Hikayat Melayu Tak Guna

By


Semalaman baca tulisan Prof Muhammad Salleh, Prof Harun Mat Piah, Almarhumah Prof Siti Hawa Salleh dan Prof Umar Junus betapa mereka menekankan peri pentingnya mengangkat karya-karya hikayat Melayu mengikut cara kita sendiri, sekian lama kita terjajah pemikiran sehingga menganggap hikayat2 Alam Melayu sebagai mitos dan lagenda hingga kita menolak habis kesemuanya.

Bagi pengkaji Barat hikayat Melayu tidak mempunyai nilai sejarah yang jitu menurut sekularisasi ilmu mereka dan mereka seringkali berasa hampa kerana tidak dapat membuat apa-apa penemuan dalam hikayat Melayu oleh itu bagi mereka hikayat Melayu adalah saduran daripada epik hindu. Akhirnya mereka menolak terus hikayat-hikayat kita.

Sedang dalam masa sama kita diajar untuk menerima lagenda dan mitos Greek, Mesir dan pelbagai lagi tamadun sebagai satu karya historiografi atau satu karya sejarah dalam bentuk penulisan zaman tersebut.

Oleh sebab itu ada pihak menganggap hikayat Melayu sekadar cerita kosong dan rekayasa semata-mata dan menolak terus karya2 ini dan mereka itu adalah sebahagian dari kita.

Dulu saya mengaji sekadar minat dan bukan pelajar cemerlang pun. Tapi lama2 membaca ni saya rasa ilmu2 sampingan seperti antropologi, sosiologi, sastera, sains politik, arkeologi sangat penting untuk memperincikan penulisan sejarah dan paling utama ialah melawan penulisan barat yang menjajah Melayu secara halus.

Terus terang saya cakap selagi kita tak paham budaya Melayu yang berubah dari zaman berzaman maka kita akan terus beretorik dengan hikayat kita sendiri dan menolak pemikiran kritis orang dahulu.

Dan lagi satu saya melihat, perkumpulan2 yang menganggap satu karya itu sebagai segala2nya seolah2 ia seperti Al Quran yang tak boleh dibantah. Sedangkan mengkaji sejarah memerlukan semua bahan berkaitan yang berada diseluruh dunia.

Manakala kumpulan lain pula mengangap cerita lisan keluarga seperti hadis yang diperturunkan dari generasi ke generasi dan tidak boleh dipertikaikan. Logiknya apakah tanpa mencatat kita boleh menceritakan semula sebuan kisah tanpa pindaan?

Jadi tolonglah jangan taksub sangat dengan apa yang anda dengar dan ketemu hanya bersandarkan satu dua buah cerita. Itu belum cukup untuk menyelesaikan masalah sejarah yang bersifat subjektif malah sebuah penulisan sejarah peringkat awal masih dianggap dhaif dan perlukan banyak lagi pengembangan kajian.

~Belajarlah asas sejarah dan sesungguhnya kita Ahli Sunnah.

MHR