Sejarah Retorik Bangsa Melayu Bersatu.

By

Selama bertahun-tahun saya sering dengar tentang bangsa Melayu tidak bersatu. Selama bertahun-tahun jugalah saya mencari jawapan apakah benar Melayu ini tidak bersatu? atau apakah retorik dan laungan yang berkoar-koar daripada pejuang Melayu?

Akhirnya alhamdulillah selepas 10 tahun mencari jawapan dan dibuka hijab pengetahuan saya oleh Allah maka bertemulah saya pada jawapan itu. Suatu masa dulu kita digemparkan dengan isu ketegangan kaum
yang apinya tidaklah sebesar mana tapi kalau dibiar mahu juga membakar jiwa dan nyawa.
Oleh itu saya mulakan pengkajian saya dengan kaum Cina tahun lepas melalui buku saya iaitu Naga Selatan. Bukunya biasa-biasa saja tapi pada saya sepanjang menelaah penulisan-penulisan dari bangsa Cina sendiri, mereka juga menghadapi masalah ketidaksatuan yang sama seperti Orang Melayu cuma skop kebersatuan itu lebih internasional, tersembunyi dan tidak diketahui.

Jadinya selepas saya faham 30% daripada sejarah kaum Cina ini saya teruskan pula dengan kajian kedua saya sekarang yang bertajuk (Perang Melayu-Siam, InsyaAllah siap Julai nanti). Masih lagi berteraskan skop kajian yang sama iaitu tentang politi dan sosiologi kaum Cina pada abad ke 19 saya menemui dimana kebersatuan kedua-dua bangsa ini dan apakah persamaan diantara kita dan mana-mana bangsa dalam dunia ini.

Isu tidak bersatunya Melayu ini sudah berkumandang sejak zaman Melaka lagi apabila tidak disangka sebuah empayar yang paling kuat berjaya dialahkan oleh Barat, begitulah pula halnya pada zaman Perang 3 segi pada abad ke 17 dan kemudiannya Perang Melayu-Siam pada abad ke 19.Jadi apa yang terpapar selama ratusan tahun ini ialah tidak ada lansung kesatuan diantara orang Melayu. Hakikatnya kita lupa bahawa yang mencorakkan sejarah kita adalah penjajah itu sendiri. Jarum halus yang tertanam di minda Melayu terus dibenam kepada generasi-generasi seterusnya.
Bila bercakap soal penjajah semua orang tak suka dan marah tapi dalam tak sedar ramai juga yang mengiyakan percakapan dan perbuatan penjajah keatas kita. Sebenarnya soal ketidaksatuan ini berlaku dalam semua bangsa di dunia sebagai contohnya Komunis v Kuomintang, Hindi v Tamil, England v Ireland, Parsi v Arab dan banyak lagi contoh yang kita harus lihat. Namun sayangnya ramai yang tak pernah membuat perbandingan antara semua tamadun ini. Apa yang dipandang ialah kejayaan-kejayaan tamadun ini pada masa lalu. Mungkin juga perkara ini tertanggung didalam kajian kemanusiaan maka ia dianggap tidak penting.

Maka dengan sikap ahlul Melayu itulah yang menyebabkan kita sering menganggap perpecahan Melayu tidak berkesudahan. Sepanjang saya membuat kajian ini sudah terbukti Melayu itu akan bersatu apabila diganggu gugat oleh bangsa lain. Contohnya pada tahun 1831 sebanyak 7 negeri Melayu telah membantu angkatan Kedah melawan Siam, pada tahun 1818 sebanyak 5 negeri telah membantu Perak menentang pakatan Kedah-Siam. Begitulah halnya pada zaman PKM dan 13 Mei. Ini bukti yang menjelaskan bahawa kesatuan itu wujud bak pepatah carik-carik bulu ayam pasti bersambung jua.
Orang-orang Cina juga tidaklah bersatu dalam bangsanya sendiri kerana mereka ada beribu-ribu jenis kongsi gelap, beribu-beribu maharaja dan berpuluh-puluh dinasti pula. Samalah seperti tamadun India dan apa jua tamadun di dunia ini. Cuma kita Orang Melayu saja yang tak sedar diri.
Seharusnya kita berusaha menolak dakyah-dakyah yang mengatakan Melayu ini tidak bersatu tidak kira dari siapa pun walaupun dari bangsa kita sendiri. Bangsa Melayu pasti bersatu dengan caranya sendiri. Tak perlu suruh dan tak pelu laung-laung. Bila tersepit tahulah dia mencari jalan. hehehe..
Ingat! Masalah otak manusia itu sama tak kiralah bangsa apa pun yang membezakan ialah sejauh mana kita mampu mencorakkan bangsa kita sendiri dengan warna dan tangan kita sendiri!

Maralah Bangsaku Dengan Ilmu!
-MHR-