Babi sebagai Pemerintah - Ulasan Buku

By
Kitab Sejarah Malaya
Napolean Si Babi Pemerintah


Sebenarnya dah lama saya nak baca buku ini yang bertajuk Politik Kandang tulisan George Orwell semenjak saya mengulas buku Terima Kasih Si Babi Hutan lagi. Kata teman-teman bab 1 buku Lepat itu ideanya datang dari buku ini. Jadinya saya dah habis buku ini sub tadi sekitar jam 4 pagi selepas mulakan bacaan sekitar 12 malam. Jadi, inilah ulasan saya tentang buku ini. 

Buku ini mengisahkan tentang keadaan hidup sejumlah haiwan yang tinggal di dalam Ladang Manor milik Tuan Jones di tengah-tengah England. Pada satu hari Major seekor Babi telah memberitahu kepada binatang-binatang yang tinggal disitu bahawa pemberontakan harus dilakukan demi kebebasan para haiwan daripada dibelunggu manusia. Antara bintang yang tinggal disitu ialah kambing,kuda, kucing, ayam, itik, angsa dan banyak lagi. Pada satu sudut jika difahami dengan mendalam ia penulis cuba menggambarkan jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ini.  Di akhir hayat Major Si Babi Tua, dia telah menggerakkan asas sebuah pentadbiran dengan sebuah lagu bertajuk Satwa England (Lagu Pemberontakan Binatang). Akhirnya Major mati dan digantikan oleh Napoleon dan Snowball yang juga seekor babi.

Watak-watak utama yang ditonjolkan dalam buku ini ialah

Napoleon – Babi
Snowball – Babi
Squaller – Babi
Muriel - Babi
Boxer – Kuda Jantan
Benjamin – Keldai
Clover – Kuda Betina

Tuan Jones pula seorang manusia sering mabuk dan sering melupakan tanggungjawabnya memberi makan dan memelihara haiwan ternakannya yang sedikit sebanyak menyebabkan idea pemberontakan mula tercetus kerana para haiwan merasa tertindas. Akhirnya setelah disepakati maka pemberontakan telah dilancarkan oleh para haiwan dan mereka Berjaya menghalau Tuan Jones suami isteri selama-lamanya.

Peristiwa ini menandakan Kemerdekaan bagi semua haiwan di Ladang Manor dan mereka mula menulis Rukun Tujuh yang juga dikenali sebagai Binatangnisme bagi asas “negara” haiwan dan nama Ladang Manor digantikan dengan nama Ladang Binatang dan beserta dengan itu sebuah bendera hijau berlambangkan kuku dan tanduk haiwan beserta slogan “dua kaki jahat empat kaki baik” dan ditetapkan bahawa setiap Ahad perhimpunan akan diadakan.

Disebabkan idea Major dan perancangan pemberontakan Napolean dan Snowball maka Babilah yang menjadi pentadbir kepada sekalian binatang yang berada di dalam lading itu. Mereka bertindak sebagai pentadbir dan perancang dan tidak terlibat dengan kerja-kerja berat yang diserahkan kepada binatang lain terutama sekali Boxer seekor kuda yang lembab tapi kuat bekerja.

“Hari ini kita sudah bebas dan kitalah yang menentukan nasib kita sendiri” kata para babi kepada haiwan lain dan “kitalah yang membangunkan tempat ini” namun setiap perkara yang dibuat akan berlalu dengan ketegangan dan perbalahan diantara Snowball dan Napoleon. Menariknya didalam buku ini hampir semua binatang buta huruf kecuali babi yang juga tahu menulis manakala sebilangan haiwan lain hanya mampu menghafal dan semua keputusan-keputusan dibuat hanyalah berdasarkan siapakah yang memberikan hujah yang terbaik.

Ladang Binatang ini berjiran dengan Ladang Frederick dan Pilkington dan sememangnyalah kedua jiran ini adalah musuh kepada para haiwan. Dipendekkan cerita pada satu hari Ladang Binatang telah diserang oleh manusia ketika Snowball dan Napolean Bersama-sama para haiwan sedang berbincang untuk pembinaan kincir angin. Tujuan pembinaan ini dibuat adalah untuk meringankan kerja para haiwan di ladang saban hari. Ketika serangan ini sebilangan kecil haiwan mati dan Napolean dianggap wira kerana tidak putus-putus menyerang dan memberikan semangat kepada haiwan lain untuk berperang. Akhirnya kemenangan milik haiwan. Napolean dan Snowball diangkat sebagai hero dengan dianugerahkan “Pingat Pahlawan Binatang Darjah Pertama” dan hari peperangan itu dinamakan sebagai “Pertempuran Kandang Lembu”.

Selepas pertempuran itu berlaku pergeseran antara Snowball dan Napolean sekali lagi yang menyebabkan Snowball terhalau selama-lamanya dari ladang itu setelah ia dikejar oleh 7 ekor anjing bermuka bengis yang dibela oleh Napolean dan cadangan pembinaan kincir angina telah dilaksanakan. Pada waktu ini para haiwan mula menyoal Napolean mengapa ia ingin membina kincir angin itu sedangkan selama ini ia tidak bersetuju dengan Snowball dan pada waktu inilah muncul Squaller seekor babi yang pandai bercakap dan menghasut, dengan kemahiran berkata-kata dan penceritaannya ia berjaya meyakinkan para haiwan bahawa idea asal ini adalah milik Napolean.

Akhirnya semua binatang bekerja menyiapkan kincir angina itu dengan diselia oleh Squaller manakala Napolean mula mengasingkan diri dari masyarakat haiwan dan mula tinggal di rumah Tuan Jones. Segala makanan utama seperti epal dan susu juga hanya diberikan kepada para babi kerana merekalah yang mengurus dan mentadbir ladang itu.  Para haiwan mula menyoal namun bunyi mengeram para anjing membuatkan mereka akur. Kucing ketika waktu bekerja akan hilang dan muncul pada waktu makan dan bila disoal ia akan mengeluarkan cerita-cerita sedih dan mengiau manja yang akhirnya membuatkan para haiwan kasihan padanya. Clover (perasan lawa) melarikan diri ke ladang Pilkington dan kekal tinggal disana selamanya. Manakala Benjamin Si Keldai tidak berkata apa-apa malah dialah yang paling pendiam sekali, dia pernah berkata hanya sekali sahaja iaitu “Dalam semua haiwan keldailah paling lama hidup dan tiada siapa tahu bila ia mati”.

Pada bab-bab terakhir kisah ini, pelbagai fitnah mula ditabur kepada Snowball supaya masyarakat haiwan membencinya (penulis menggambarkan Snowball seekor babi yang bijak manakala Napolean yang kuat) akibat daripada pelbagai kesusahan yang terpaksa ditempuh oleh para haiwan bagi mengalihkan ketidakpuasan hati para haiwan kepada peraturan, pengurusan dan pentadbiran para babi. Lama kelamaan Napolean mula bertindak seperti seorang raja dan segala keistimewaan yang terdapat dalam Rukun 7 tidak lagi diikuti dan setiap kali itulah Squaller akan datang mengeluarkan hujah-hujahnya yang bernas dan jika masih terdapat lagi ketidakpuasan hati para anjing akan mula mengeram keras.

Benjamin mati akibat terlalu kuat bekerja malah para babi menganggap ia adalah paling setia dan paling kuat bekerja sedangkan janji-janji untuk memberikan makanan lebih dan persaraan pencen tidak pernah ditunaikan oleh para babi. Kematian Benjamin terus memudarkan harapan para binatang lain dan mereka mula sedar bahawa mereka telah ditipu dan ditindas oleh para Babi apabila melihatkan Napolean duduk semeja Bersama Frederick dan Pilkington. Mereka juga mendengar ucapan dari Frederick kepada Napolean “dalam kalangan manusia dan haiwan ada kelas rendah yang harus ditangani dan dikawal dan yang bekerja banyak akan mendapat hasil yang sedikit”. Napolean membalas “sesungguhnya diantara manusia dan babi tiada masalah antara keduanya.” Squarel yang mendengar turut hampa.

Generasi pemberontak telah pun mati dan diganti oleh generasi baru yang hanya mengetahui serba sedikit tentang Rukun 7, Satwa England dan Ladang Binatang namun hanya sedikit saja yang bersemangat pemberontak manakala yang lainnya hidup seperti -haiwan yang biasa kelihatan di ladang-ladang.

Tamat

P/s Buku ini tebalnya 150 halaman dan dari ulasan ni korang paham ke apa yang hendak disampaikan?. Berminat boleh pm admin RM 40 je siap pos. Tapi lepas rayalah senang.. :)

Gambar dipetik dari Pinrest.