Assobiyah Melayu

By
Orang Melayu ni sebenarnya assobiyah secara mereka tidak sedar. Pada hemat saya mereka akan memandang bangsa Melayu sebuah bangsa yang mulia dan amat tersentuh apabila apa saja pengkisahan, perbincangan atau penulisan yang bertemakan Melayu dimunculkan di mana saja. Setelah hampir 3 tahun saya melihat, menilai dan membaca perbincangan orang Melayu didalam fb ni saya lihat Orang Melayu ini bersifat perkauman namun tidaklah kuat sepertimana Arab kerana :

1. Orang Melayu tidak suka ada dikalangan kaumnya menjadi Arabisasi, Baratisasi dll sebagai contoh kerana bagi kebanyakkan orang Melayu mebudayakan cara Melayu adalah lebih mulia dan lebih kuat jatidirinya.

2. Orang Melayu menganggap semua orang berkulit sawo matang adalah Melayu walaupun negara-negara tersebut ada sebahagian darinya tidak suka disebut sebagai Melayu. "Puak sakit mental".. keke

3. Orang Melayu tidak suka semangat kenegerian/kesukuan melebihi bangsa Melayu itu sendiri. Contohnya errr..

4. Orang Melayu akan menyokong apa jua produk buatan Melayu asalkan jangan ada "babi". Disebabkan ini juga orang Cina terpaksa tukar nama syarikat kepada nama Melayu ataupun mengambil pekerja-pekerja Melayu supaya orang Melayu membeli barangan mereka. Kuasa pembeli milik orang Melayu. Ingat tu!

5. Bab politik memang nampak sangat berpecah disebabkan masing2 ada kepentingan tapi hakikatnya benda ni berlaku dalam semua kaum. Orang Melayu je terlebih gedik dan ada suara kata kalau tak buat mcm tu orang Cina dan India akan bersatu dan bila pilihanraya mereka akan menang sebab majoriti kaum. Jadi pada bab ni kalau ada calon Melayu undi jela Melayu kurang lebih kita tetap majoriti. Kaum lain boleh buat takkan kita takleh buat...Nak main politik ni biar cerdik sikit ye...kekeke

6. Orang Melayu tak suka agama,bangsa dan negaranya di cabar dan institusi kesultanan di ganggu gugat oleh mana-mana pihak kerana bagi marhaen Sultan adalah lambang kesatuan mereka.
Secara kesimpulannya, untuk memahami semua keadaan ini, kena banyak baca buku. Memahami persekitaran dan keadaan sekeliling secara tidak lansung dapat mengimbangi pemikiran dan tindakan kita.

Tapi guru saya pernah cakap "hijab ilmu tak dibukakan kepada semua orang selagi dia tidak berusaha. Masing-masing ada kelebihan dan sudut pandang maka raikanlah perbezaan pendapat itu".

-Empayar Malayuwiyah-
"Hidup Bermaruah Mati Syahid"