Benarkah Majapahit Berkuasa di Tanah Melayu?

By //
Kitab Sejarah Malaya
Kitab Majapahit
Selepas runtuhnya kerajaan Sriwijaya secara rasminya pada tahun 1183 menurut Prasasti Grahi. Kesemua negeri - negeri takluknya seolah - olah memerdekakan diri masing - masing. Negeri - negeri ini termasuklah yang berada di Semenanjung Tanah Melayu. Namun menurut catatan J.L Moens di dalam bukunya "Srivijaya, Java en Kataha" beliau mengatakan beberapa negeri tua di sini sudah ditakluk oleh Sriwijaya antaranya pada tarikh 1226. Walau bagaimanapun pendapat ini ditolak oleh George Coedes dan O.W Walters kerana pada tarikh ini Sriwijaya sudah tidak wujud lagi kerana digantikan oleh Dharmasraya (abad ke-12 sampai ke-14) dan Singhasari (1222–1292).

Manakala di Thailand pula pada masa ini wujud 2 buah kerajaan iaitu Sukhothai (1238–1448) Ayutthaya (1351–1767) walaupun begitu kerajaan Sukothai hanya menguasai kawasan utara yang bersempadan dengan kerajaan Chiengmai manakala Ayutthaya menguasai kawasan tengah Thai. Di selatan pula wujud kerajaan Ligor yang menguasai hampir keseluruhan Tanah Melayu.


Kerajaan Majapahit pula muncul di Jawa Timur, Indonesia sekitar tahun 1293 hingga 1500 M. Menurut Negarakertagama yang ditulis pada 1365, Prapanca mendakwa bahawa Nusantara ini berada dibawah kekuasaan mereka. Sejauh mana kebenaran ini berlaku? Sehingga kini belum ada lagi bukti yang menunjukkan jejak mereka di sini samada dalam bentuk artifak atau manuskrip silam. Sumber hikayat paling dekat tentang dakwaan Majapahit setakat ini ialah Hikayat Pasai yang ditulis sekitar 1326 - 1345 iaitu 20 tahun sebelum Nagarakertagama ditulis. Walaupun begitu dalam hikayat atau sastera berbentuk panji dipercayai mempunyai pengaruh Jawa yang datangnya daripada Majapahit.

Menurut Sejarah Melayu Parameswara telah menerima serangan Majapahit pada tahun 1337 di Temasik. Didalam rekod-rekod China juga tidak pula menyebut tentang permohonan Melaka memohon perlindungan daripada Majapahit malah seolah-olah tidak wujud lansung nama Majapahit di Semenanjung Melayu. Kemudiannya pada tahun 1445 Melaka telah menakluk Pahang daripada Siam dan sehingga saat itulah belum lagi ditemui nama Majapahit kecuali berlaku perkahwinan diraja antara Sultan Melaka dengan Raden Mas Ayu menurut teks Hikayat Hang Tuah.

Oleh itu, apakah tujuan Majapahit membuat klem keatas negeri-negeri Melayu disini? paling win sampai sekarang perangai suka klem itu muncul.. apakah yang mereka takutkan sebenarnya? haha.
Cuma hairan juga kenapa belum ada kajian khusus dari Malaysia dan negara sekitar bagi menolak dakwaan ini.

SBYB

INSKRIPSI LAGUNA : HILANGNYA IDENTITI MELAYU FILIPPINA

By //
INSKRIPSI LAGUNA : HILANGNYA IDENTITI MELAYU FILIPPINA
Pertempuran Mactan 1521

Kita sering membaca perihal Melayu Polinesia dan menyebut akan beberapa negara yang berada dekat dengan kita antaranya ialah Maharlika (Filipina). Namun sejauh mana kita mengetahui saudara kita itu ?.

Di dalam sejarah silamnya tidak begitu banyak perkara yang di ketahui mungkin kerana di Negara kita, pendedahan kepada sejarah mereka adalah kurang dan kebanyakkannya hanya bertumpu kepada Sulu memandangkan nama orang-orang Sulu seringkali muncul di dalam lipatan sejarah Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun begitu negara tersebut juga menerima pengaruh Islam dan telah pun menjadi sebahagian dari umat Islam yang rata-ratanya berada di kawasan selatan negara tersebut.

Pada tahun 1990 sebuah inskripsi bernama Laguna yang di tulis di atas kepingan gangsa di temui dan telah pun di beli oleh Muzium Negara Filipina. Kepingan ini kemudiannya di analisa oleh Antoon Postma seorang pakar Filipina kuno dari Belanda. Pada peringkat awal beliau melihat tulisan di atas kepingan tersebut adalah sama dengan tulisan Kawi dan tarikh bertarikh 822 Sakya ataupun 900 Masehi seolah-olah membuktikan tentang perkaitannya dengan zaman Srivijaya.

Akhirnya beliau telah menghubungi De Casparis (Belanda) yang pakar dengan sejarah kuno Indonesia untuk membantunya membuat kajian. Setelah melihat kepingan tersebut De Casparis bersetuju bahawa kepingan tersebut mengandungi beberapa bahasa termasuk Sanskrit dan ia wujud pada zaman Srivijaya.

Pada tahun 1996 sejarawan Filipina iaitu Hector Santos telah cuba untuk memecahkan kod (menterjemah tulisan) pada kepingan tersebut kepada kalendar Masihi dan beliau berjaya membuktikan bahawa kepingan logam itu di tulis pada 21 April 900 Masehi.

Inskripsi tersebut berbunyi :-

”Kami memaafkan keturunan Namwaran dengan hutang sebanyak +-1 kilogram emas, dan emas tersebut dihadiahkan kepada ketua puak Tondo yang menguasai Paila, Binwangan dan Pulilan (kini di dalam daerah Luzon) dan dengan surat ini (kepingan logam) adalah bukti bahawa Namwaran telah pun melangsaikan hutangnya kepada kami.”

Bahasa pada kepingan tersebut juga bercampur dengan bahasa Melayu kuno, Jawa kuno dan Tagalog kuno. Penemuan kepingan ini sedikit sebanyak telah membuktikan bahawa terdapat hubungan dagang antara kerajaan-kerajaan di Fillippina dengan Negara sekitarnya yang pada waktu itu di kuasai oleh Srivijaya dan kepingan ini juga menjadi bukti akan kewujudan bahasa Maharlika (Filipina) iaitu bahasa Tagalog.

Walaubagaimana pun menurut sejarawan tempatan, sejarah bangsa asal Filipina telah banyak dimusnahkan oleh orang Sepanyol yang tiba di sana semenjak 1521 dan sejak itulah juga orang-orang Melayu Maharlika (Filipina) diubah minda dan budaya mereka sama seperti orang-orang Sepanyol termasuklah dengan memeluk agama Kristian yang kemudiannya bertukar tangan kepada Amerika pada abad ke 19.

Gambar : Pertempuran Mactan 1521.

Sumber :-

1. The Laguna Cooperlate Inscription – Paul Morrow
2. Sejarah Maharlika (Filipina) – Pelbagai sumber

- SBYB -

Kaum India Pembuka Kerajaan Melayu?

By //

 
 Kaum India Pembuka Kerajaan Melayu?
Gambaran Peperangan Antara Kerajaan Kuno di Selatan India

Sebagai seorang pelajar jurusan Sejarah maka admin ikutlah kaedah yang diajar oleh pensyarah admin. Dia selalu kata  "Aku bagi ko hint.. ko cari la sendiri. Kalau semua aku bagi jawapan baik aku je amik exam".  Jadinya hari ni malas la nak banyak cerita sangat kat korang. Saya faham kita semua dahagakan sejarah, kita dahagakan kebenaran dan paling penting kita nak menang!. hahaha

Benda ni dah lama. Semua orang dah tau. Tapi sampai hari ni belum saya jumpa satu jawapan yang konkrit secara akademik dari ahlul fb tentang hal dakwaan sejarah awal Melayu dibuka oleh orang Tamilans. India masih India tapi ia hari ini sebuah negara yang merangkumi benuanya itu. Tapi kena ingat mereka sampai sekarang ada blok-blok politik mengikut kasta dan kekuatan. Hindi,Telegu,Tamil & Malayalam dan banyak lagi.

Jadi antara 4 nama ini siapa yang betul-betul datang ke sini?. Ok, kisah migrasi manusia ni lama dan panjang. Jadi ada pembahagian masa atau time framing yang perlu kita lihat dan dalami. Tujuan penulisan ini walaupun tidaklah seakademik tinggi tapi kita kan 1 Malaysia, apalah salahnya kita saling kenal mengenal. Tak kisahlah dengan cara apa pun sebab sesungguhnya kita semua minat Shah Rukh Khan dan Ranjini Khan.

Jadi semalam saya dapat baca sebuah buku yang menjawab secara tepat,padat dan nyata apakah ciri-ciri India yang datang kesini pada zaman Melayu Hindu. Penulis telah membuat perbandingan penulisan Krom, Windsted dan Coedes dan beliau juga telah meletakkan 2 garis masa iaitu pandangan barat sebagai penakluk kepada Melayu dan pandangan ahli akademik kepada Melayu selepas perang.

Secara peribadi saya katakan bahawa orang Melayu memang ada perangai orang India dan bentuk muka dan badan juga pada saya 70% sama dengan India TAPI bukanlah genetik Tamilan tapi kita lebih kepada India Utara dan Tengah. Malah dalam kitab Al Masudi seorang ilmuwan Arab telah menyatakan bahawa pada 903M sudah ada 10 ribu keluarga Arab yang berkahwin dengan orang India yang akhirnya memunculkan kota-kota seperti Agra, Allahabat dan banyak lagi.

Bukan maksud saya takda lansung tiada manusia di Alam Melayu tapi penyalinan dan asimilasi genetik itu telah menyebabkan kita mempunyai ciri mereka. Genetik yang dominan akan menyebabkan genetik lainnya menjadi lemah. Jadi contoh mudah bila seorang Belanda kawin dengan perempuan Indonesia adakah anak tadi akan tumbuh sebagai paras Indonesia 70%? Biasanya tidak. Mereka2 ini lebih kepada Belanda. Baca mana-mana makalah pun biasanya akan ditulis tentang orang-orang India ini berkahwin dengan wanita tempatan dan ada juga yang berkahwin dengan golongan bangsawan. Admin pun heran bab ni apsal perempuan Melayu ni suka kawin orang luar.. ha3

Ciri lain pulak kita juga mewarisi bentuk pertukangan India yang ada seni yang kreatif. Setau saya India dan Melayu ni suka rekabentuk benda yang sangat halus. Cuma dalam kes Melayu seninya itu di sesuaikan dengan keadaan setempat. Budaya ni berlaku apabila orang Melayu memeluk agama Hindu. Namun sampai sekarang belum ditemui senjata Keris yang mempunyai unsur-unsur India maka kita sendiri sudah mempunyai budaya bangsa yang tersendiri.

Selain itu, setahu saya juga, hanya Melayu saja sejarah pembukaannya dimulakan dengan muntah LEMBU, sejarah awal bangsa lain contoh macam ROM dimulakan dengan Serigala, China dengan Bumi dan Neraka. (Kalau negara lain korang tau sila tambah k).

Menurut buku yang saya baca juga, jika Tamilans adalah peyebab kepada kemajuan Melayu dan membuka beberapa koloni yang kemudiannya berasimilasi dengan Melayu. Kenapa orang Melayu mewarisi bahasa Sanskrit dan bukan Tamil? dan Krom sendiri mengakui bahawa Melayu adalah bangsa pelaut yang sangat hebat. Penulis juga menyatakan sekiranya Rajendra Chola menakluk mana-mana kawasan di Asia Tenggara sudah pastilah akan ada penemuan batu bersurat yang menceritakan keadaan itu. Setakat ini (1979) hanya Inskripsi Tanjore saja yang ditemui.

Ciri-ciri binaan bangunan juga hanya ada sedikit pengaruh daripada Hindu-Buddha namun bentuk rupanya masih di dominasi oleh orang-orang Melayu.

Kesimpulannya, macam mana adanya golongan Syed di Alam Melayu samalah dengan golongan Melayu-Hindi di sini. Takde yang pelik cuma kat Malaysia ni ada Singh dan Tamilan. Singh tu rilek je takde nak klem apa2.. yang sebilangan Tamilans ni yang dakwa mereka yang memiliki Sg Batu dll sedangkan hingga setakat ini bukti-bukti yang datang lebih kepada golongan Brahman, Kasytria dan Vaisya dan diakui juga oleh barat bahawa mereka ini datang dari Tengah dan Utara India manakala Kalinga datang dari Timur India dan bukanlah dari selatan India yang didiami oleh Tamilans. Sejarawan juga mengakui bahawa orang Melayu berjaya menyingkir sebarang pengaruh yang menyebabkan identiti mereka hilang walaupun mereka menyerap pelbagai budaya yang masuk ke Alam Melayu.

Sebenarnya banyak buku-buku yang sudah membincangkan tentang perkara ini malah hal ini sudah dibincangkan oleh sejarawan seluruh dunia. Tapi yelah, bagi kebanyakkan orang Melayu beli buku ni macam beli sebuah motosikal. hmm.. patutlah nasib malang..

Dipetik dan diolah dari Pengantar Sejarah Nusantara Awal. DBP

*Sebarang bantahan sila kemukakan kepada Majlis Professor Negara.

Tun M: Genius Melayu Sepanjang Zaman

By //

Tun.Dr Mahathir

Kali ni bahasa kasaq sikit, jadi jangan la sentap ka apa ye. Lagipun page ni memang untuk ditulis dan dibaca tanpa selindung.. Jadi kisahnya macam ni,

Kalau Admin cakap Mahathir tu genius Melayu ramai pulak yang marah.. kalau tak cakap kang Admin pulak yang terbeban. Walau bagaimana pun dia asal mana pun tak kisah la cuma setau Admin depa2 tu kaya sebab moyang2 depa dulu bela gajah dan seingat admin moyang dia atau bini dia nama Tok Mia sebab tula di Kedah org sebut hang ni macam Gajah Tok Mia (sindir) padahal Tok Mia ni tauke gajah.. emm.. dah takmo citer panjang bab gajah ni.. aku nak balik kisah Madey..

Bagi Admin la Mahathir ni salah satu contoh orang kuat membaca buku malah zaman dialah macam2 kempen buku dok ada walaupun dia tak tumpu sangat kepada sejarah tapi fyi Mahathir ni tau banyak khazanah sejarah yang tersimpan kat sini. Ni cerita lisan yang Admin dengaq dari Kedah sampai Melaka. Jadi cerita ni betul la..

Bagi Admin satu sisi lain, dia ni tak suka buang masa dan mesti ada sebuah buku di tangan bila masa terluang malah geng UMNO kawasan admin kata dalam poket dia akan ada buku 555 yang tujuannya bila dia lalu satu tempat dan dapat ilham dia akan tulis dalam buku tu, tiap2 tahun UMNo kena sediakan sekotak besaq buku 555 khas utk dia..

Jadi nampak tak dia ni macam mana.. untuk pengetahuan hangpa lagi dalam buku-buku ini terkandung pelbagai pemikiran dan falsafah yang tidak dapat dinyatakan secara zahir terutama sekali dalam media sosial. Jadi bukulah menjadi tempat menadah ilmu dan seingat Admin la, Mahathir ni suka baca majalah futuristik untuk dapatkan ilham bagi memodenkan negara dan sebab tu dia dapt gelaran Bapa Pemodenan. Hang apa tau.. ikut2 ja.. org riot hang pun nak riot..last2 jadi mcm Jamal Pak Tongko.

Dia juga tubuhkan Yayasan Perdana yang bertujuan menyediakan maklumat dan dana bagi para pengkaji/penulis dari semua lapangan ilmu. Jadi bagi aku dia memang mementingkan ilmu, kalau sapa pernah baca buku dia Dilema Melayu, mesti hangpa dapat tangkap beberapa tajuk buku yang dia baca dan olah jadi penulisan dia. tapi Admin rasa berapa kerat ja yang baca buku tu.. dah tak baca buku lagi mau sembang lebat pasal bangsa.. poorah

Jadi kenapa lepas 20 tahun minat membaca ni dah hilang dari orang Melayu? Bagi Admin zaman la ni kalau setakat baca novel cinta, novel geli2, luahan perasaan kononnya jadi wira rakyat yang tak tau kesudahannya lebih baik layan hindustan.

Tanpa membaca BUKU, buku ilmiah ya.. Melayu sampai bila2 akan gagal menghadapi ombak kaum lain, sebab apa lagi Melayu ada selain dari kuasa dan pecah belah?, nak kata kaya takda la ramai mana pun.. tanpa ilmu yang cukup macam mana nak menghadapi orang luar dari Malaysia ni?

Cukupkah ilmu orang Melayu ni? Admin tengok usaha tu macam melepas batuk di tangga malah ada tu macam takda. Pelik la.. kalau baca pun benda2 hiburan.. tak tau stress tang mana.. hari2 dok sungut hidup susah.. dah macam takda tuhan pulak.

Point Admin, contohilah Mahathir kerana dia kuat membaca buku. Itu saja. Hang nak sokong parti dia ka apa tu lantak hang la... tanpa membaca sampai bila2 Melayu kena tindas.

Admin masih lagi ingat video dia diwawancara oleh orang putih. Last2 orang putih tu menyerah kalah. Pemimpin la ni.. asal tanya gagap.. lepas tu bisu.. macam gampang. Tapi hat tula yang hangpa sembah puja hari2.. sudah2 la jadi macai.. jadi la cerdik sikit.. dh cerdik tolong la bangsa ni.. bukan hang p pedejei pulak.. tu celaka nama dia.


Link Video 

* Korang dengar betul-betul di minit 7:15 Bahagian 2 video ni, ini semua sejarah Melayu zaman tok nenek kita dan apa yang mampu kita buat masa tu...


Admin.

Kongsi Gelap Melayu : Baiah Yang Di Lupakan

By //

 
Kongsi Gelap Melayu
Petikan KL Gangster

KGM buat pertama kalinya di kesan di Pulau Pinang pada tahun 1867 walaupun terdapat pendapat yang mengatakan asal KGM ini berlaku di Bukit Kaplu Kedah pada zaman Tengku Anom dimana seramai 40 org panglima Kedah yang telah bersumpah akan taat kepada Tengku Anom demi mendapatkan semula Negeri Kedah dari Siam. 

KGM ini merupakan cabang dari tarikat Naqsyabandiyah yang bertujuan untuk menarik semula orang Melayu (murtad) kepada Islam. Golongan murtad wujud disebabkan sebilangan Melayu menyertai Kongsi Gelap Cina (KGC). Disebabkan KGM berasal dari tarikat maka wujudlah perkataan jemaah. Pada peringkat awal KGM ia ditubuhkan oleh golongan Jawi Peranakan @ Mamak yang kemudiannya tersebar luas kepada orang Melayu terutamanya di negeri Perak, Kedah, Perlis dan kemudiannya merebak ke seluruh Malaya. KGM ini berpecah kepada 2 pihak iaitu Bendera Merah dan Bendera Putih.

 Sepanjang tempoh penubuhan KGM, pegawai2 British menganggap KGM ini tidak merbahaya sehinggalah berlakunya gerakan 13 Mei. Secara dasarnya penubuhan KGM ini adalah untuk mengimbangi pengaruh KGC ke dalam kawasan penduduk Melayu yang kebanyakkannya berpusat di kawasan perlombongan. Walaubagaimana pun lama kelamaan KGM ini mula berpecah atas alasan haluan yang tidak sama.

Hari ini kita menyaksikan pelbagai kumpulan kongsi gelap dari pelbagai jenis kaum malah dipercayai PATI yang datang kesini turut menubuhkan kongsi gelap mereka sendiri yang pada awalnya bertujuan melindungi kaum mereka dari penindasan akhirnya bertukar menjadi gerakan yang keras dan merbahaya. 




Sumber : Kongsi Gelap Melayu Di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu 1821-1940-an. Oleh : Mahani Musa.

Sakai & Senoi : Saudara Melayu?

By //
Orang Asli Sakai Senoi
Sakai

SAKAI bermaksud Sayang Awak Kerana Awak Istimewa. Melucukan, namun itulah yang berlaku pada masa kini dikalangan para remaja, ada yang secara sinis menyatakan golongan remaja pada masa kini telah terlalu moden hingga lupa maksud sebenar sakai ini.

Maksud

Kamus Dewan Online kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka (Malaysia) melalui pautan prpm.dbb.gov.my menyediakan beberapa maksud dari istilah ini, dikongsikan dua daripada maksud sakai:

Orang yang di bawah perintah; orang bawahan yang boleh disuruh-suruh

Nama yang dipakai untuk orang asli (pada umumnya)

Hasil carian ini jelas memberi gambaran kepada kita bahawa pada umumnya nama Sakai merujuk kepada Orang Asli, pengelibatan mereka dalam masyarakat umum merubah pengertian terhadap istilah sakai itu sendiri dengan merujuk kepada sekelompak individu yang berkhidmat sebagai orang bawahan namun mereka bukan hamba abdi.

Orang Asli

Masyarakat ini sebahagian besar mendiami bahagian pedalaman Semenanjung Malaysia, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengklasifikasi masyarakat Orang Asli kepada tiga suku kaum besar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto.

Negrito

Suku kaum ini pula terbahagi kepada enam suku iaitu:

Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq, Bateq

Orang Kensiu pada asalnya merupakan satu suku kaum yang gemar berpindah randah sekitar kawasan utara Semenanjung dengan tujuan utama mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan makanan, semenjak mendapat pembelaan daripada pihak Kerajaan Malaysia mereka mula tinggal pada satu lokasi sahaja. Populasi masyarakat ini sebenarnya tidak begitu besar dimana ia sekadar berjumlah sekitar 204 orang dengan 39 keluarga, kesemua mereka menetap di Kampung Lubuk Lenggong, Baling, Kedah. Orang Kintak pula berjumlah 112 orang dengan 25 keluarga, mereka mendiami sebuah perkampung di pinggir Gerik, Hulu Perak. Orang Lanoh pula mendiami tiga buah kampung juga sekitar Gerik dan mereka berjumlah seramai 359 orang, seperti mana dua suku kaum awal yang dinyatakan orang-orang Lanoh juga gemar hidup secara berpindah randah bagaimanpun mereka mula meniggalkan amalan tersebut setelah mendapat perhatian daripada pihak berwajib.

Masyarakat Jahai agak berbeza dengan tiga suku kaum awal yang disebutkan, mereka merupakan satu daripada Suku Kaum Negrito iaitu suku kaum yang terkecil berbanding dengan kaum Senoi dan Proto-Malay (Melayu Asli), mereka juga kelihatan mempunyai peradaban asas, mereka mempunyai kemahiran tersendiri dalam membina rumah daripada buluh dengan bentuk rumah mereka seperti bentuk pisang sesikat dan bumbung pula dibuat daripada daun pokok bertam dan tepus. Masyarakat ini tinggal di kuala sungai dan perairan tasik sekitar negeri Perak, terutama di kawasan Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor, di Kelantan pula, mereka bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan.

Masyarakat Mendriq diisyaratkan sebagai komuniti primitif yang gemar berpindah randah, bagaimanapun kehidupan mereka bertambah baik setelah mendapat pembelaan, majoriti masyarakat ini mendiami kawasan pedalaman Kelantan iaitu sekitar Gua Musang, populasi mereka berjumlah 82 orang dengan 14 keluarga. Suku kaum Bateq pula ramai mendiami kawasan utara pedalaman Pahang, barat Terengganu dan Selatan Kelantan, populasi mereka di Pahang sejumlah 550 orang dengan 100 keluarga, di Terengganu populasi mereka seramai 41 orang dengan 12 keluarga, manakala di Kelantan terdapat 413 orang dengan 84 keluarga.

Senoi

Suku kaum ini pula terbahagi kepada enam suku iaitu:

Chewong, Mahmeri, Jahut, Semoq Beri, Semai,Temiar

Majoriti kaum senoi mendiami kawasan lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman Perak, Kelantan dan Pahang, sebahagian daripada masyarakat ini memiliki kebudayaan yang unik serta kuat mengamalkan fahaman animisme seperti suku kaum Temiar dalam pemilihan lokasi penempatan mereka di sesuatu tempat ditentukan oleh Penghulu. Ini dilakukan dengan cara Berhalaq (jampi) atau mimpi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti merbau dan sebagainya. Mereka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya (takungan air) kerana ditakuti berpenunggu. Begitu juga kawasan air terjun dan sungai besar juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri sungai/lata yang akan mengganggu. Mereka membina rumah daripada kayu (selain daripada kayu jenis keras) secara bergotong- royong. Di peringkat awal petempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama tinggal di rumah panjang terebut, barulah mereka berpindah dengan keluarga masing-masing dan membina rumah sendiri. Mereka menyara keluarga dengan bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuh-tumbuhan hutan.

Nota Tambahan : Suku Kaum Sakai inilah yang telah diusir oleh Bangsa Mon-Khmer setelah mereka menduduki kawasan tengah Asia Tenggara dan Suku Che Wong itu dikatakan berbahasa Siam kuno dan menurut beberapa jurnal mengenai negrito di Thailand kedatangan orang Asli ini disebabkan oleh pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Thai pada abad ke 20.

Sejarah itu menyakitkan tapi admin percaya bersatu teguh bercerai roboh, kita adalah sebahagian dari mereka malah darah kita sama seperti mereka. Admin mohon maaf buat semua orang Asli kerana kesilapan yang pernah dilakukan oleh nenek moyang Melayu ke atas orang asli dari dulu dan kini.

Dipetik dan diolah dengan izin dari dan sambungannya boleh ikuti pautan ini.

http://nuraidil710.wixsite.com/nuraidil-zakaria/single-post/2016/08/19/SIAPAKAH-SAKAI

1948 : Tuntuan Hak Warganegara dan Darah Melayu

By //


Bila kita tanya atau tegur hal pertahanan, saya selalu jumpa jawapan, hang apa tau main pc je keja hang.. emm.. saya pun selalu pegang pada prinsip serahkan kepada ahli dan saya pun mmg tak berapa minat hal2 teknikal tentera ni. Jadinya aku cuma minat sejarah dan tengok filem2 perang ni. OK lah kan..

Post saya pasal hal bumiputera dan negara. Sekarang ni saya tak paham kenapa Melayu pakat jadi bejat malah dah tak kisah dah pasal status bumi. Hang ingat senangka nak dapat status bumi, amerika yang besaq tu pun tak suka puak mexico, haiti semua. Hang Melayu meghela nak open minded. Bangangka apa?

Dulu masa nak membesar nampak la jugak hala tuju negara ni nak kemana, saya siap kira umur saya masa 2020 nanti.. tapi yela langit tak selalunya cerah. Masa remaja pun banyak je filem badul yang mudah tapi kesannya mendalam. Takyah nak taraf hollywood tapi sampai sekarang masih dihormati sebagai genre yang hebat.

Samala jugak filem Sarjan Hassan dan Bkt Kepong. Dah beribu kali tengok sentiasa buatkan saya menyirap dengan depa. Ya, dalam dunia nyata memang leh bersembang baik semua. Tapi masing2 simpan kuku. saya tak percaya sangat dengan prinsip kekitaan ni, JS Furnivall sendiri kata dalam buku Hindia Belanda "Majmuk itu merosakkan".

Malah atas prinsip bangsa takda pun bangsa yang bersatu.. tapi kalau dalam hal agama semua kaum boleh bersatu. Tapi tetap hal bangsa ni akan jadi isu besar. Cthnya masa zaman Muawiyah memerintah Parsi, orang Parsi sendiri kata "Dia Arab yang takda tamadun tapi kenapa bangsa dia memerintah kita?"

Wang Gang Wu juga menulis bahawa Baba Nyonya adalah kumpulan yang bermasalah sebab jasadnya Cina tapi jiwanya Melayu. Kemana depa ni nak p?, jawapan dia jadilah komuniti Cina Muslim mcm Ridzuan Tee dan Firdaus Wong. Tapi macam mana pun dia tetap Cina dan susah nak terima depa sebagai Melayu.

Malah Victor Purcell juga pernah menulis "Cina tetap Cina, kamu bukan nasab Cina walaupun hidup mati seperti Cina kamu tetap bukan Cina" Jadi kenapa Melayu nak kena korbankan hak pribumi? Bila masuk bab ni saya pun tak tau nak letak masalah ni dalam bidang apa.. etnik kot?

Kenapa saya cerita panjang pasal ni, saya nak tau..kalau depa ni betul nak bumiputera atau depa ni warganegara sanggup dak depa2 ni jadi Askar Melayu? Sanggup dak depa jadi askar yang tak dapat PGB.
(Pingat Gagah Berani) Filem pasal PKM brapa ramai bangsa depa tengok?,

Dalam buku Prof KKK pun ada tulis, masa British nak serah kuasa kepada Melayu, depa menentang habis2 malah pakat berenti kerja kerajaan sebab tak sanggup kerja dengan Melayu. Saya tak isukan PKM yang saya isukan pada masa tu mana depa pi pertahankan negara sedangkan depa desak mintak taraf warganegara..

Ini dibuktikan apabila British melancarkan gerakan anti- komunis kebanyakan pemuda – pemuda Cina memilih untuk pulang ke China berbanding untuk menyertai pasukan pertahanan untuk menghapuskan PKM[1] dan sebanyak setengah juta daripada kaum Cina telah ditempatkan ke kampung – kampung baru bagi memutuskan hubungan komunikasi dan makanan yang mereka salurkan kepada PKM[2] didalam Rancangan Briggs. Tindakan ini juga telah menimbulkan kemarahan dan syak wasangka Orang Melayu terhadap kaum Cina kerana sikap mereka yang seakan –akan tidak mahu menolong pihak berkuasa.[3]

Setitik darah pun takmau tumpah kat tanah air ni ada hati kata ini negara kami. Kalau betul meh la join mati sama2..Soalan saya pasal Melayu Liberal ni. Kalau depa dengan kita takda beza agak hang masa perang hang rasa sapa pegi dulu? bab jadi kuli takyah sebut.. dah tau..

___________________________________________________

[1] Lee Kam Hing & Heng Oek Koon, The Chinese In Malaysia, Oxford University Press, 2000, hlm 200. Lihat juga K.J Ratnam, Paham Perkauman dan Proses Politik Malaya 1965 terjemahan Kassim Ahmad, UM Press, 1969, hlm 23 yang mengatakan seramai 6000 orang pemuda Cina telah meminta visa ke Negara China.
[2] Lee Kam Hing “The Political Position of the Chinese in Post-Independence Malaysia” (eds) Wang Ling Chi & Wang Gangwu dalam “ The Chinese Diaspora Selected Essays Vol 2”, Times Academic Press, 1998, hlm 32.
[3] K.J Ratnam, Paham Perkauman dan Proses Politik Malaya 1965 terjemahan Kassim Ahmad, UM Press, 1969, hlm 23





Bumiputera Hak Semua Kaum

By //


Bila bercakap soal sejarah ada orang kata buat apa tengok benda silam dan ada pula yang tak suka baca atas sebab kelemahan pentadbiran dan kekalahan demi kekalahan yang di alami.

Jadi penceritaan yang ada hanya sedap2 saja, yang enak-enak.. Dalam konteks majmuk pula bila bercakap tentang sejarah kaum lain, mereka juga cuba hapuskan apa yang ada dan didokong pula Melayu lain atas nama kemanusiaan, jangka panjangnya semua sama dan takda beza @ setaraf.

Bila semua ini sedang berlaku maka pemilik ekonomilah paling untung dan tak hairanlah bila Jepun kalah semua mereka tunggu kepulangan British ke Malaya sebab takmau susah dan disusahkan.

Sepatutnya Dato Onn kena biarkan perkara ini berlaku barulah takkan ada apa2 kejadian berlaku di Tanah Melayu selepas itu sampai hari ini. Kita jadi mcm Indonesia. Bagi saya itulah jalan paling baik demi kesamarataan semua orang dan sistem kapitalisme.

Setuju?.

Tapi tanpa sejarah, kaum lain takkan kenal pula jati diri mereka dan paling penting nam kaum apakah yang menggantikan semua ini bila asimilasi tanpa sejarah itu berlaku? Kaum Malaysia?. Kaum Deutro?.

Jika benar semua kaum meraikan persamaan, kenapa perlu MIC dan MCA pertahankan sekolah SJK?. Jawapan mudahnya ialah "kau jadi aku tapi takkan jadi kau".

Itulah guna sejarah, belajar dan mengambil iktibar serta cuba paham fikir kaum lain bila bercakap soal negara.

Bagaimana seseorang mampu berfikir dan membuat analisis atau memberi pendapatnya sendiri tanpa meneliti sejarah silam?, itulah gunanya sejarah.

Oleh sebab itu, sejarah bukan bersifat melindungi tapi bersifat menerangkan, bersifat membetulkan dan tidak menyembunyikan. Pendek kata sejarah sifatnya berterus terang, kau nak marah, nak gila, nak maki, nak nangis itu lantak kaulah.

Tapi bila kebenaran disembunyikan atas banyak hal2 kepentingan maka sejarah itu sudah pun menjadi mitos, lagenda dll. Kisah sedap je.

Jadi ada 2 titik disini iaitu kebenaran yang menyakitkan serta dominasi kuasa dlm pelbagai hal. Maka jujurlah dengan bangsa kau dan lawanlah dengan kebenaran! kerana kaum lain juga akan buat perkara sama dan takkan mengalah.

Hari ini disebabkan kealpaan Melayu dan senang termakan hasutan bahawa sejarah itu membosankan maka sebilangan Melayu tidak tahu hak mereka dan merasakan sejarah adalah perkara silam yang tak memberi apa-apa makna sedangkan kaum lain sehingga sekarang menjaga sejarah bangsa mereka dan mengasimilasikan sejarah Melayu menjadi hak mereka.

Kasihan bangsa Melayu, bodoh tak boleh diajar cerdik tak boleh disuruh. Satu masa Melayu akan menjadi minoriti di negaranya sendiri.

Sebelum lupa, walaupun Obama seorang negro dia mendakwa dirinya dari Kenya (untuk apa?) Dan kenapa masih wujud ghetto di Amerika?. Ada banyak pula. Jadi istilah kesamarataan tu milik siapa sebenarnya?

SBYB

~ Keputusan2 pelik dalam pendidikan selalu dtg dari Timb. Menteri yang hampir semuanya bukan Melayu dan menariknya keputusan itu menyentuh hal Melayu dan dibuat secara halus.  Pandaikan mereka... "Kau ikut aku aku takkan ikut kau"

Lagenda Puteri Saadong versi Champa

By //


Menurut tradisi Cham, pengasas Champa adalah seorang dewi yang dikenali sebagai Po Nagar. Legenda mengatakan bahawa Po Nagar ditinggalkan sebagai bayi di hutan berhampiran Nha Trang. Dia ditemui oleh pemotong kayu ketika dia pulang ke rumah pada waktu petang. Penebang kayu yang tidak mempunyai anak dan isterinya membesarkannya seolah-olah dia adalah anak mereka sendiri. Pada suatu hari, Po Nagar, sekarang seorang wanita muda, membawa pulang sepotong cendana khas, yang dia menjaga dengan baik dan tidak membenarkan sesiapa menyentuh.

Satu hari datang ketika dia memberitahu ibu bapa angkatnya bahawa dia diperintahkan untuk pergi ke mahkamah Maharaja Cina, di mana dia akan menikahi putera mahkota. Walaupun ibu bapa angkatnya pada awalnya melarangnya daripada menjalankan perjalanan ini, mereka akhirnya menyerah kalah.

Po Nagar pergi ke pantai, melemparkan cendananya ke laut, dan menghilang. Cendana itu dibawa ke utara oleh arus, dan sampai ke pantai China, di mana ia ditemui oleh nelayan di dalam jaring. Menyadari bahawa ini adalah objek yang bernilai tinggi, nelayan membawanya segera ke istana, di mana ia diberikan kepada anak lelaki Kaisar.

Putera itu membalut cendana dalam kain sutera, dan menyimpannya di dekatnya di istana. Malam itu, kain itu mula bergerak, dan ketika putera itu memeriksa, Po Nagar muncul. Putera mahkota China dan Po Nagar tidak lama lagi berkahwin dan mereka hidup bahagia selama beberapa minggu pertama kehidupan nikah mereka.

Pada suatu hari, bagaimanapun, Po Nagar memberitahu suaminya bahawa dia mahu melawat ibu bapa angkatnya, seperti yang dijanjikannya sebelum meninggalkan mereka. Namun, putera itu menafikan permintaannya, kerana dia tidak mahu dia menjauhkannya daripadanya untuk satu hari sahaja. Memandangkan tiada apa yang boleh dilakukan oleh Po Nagar untuk mengubah fikiran suaminya, dia pergi ke pantai, melemparkan cendana ke dalam air, dan hilang

Putera itu marah, dan dilengkapi dengan armada untuk berlayar ke selatan untuk mencari Po Nagar. Ini menimbulkan kemarahan Maharaja Jade, Ngoc Hoang, yang mengubah kapal putera menjadi batu ketika memasuki pelabuhan Nha Trang. Sedangkan untuk Po Nagar, dia tetap di Vietnam melakukan perbuatan baik sepanjang hayatnya. Apabila dia meninggal dunia, dia dihormati oleh orang Cham dan orang Vietnam sebagai pelindung mereka.

Hikayat Merong Mahawangsa Versi Thai

By //


Kisah ini adalah lagenda terkenal di Thailand dimana Putera Aphai dan adiknya Sisuwan dihantar keluar untuk belajar pelbagai ilmu sebelum dilantik menjadi Raja. Akhirnya mereka berdua berjaya dan Aphai mendapat seruling sakti yang mampu membuat orang tertidur dan membunuh mereka manakala Sisuwun mendapat pedang sakti. Akhirnya mereka dihalau kerana bapa mereka tidak suka dengan ilmu tersebut.

Akhirnya Aphai dibawa lari oleh seekor gergasi bernama Nang Phisua yang menyamar menjadi perempuan cantik. Mereka kemudiannya berkahwin dan mendapat seorang anak lelaki bernama Sinsamut.

Setelah mendapat tahu bahawa isterinya adalah gergasi Phra Apai melarikan diri bersama anaknya dan dibantu oleh keluarga duyong. Phra Apai berkahwin pula dengan puteri duyong dan mendapat anak lelaki bernama Sutsakon.

Satu hari kapal Raja Silarat dan Puteri Suwanmali melalui pulau ajaib. Puteri itu adalah tunang kepada putera Raja Eropah yang tinggal di Lanka iaitu Putera Usaren. Raja Aphai dan anaknya menaiki kapal yang sama namun para gergasi yang ternampak telah menyerang mereka dan Nang Phisua berjaya membunuh Raja Silarat. Putera Aphai berjaya melarikan diri dan membunuh sekalian gergasi dengan serulingnya. Dia kemudiannya bertemu Putera Usaren yang sedang mencari Puteri Suwanmali.

Sementara itu Sinsamut berenang bersama Puteri Suwanmali dan bertemu dengan Siruwan dan anak perempuan Siruwan bernama Arun Rasami. Mereka kemudiannya berpakat mencari Phra Apai.  Akhirnya mereka bertemu Phra Apai, Putra Usaren dengan Puteri Suwanmali namun puteri tersebut tidak mahu tinggal bersama Putera Usaren.

Akhirnya peperangan tercetus dan Putera Usaren dikalahkan dan balik semula ke Lanka.

Tamat.

MHR

Kalau korang tak pernah baca Hikayat Merong versi Melayu sampai bila pun korang tak paham. Nasiblah...

Hikayat Melayu Tak Guna

By //


Semalaman baca tulisan Prof Muhammad Salleh, Prof Harun Mat Piah, Almarhumah Prof Siti Hawa Salleh dan Prof Umar Junus betapa mereka menekankan peri pentingnya mengangkat karya-karya hikayat Melayu mengikut cara kita sendiri, sekian lama kita terjajah pemikiran sehingga menganggap hikayat2 Alam Melayu sebagai mitos dan lagenda hingga kita menolak habis kesemuanya.

Bagi pengkaji Barat hikayat Melayu tidak mempunyai nilai sejarah yang jitu menurut sekularisasi ilmu mereka dan mereka seringkali berasa hampa kerana tidak dapat membuat apa-apa penemuan dalam hikayat Melayu oleh itu bagi mereka hikayat Melayu adalah saduran daripada epik hindu. Akhirnya mereka menolak terus hikayat-hikayat kita.

Sedang dalam masa sama kita diajar untuk menerima lagenda dan mitos Greek, Mesir dan pelbagai lagi tamadun sebagai satu karya historiografi atau satu karya sejarah dalam bentuk penulisan zaman tersebut.

Oleh sebab itu ada pihak menganggap hikayat Melayu sekadar cerita kosong dan rekayasa semata-mata dan menolak terus karya2 ini dan mereka itu adalah sebahagian dari kita.

Dulu saya mengaji sekadar minat dan bukan pelajar cemerlang pun. Tapi lama2 membaca ni saya rasa ilmu2 sampingan seperti antropologi, sosiologi, sastera, sains politik, arkeologi sangat penting untuk memperincikan penulisan sejarah dan paling utama ialah melawan penulisan barat yang menjajah Melayu secara halus.

Terus terang saya cakap selagi kita tak paham budaya Melayu yang berubah dari zaman berzaman maka kita akan terus beretorik dengan hikayat kita sendiri dan menolak pemikiran kritis orang dahulu.

Dan lagi satu saya melihat, perkumpulan2 yang menganggap satu karya itu sebagai segala2nya seolah2 ia seperti Al Quran yang tak boleh dibantah. Sedangkan mengkaji sejarah memerlukan semua bahan berkaitan yang berada diseluruh dunia.

Manakala kumpulan lain pula mengangap cerita lisan keluarga seperti hadis yang diperturunkan dari generasi ke generasi dan tidak boleh dipertikaikan. Logiknya apakah tanpa mencatat kita boleh menceritakan semula sebuan kisah tanpa pindaan?

Jadi tolonglah jangan taksub sangat dengan apa yang anda dengar dan ketemu hanya bersandarkan satu dua buah cerita. Itu belum cukup untuk menyelesaikan masalah sejarah yang bersifat subjektif malah sebuah penulisan sejarah peringkat awal masih dianggap dhaif dan perlukan banyak lagi pengembangan kajian.

~Belajarlah asas sejarah dan sesungguhnya kita Ahli Sunnah.

MHR

Gauthama Buddha Berdarah Melayu?

By //


Hikayat Merong Mahawangsa menurut At Tarikh Salasilah Negeri Kedah dipercayai siap ditulis pada 1179M pada zaman Sultan Muazzam Syah. Dalam ATSNK dikisahkan bahawa pembuka Kedah berasal dari Parsi dan terdapat beberapa misteri yang tersimpan di dalamnya dan apabila dibuat perbandingan dengan HMM ternyatalah ia jelas. Saya anggap misteri itu sudah saya bongkarkan dan akan saya kongsi dari masa ke masa.

Raja Merong Mahawangsa ni campuran perkataan Sanskrit. Merong tu maksudnya Naga/Ular Besar. Bila dikaitkan dengan Buddha seringkali Merong dikenali sebagai Ular kepala 7 dan ada pelbagai berhala Buddha seperti ini wujud. Setakat dok belek2 dalam google ni kisah Naga Buddha ni paling banyak disebut oleh Thai dan Laos.

Tapi dari sisi lain Raja Merong Mahawangsa juga di sebut sebagai Phra Ong Maha Pudisat I yang bermaksud Raja Yang Mencapai Nirwana Paling Tinggi (dalam ajaran Mahayana).

Pada awalnya saya rasa Raja Merong tu ialah Raja Naga yang melindungi Buddha tu tapi lama-lama fikir dua nama ni seperti kombinasi nama seorang Raja yang bila ditakrifkan sebagai

Raja Menaungi Buddha atau Raja Pelindung Buddha,

Phra Ong Maha Pudisat (Bodhisattva) pula bermaksud Raja Jelmaan Buddha atau Raja Yang Mencapai Nirvana?

Apapun Raja ni memang seorang penganut Buddha mazhab Mahayana.

Penulis hikayat dalam mana-mana tempat pun akan cuba gambarkan Raja itu adalah anak tuhan/wakil tuhan. Jadi bila semak 7 nama lain pun nak lebih kurang je.

Antara misteri lain dari kisah ini ialah kewujudan Lembah Bujang di Sg Merbok yang menjadi pusat pemerintahan awal Kedah Tua. Bhujangga bermaksud Ular, makanya Lembah Bujang bermaksud Lembah Ular.

Dalam teks2 lain dipercayai ibu Gautama berasal dari Suvarnabhumi dan berkemungkinan besar berbangsa Melayu. Dari sudut lain pula penganut Buddha paling ramai di Asia Tenggara berbanding India yang dikatakan pusat keagamaan Buddha. Terdapat 3 jenis mahzab Buddha iaitu Mahayana, Hinayana dan Theravada.

Oleh itu dengan segala ciri-ciri yang ada ini apakah ajaran Buddha berasal dari sini? Kerana Kedah dan Palembang pernah menjadi pusat keagamaan Buddha yang mengatasi India dan biara2 Buddha yang wujud di India pula dibiayai sepenuhnya oleh Raja Sriwijaya.

Paling menarik ialah mengapa sehingga kini belum banyak data daripada India yang menceritakan tentang Melayu berbanding rekod-rekod China kecuali berkaitan Hinduism.

Akhir kalam, selama ini kita melihat sejarah dari kaca mata barat dan bukan dari kaca mata tempatan oleh itu seringkali terdapat percanggahan dalam perihal sejarah.  Saya tidak menolak kajian2 mereka namun kita harus berhati-hati menilai semula pandangan kita mengikut bangsa kita sendiri. Sila klik link dibawah untuk memahami hal ini

http://kitabsejarahmalaya.blogspot.my/2017/07/melawan-penjajahan-hikayat-dan-sejarah.html


MHR


Melawan Penjajahan Hikayat dan Sejarah Melayu.

By //

Persoalan pertama saya adakah kita benar-benar melawan penjajah?

Selepas semua negara2 di Asia Tenggara merdeka apakah setiap dari kita berdiri dengan kaki sendiri dari semua sudut terutama sekali melibatkan pendidikan dan jati diri bangsa?

Mungkin pada satu sudut ada diantara negara-negara ini berperang untuk mencapai kemerdekaan namun apakah selepas itu ia berjaya meninggalkan buah fikir penjajah?, persoalan ini kalian harus lihat dengan begitu teliti kerana ia sangat halus dan jarang sekali dipandang.

Cukuplah saya sudutkan kepada negara kita ini, dari segi kebudayaan dan sejarahnya apakah kita sudah merdeka?, dan hari ini kita sering melihat #bangsamelawan tapi siapakah yang kita melawan itu?. Mohon senaraikan saya buku zaman kini yang melawan penjajah khasnya buku indie.

Sepanjang abad ke 20 kita menyaksikan sebegitu besar sumbangan yang dilakukan oleh pemikir kolonial seperti Windsted, Blegden, Coedes, Wilkinson dan ramai lagi sehinggakan bahan penulisan mereka itu sudah menjadi bahan paling wajib apabila hendak membuat kajian dan tidak lansung dicabar mengikut kefahaman dan kebudayaan kita sendiri.

Dari hal buku dan penulisan sejarah di media sosial, apakah penulisan yang wujud hari ini menghuraikan sejarah Melayu mengikut pemikiran Melayu itu sendiri dan menolak bulat-bulat kolonisasi itu?, penerbitan atau perjuangan hari ini walaupun menjaja perjuangan bangsa namun pada hemat saya masih lagi terjajah dan apakah mereka2 "pejuang sejarah atau bangsa" dalam apa jua medium sudah cukup melawan? pada saya mereka masih ditakuk lama, sekadar diatas dasar saja (geli2). Nyatanya pada saya mereka hanya populis dan mencari makan dengan cara begitu (seperti pemikiran ahli politik).

"Bangsa selepas merdeka walaupun sudah bebas namun tidak dapat meninggalkan kebergantungan mereka kepada kolonial untuk membentuk sejarah dan jati diri mereka sendiri"
(Tan Pek Leng, 2008,Sejarah Asia Tenggara Moden)

Apakah yang anda faham pada petikan ini?, huraikan sendiri.

Sebagai contoh, semua hikayat-hikayat yang kita baca hari ini, perumiannya dibuat oleh ahli British dan hingga kini dalam tak sedar kita mengikut apa yang mereka fikirkan sesuai kepada Melayu yang sering digambarkan sebagai orang2 Hindu-Buddha yang kuat mengamalkan agama ini.

Menurut Edward Said penulisan orientalis ini muncul pada abad ke 18 yang melahirkan tanggapan bahawa tamadun Alam Melayu bersifat kuno, walaupun begitu segala ilmu-ilmu kuno ini pula digedungkan dalam satu kepustakaan Barat yang memberikan ilmu dan idea baru kepada mereka. Oleh itu menurut Edward Said Orient (ketimuran) ini adalah satu bentuk kesedaran palsu skala besar yang telah menggilakan orang-orang Barat.
(Edward Said,2006, Orientalism)

Pemikiran ini pula disalurkan dan ditentukan melalui taraf-taraf mereka dengan cara menyampaikan ia ke dalam sistem pendidikan dan yang paling mustahak ialah menanamkan imej mulia para pegawai kolonial, kehebatan tamadun barat dan ketulusan penaung Inggeris memajukan Tanah Melayu.
(Kamarudin Mohd Said, 2005, Pemikiran Pasca Kolonial Peribumi dan Kepengarangan Sastera Melayu)

Pernah Windsted mendakwa bahawa Islamnya Melayu berasal daripada pengaruh India oleh kerana kebudayaan dan agama Hindu yang pernah dianuti orang Melayu dan hal ini ditentang sehabis-habisnya oleh Naquib al Attas.
(Naquib al Attas, 1990, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu)

Begitu juga halnya dalam penulisan sejarah, kita masih lagi terikat dengan apa yang mereka tinggalkan.
"Racunlah sejarah bangsa itu"

Saya menentang pemikiran ramai Melayu yang suka menyebut hal ini kerana bukankah logik akal dan dengan kudrat Allah, selepas pokok itu diracun akan lahir pula benih baru selepas hujan dan apakah sebidang tanah yang diracun itu tidak meninggalkan sisa tumbuhan?.

Jesteru itu, kita menulis sejarah tidaklah boleh mendakwa telah membuat pembongkaran yang maha besar selagi mana penulisan kita itu sekadar memetik sumber barat atau beberapa buah sumber dan lansung tidak melontarkan buah fikir kita sendiri sebagai masyarakat tempatan serta dalam masa sama kita sendiri tidak memahami budaya lama Melayu seperti berkias dan membuat sindiran serta tatacara antara rakyat dengan bangsawan dan golongan raja.
(Ahmat Adam, 2016, Antara Sejarah & Mitos)

Jika difahami semua ini, maka belajarlah melawan dengan keras! bukan sekadar menjadi kapitalis atau populis yang sekadar menjerit memperjuangkan peribadi bangsa sedangkan disebaliknya sekadar memakai topeng pemikiran politik kotor. (ditujukan kepada ahli sejarah pahlawan kibod)

MHR.