INSKRIPSI LAGUNA : HILANGNYA IDENTITI MELAYU FILIPPINA

By
INSKRIPSI LAGUNA : HILANGNYA IDENTITI MELAYU FILIPPINA
Pertempuran Mactan 1521

Kita sering membaca perihal Melayu Polinesia dan menyebut akan beberapa negara yang berada dekat dengan kita antaranya ialah Maharlika (Filipina). Namun sejauh mana kita mengetahui saudara kita itu ?.

Di dalam sejarah silamnya tidak begitu banyak perkara yang di ketahui mungkin kerana di Negara kita, pendedahan kepada sejarah mereka adalah kurang dan kebanyakkannya hanya bertumpu kepada Sulu memandangkan nama orang-orang Sulu seringkali muncul di dalam lipatan sejarah Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun begitu negara tersebut juga menerima pengaruh Islam dan telah pun menjadi sebahagian dari umat Islam yang rata-ratanya berada di kawasan selatan negara tersebut.

Pada tahun 1990 sebuah inskripsi bernama Laguna yang di tulis di atas kepingan gangsa di temui dan telah pun di beli oleh Muzium Negara Filipina. Kepingan ini kemudiannya di analisa oleh Antoon Postma seorang pakar Filipina kuno dari Belanda. Pada peringkat awal beliau melihat tulisan di atas kepingan tersebut adalah sama dengan tulisan Kawi dan tarikh bertarikh 822 Sakya ataupun 900 Masehi seolah-olah membuktikan tentang perkaitannya dengan zaman Srivijaya.

Akhirnya beliau telah menghubungi De Casparis (Belanda) yang pakar dengan sejarah kuno Indonesia untuk membantunya membuat kajian. Setelah melihat kepingan tersebut De Casparis bersetuju bahawa kepingan tersebut mengandungi beberapa bahasa termasuk Sanskrit dan ia wujud pada zaman Srivijaya.

Pada tahun 1996 sejarawan Filipina iaitu Hector Santos telah cuba untuk memecahkan kod (menterjemah tulisan) pada kepingan tersebut kepada kalendar Masihi dan beliau berjaya membuktikan bahawa kepingan logam itu di tulis pada 21 April 900 Masehi.

Inskripsi tersebut berbunyi :-

”Kami memaafkan keturunan Namwaran dengan hutang sebanyak +-1 kilogram emas, dan emas tersebut dihadiahkan kepada ketua puak Tondo yang menguasai Paila, Binwangan dan Pulilan (kini di dalam daerah Luzon) dan dengan surat ini (kepingan logam) adalah bukti bahawa Namwaran telah pun melangsaikan hutangnya kepada kami.”

Bahasa pada kepingan tersebut juga bercampur dengan bahasa Melayu kuno, Jawa kuno dan Tagalog kuno. Penemuan kepingan ini sedikit sebanyak telah membuktikan bahawa terdapat hubungan dagang antara kerajaan-kerajaan di Fillippina dengan Negara sekitarnya yang pada waktu itu di kuasai oleh Srivijaya dan kepingan ini juga menjadi bukti akan kewujudan bahasa Maharlika (Filipina) iaitu bahasa Tagalog.

Walaubagaimana pun menurut sejarawan tempatan, sejarah bangsa asal Filipina telah banyak dimusnahkan oleh orang Sepanyol yang tiba di sana semenjak 1521 dan sejak itulah juga orang-orang Melayu Maharlika (Filipina) diubah minda dan budaya mereka sama seperti orang-orang Sepanyol termasuklah dengan memeluk agama Kristian yang kemudiannya bertukar tangan kepada Amerika pada abad ke 19.

Gambar : Pertempuran Mactan 1521.

Sumber :-

1. The Laguna Cooperlate Inscription – Paul Morrow
2. Sejarah Maharlika (Filipina) – Pelbagai sumber

- SBYB -