Benarkah Majapahit Berkuasa di Tanah Melayu?

By
Kitab Sejarah Malaya
Kitab Majapahit
Selepas runtuhnya kerajaan Sriwijaya secara rasminya pada tahun 1183 menurut Prasasti Grahi. Kesemua negeri - negeri takluknya seolah - olah memerdekakan diri masing - masing. Negeri - negeri ini termasuklah yang berada di Semenanjung Tanah Melayu. Namun menurut catatan J.L Moens di dalam bukunya "Srivijaya, Java en Kataha" beliau mengatakan beberapa negeri tua di sini sudah ditakluk oleh Sriwijaya antaranya pada tarikh 1226. Walau bagaimanapun pendapat ini ditolak oleh George Coedes dan O.W Walters kerana pada tarikh ini Sriwijaya sudah tidak wujud lagi kerana digantikan oleh Dharmasraya (abad ke-12 sampai ke-14) dan Singhasari (1222–1292).

Manakala di Thailand pula pada masa ini wujud 2 buah kerajaan iaitu Sukhothai (1238–1448) Ayutthaya (1351–1767) walaupun begitu kerajaan Sukothai hanya menguasai kawasan utara yang bersempadan dengan kerajaan Chiengmai manakala Ayutthaya menguasai kawasan tengah Thai. Di selatan pula wujud kerajaan Ligor yang menguasai hampir keseluruhan Tanah Melayu.


Kerajaan Majapahit pula muncul di Jawa Timur, Indonesia sekitar tahun 1293 hingga 1500 M. Menurut Negarakertagama yang ditulis pada 1365, Prapanca mendakwa bahawa Nusantara ini berada dibawah kekuasaan mereka. Sejauh mana kebenaran ini berlaku? Sehingga kini belum ada lagi bukti yang menunjukkan jejak mereka di sini samada dalam bentuk artifak atau manuskrip silam. Sumber hikayat paling dekat tentang dakwaan Majapahit setakat ini ialah Hikayat Pasai yang ditulis sekitar 1326 - 1345 iaitu 20 tahun sebelum Nagarakertagama ditulis. Walaupun begitu dalam hikayat atau sastera berbentuk panji dipercayai mempunyai pengaruh Jawa yang datangnya daripada Majapahit.

Menurut Sejarah Melayu Parameswara telah menerima serangan Majapahit pada tahun 1337 di Temasik. Didalam rekod-rekod China juga tidak pula menyebut tentang permohonan Melaka memohon perlindungan daripada Majapahit malah seolah-olah tidak wujud lansung nama Majapahit di Semenanjung Melayu. Kemudiannya pada tahun 1445 Melaka telah menakluk Pahang daripada Siam dan sehingga saat itulah belum lagi ditemui nama Majapahit kecuali berlaku perkahwinan diraja antara Sultan Melaka dengan Raden Mas Ayu menurut teks Hikayat Hang Tuah.

Oleh itu, apakah tujuan Majapahit membuat klem keatas negeri-negeri Melayu disini? paling win sampai sekarang perangai suka klem itu muncul.. apakah yang mereka takutkan sebenarnya? haha.
Cuma hairan juga kenapa belum ada kajian khusus dari Malaysia dan negara sekitar bagi menolak dakwaan ini.

SBYB