mungkin saja berlaku namun pihak-pihak yang mendakwa dakwi tidak pula mengeluarkan apa bentuk kajian yang dapat di terima.

Sekadar mempopularkan hal ini dengan menekankan kekayaan Melaka itu menyebabkan ia boleh berbuat apa saja termasuklah jambatan emas.

Persoalan aku mudah, kalau kau kata batu kenapa takda data emperikal atau pun ekskavasi yang jelas menerangkan hal ini?

Kepentingan sejarah Melaka ini disebabkan pendapat sejarawan iaitu Prof Yusuf Hashim dan Prof Khoo Kay Kim yang menyatakan bahawa pensejarahan Malaysia harus bermula dengan Melaka.

Malah kajian2 tentang Melaka sebelum ini dipopularkan oleh orientalis seperti Windsted, Raffles, Farquhar dan lain-lain.

Malah penterjemahan bahan catatan manuskrip Portugis di mulakan pada awal 1900. Jadi hal ni korang kena faham betul-betul. Bukan setakat kau jumpa batu kemudian kau bukak google dan cakap Borobudur dan Angkor Wat dah ada tapi kenapa Melaka guna kayu pulak.

Betulnya kalian tak paham persoalan sebenar, yang dipersoalkan ialah pasal TEMBOK, bukan istana atau pun bangunan.

Tapi disebabkan nak tunjuk lagak maka pernyataan aku tadi di pusing dan diplotkan konspirasi terancang untuk membunuh pemikiran baru dalam dunia sejarah. 😂😂😂

Seperti yang aku cakap sebelum ni kajian ini akan menentukan sejauh mana mobilasi tentera Melaka dan bagaimana formasi pertahan tentera Melaka. Walaupun aku sendiri tidak begitu yakin akan jumpa formasi ini.

Jadi jangan merasa goyang kalau aku tulis tembok Melaka di bandar hilir tu dari kayu, kalau kau rasa dari batu silalah berbahas dengan penulisan gaya ilmiah.

Setakat nak tulis ala-ala hipster atau kumpulan artikel tahun lepas lebih baik jangan campur hal ini.

MHR