Melawan Penjajahan Hikayat dan Sejarah Melayu.

By

Persoalan pertama saya adakah kita benar-benar melawan penjajah?

Selepas semua negara2 di Asia Tenggara merdeka apakah setiap dari kita berdiri dengan kaki sendiri dari semua sudut terutama sekali melibatkan pendidikan dan jati diri bangsa?

Mungkin pada satu sudut ada diantara negara-negara ini berperang untuk mencapai kemerdekaan namun apakah selepas itu ia berjaya meninggalkan buah fikir penjajah?, persoalan ini kalian harus lihat dengan begitu teliti kerana ia sangat halus dan jarang sekali dipandang.

Cukuplah saya sudutkan kepada negara kita ini, dari segi kebudayaan dan sejarahnya apakah kita sudah merdeka?, dan hari ini kita sering melihat #bangsamelawan tapi siapakah yang kita melawan itu?. Mohon senaraikan saya buku zaman kini yang melawan penjajah khasnya buku indie.

Sepanjang abad ke 20 kita menyaksikan sebegitu besar sumbangan yang dilakukan oleh pemikir kolonial seperti Windsted, Blegden, Coedes, Wilkinson dan ramai lagi sehinggakan bahan penulisan mereka itu sudah menjadi bahan paling wajib apabila hendak membuat kajian dan tidak lansung dicabar mengikut kefahaman dan kebudayaan kita sendiri.

Dari hal buku dan penulisan sejarah di media sosial, apakah penulisan yang wujud hari ini menghuraikan sejarah Melayu mengikut pemikiran Melayu itu sendiri dan menolak bulat-bulat kolonisasi itu?, penerbitan atau perjuangan hari ini walaupun menjaja perjuangan bangsa namun pada hemat saya masih lagi terjajah dan apakah mereka2 "pejuang sejarah atau bangsa" dalam apa jua medium sudah cukup melawan? pada saya mereka masih ditakuk lama, sekadar diatas dasar saja (geli2). Nyatanya pada saya mereka hanya populis dan mencari makan dengan cara begitu (seperti pemikiran ahli politik).

"Bangsa selepas merdeka walaupun sudah bebas namun tidak dapat meninggalkan kebergantungan mereka kepada kolonial untuk membentuk sejarah dan jati diri mereka sendiri"
(Tan Pek Leng, 2008,Sejarah Asia Tenggara Moden)

Apakah yang anda faham pada petikan ini?, huraikan sendiri.

Sebagai contoh, semua hikayat-hikayat yang kita baca hari ini, perumiannya dibuat oleh ahli British dan hingga kini dalam tak sedar kita mengikut apa yang mereka fikirkan sesuai kepada Melayu yang sering digambarkan sebagai orang2 Hindu-Buddha yang kuat mengamalkan agama ini.

Menurut Edward Said penulisan orientalis ini muncul pada abad ke 18 yang melahirkan tanggapan bahawa tamadun Alam Melayu bersifat kuno, walaupun begitu segala ilmu-ilmu kuno ini pula digedungkan dalam satu kepustakaan Barat yang memberikan ilmu dan idea baru kepada mereka. Oleh itu menurut Edward Said Orient (ketimuran) ini adalah satu bentuk kesedaran palsu skala besar yang telah menggilakan orang-orang Barat.
(Edward Said,2006, Orientalism)

Pemikiran ini pula disalurkan dan ditentukan melalui taraf-taraf mereka dengan cara menyampaikan ia ke dalam sistem pendidikan dan yang paling mustahak ialah menanamkan imej mulia para pegawai kolonial, kehebatan tamadun barat dan ketulusan penaung Inggeris memajukan Tanah Melayu.
(Kamarudin Mohd Said, 2005, Pemikiran Pasca Kolonial Peribumi dan Kepengarangan Sastera Melayu)

Pernah Windsted mendakwa bahawa Islamnya Melayu berasal daripada pengaruh India oleh kerana kebudayaan dan agama Hindu yang pernah dianuti orang Melayu dan hal ini ditentang sehabis-habisnya oleh Naquib al Attas.
(Naquib al Attas, 1990, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu)

Begitu juga halnya dalam penulisan sejarah, kita masih lagi terikat dengan apa yang mereka tinggalkan.
"Racunlah sejarah bangsa itu"

Saya menentang pemikiran ramai Melayu yang suka menyebut hal ini kerana bukankah logik akal dan dengan kudrat Allah, selepas pokok itu diracun akan lahir pula benih baru selepas hujan dan apakah sebidang tanah yang diracun itu tidak meninggalkan sisa tumbuhan?.

Jesteru itu, kita menulis sejarah tidaklah boleh mendakwa telah membuat pembongkaran yang maha besar selagi mana penulisan kita itu sekadar memetik sumber barat atau beberapa buah sumber dan lansung tidak melontarkan buah fikir kita sendiri sebagai masyarakat tempatan serta dalam masa sama kita sendiri tidak memahami budaya lama Melayu seperti berkias dan membuat sindiran serta tatacara antara rakyat dengan bangsawan dan golongan raja.
(Ahmat Adam, 2016, Antara Sejarah & Mitos)

Jika difahami semua ini, maka belajarlah melawan dengan keras! bukan sekadar menjadi kapitalis atau populis yang sekadar menjerit memperjuangkan peribadi bangsa sedangkan disebaliknya sekadar memakai topeng pemikiran politik kotor. (ditujukan kepada ahli sejarah pahlawan kibod)

MHR.