Anak Seluang Di Sungai Mati

By


            Dewasa ini kelihatan sahsiah dan pembentukan jati diri bangsa Melayu terutamanya pada peringkat belia semakin hilang. Para  belia semakin hanyut dalam arus kemodenan yang pantas. Hukum alam yang sudah biasa kita lihat didalam sejarah ialah apabila ketamadunan itu sampai kepada peringkat yang paling maksima maka sudah pastilah masalah sosial turut terlibat sama. Namun didalam semua permasalahan itu golongan remaja dan belialah yang paling banyak menerima kesan. Melalui kehidupan remaja itu penuh dengan suka dan duka dan apabila sudah dewasa semua itu menjadi kenangan dan pedoman pada masa-masa hadapan. Saya ingin mengajak kalian terutamanya para belia untuk berfikir sejenak tentang masa depan agama, bangsa  dan negara tercinta ini dan tidak inginlah saya memberi fokus yang banyak kepada keadaan politik negara hari ini. Perkara yang sedemikian terserahlah kepada anda untuk menentukannya.

       Atas seruan kerajaan untuk menjaga dan memelihara golongan remaja dan belia maka pelbagai  langkah dan usaha telah diambil bagi  memajukan dan memantapkan penyatuan golongan ini.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia adalah bertanggungjawab untuk menjayakan pelaksanaan Dasar-Dasar Kerajaan mengenai Belia dan Sukan.  Kementerian mula diasaskan dengan penubuhan Bahagian Belia di Kementerian Masyarakat pada tahun 1953.  Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Bahagian kebudayaan pula ditubuhkan di bawah Kementerian Penerangan dan Penyiaran.  Menyedari kepentingan peranan dan fungsi bahagian-bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan pada 16 Mei 1964” [1]

Selepas beberapa rentetan ketegangan politik negara maka sekali lagi modul sahsiah dan jatidiri ramaja/belia dibentuk semula dengan mengutamakan dasar kesepaduan,keharmonian dan mengamalkan prinsip rukun Negara.

Matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara ialah
“Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang
bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah,
bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik
serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran
bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020”[2]

            Pada hari ini sejauh mana dasar yang dicadang pada tahun 1970 dan diluluskan pada tahun 1985[3] benar-benar berjaya? dan perlulah diingatkan bahawa atas semua kejayaan setiap satu dasar itu bukanlah melibatkan pihak kerajaan sahaja malah melibatkan semua pihak terutamanya ibubapa dan pihak berkuasa tempatan (termasuk JKKK,Penghulu,Komuniti Setempat).  Penterjemahan dasar tersebut terutamanya dalam merujuk perkataan “patriotik” adakah menimbulkan satu reaksi yang berjaya pada hari ini? Saya sangat bermohon agar anda luangkan sedikit ruang masa untuk memikirkan sejenak perkara ini. Janganlah terlalu taksub kepada politik kepartian sehingga menjadi seorang “psikosis”. Parti politik sekadar menentukan perjalanan kepimpinan negara yang dipersetujui oleh rakyat. Namun implementasi itu terletak kepada rakyat yang menerimanya. Kecemerlangan sesebuah kepimpinan itu bergantung kepada kesediaan rakyat untuk menerima dasar-dasar dan undang-undang yang diwartakan. Maka para “marhanes” tidak harus menuding jari 100% kepada kerajaan yang memimpin.

            Anak-anak Melayu pada hari ini seolah-olah tidak mempunyai semangat patriotism yang tinggi terhadap negara kerana dihidang dengan kesalahfahaman sejarah yang dasyat.  Rosaknya sesebuah kaum itu bukan terletak kepada perilaku tapi terletak kepada apa yang tertanam didalam mindanya.  Zaaba pernah menyebut “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” dan ternyata pembentuka sahsiah dan tuju fikir belia itu bermula kepada sejauh mana penyampaian dasar yang dianjurkan oleh kerajaan. Apakah dasar yang digubal pada tahun 1985 itu sampai ke tahap peringkat yang membanggakan? Mungkin bagi kita perkara yang semacam ini adalah remeh namun kesannya sangat berpanjangan terutama sekali kepada anak-anak generasi seterusnya. Namun semuanya bermula dengan kesanggupan komuniti setempat dalam menjayakan sesuatu aktiviti yang dibuat dan bukannya berhasad dengki dan membangga diri dalam melakukan sesuatu program, dan sekiranya masing-masing menolak ego dan pemikiran singkat  maka sudah pasti negara akan menghasilkan belia yang berjaya seperti mana yang termaktub didalam visi KBS iaitu

“Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara,
Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlet sukan berprestasi tinggi hingga ke taraf antarabangsa” [4]

            Kejayaan sesebuah organisasi persatuan yang ditunjangi oleh para  Belia juga sedikit sebanyak bergantung kepada bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan, segala masalah sesebuah persatuan itu seperti “hujan takkan turun jika katak tidak memanggil” , sekiranya hujan itu turun maka semua pihak akan mendapat kesenangan yang sama. Oleh itu marilah kita sama-sama sebagai rakyat dipelbagai peringkat samada komuniti setempat, penjawat awam dan swasta bersama-sama berganding bahu dalam mencapai matlamat ini. Ketelusan dan kejujuran serta tidak lokek memberikan sumbangan samada dalam bentuk wang atau kebendaan serta idea haruslah ditonjolkan oleh semua pihak agar generasi seterusnya akan dapat menikmati kejayaan yang telah dicapai pada masa kini. Kita melihat dan sangat arif tentang persatuan-persatuan kaum lain yang sangat aktif dalam berpesatuan atas sikap mereka yang ingin melihat generasi seterusnya berjaya dalam semua lapangan. Sesungguhnya sesuatu perkara dan perbuatan itu tidak akan memuaskan hati semua pihak namun sekurang-kurangnya tindakan itu telah dilaksanakan oleh semua pihak kerajaan terutamanya, rakyat secara umumnya dan bangsa Melayu khususnya.

            Anak-anak Melayu harus sedar akan perkara ini dan perlu mempersiap siaga akan fizikal dan mental bagi menghadapi masalah-masalah baru pada masa hadapan. Jangan terlalu asyik dibuai dengan segala kesenangan dan kemewahan yang ada kerna perkara yang sedemikian akan hilang seandainya sikap menyayangi bangsa itu sudah hilang dari sanubari. Ini bukan soal politik tapi ini soal arah tuju bangsa yang bakal terbentuk pada suatu hari nanti. 

Untuk mencapai Dasar Pembangunan Belia Negara beberapa strategi akan dilaksanakan:-

4.1. Pembangunan Ilmu
Usaha akan dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu pengetahuan di dalam berbagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia.
4.2. Pembentukan Sikap
Usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk di kalangan belia bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang.
4.3. Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan
Mempersiapkan generasi belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.
4.4. Pemupukan Gaya Hidup Sihat
Generasi belia digalakan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
4.5. Kemudahan Interaksi Sosial
Mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat di kalangan belia dan masyarakat.
4.6. Perkongsian Dalam Pembangunan
Menggunakan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia.
4.7. Jaringan Hubungan Antarabangsa
Menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa. [5]

            Keluarlah dari kepompang kejumudan fikiran. Tidak perlu terkhayal dengan segala dakyah dan penyampaian maklumat yang dihidangkan. Setiap kefahaman dan tindakan yang diputuskan itu haruslah berdasarkan kepada kebijaksanaan kita sendiri dan sejauh mana kita membuat penyelidikan kepada perkara-perkara yang kita baca, dan dengar. Janganlah dibiarkan generasi seterusnya seperti Anak Seluang yang hidup di sungai mati” . Hilang jati diri dalam arus sungai metropolitan yang begitu kuat. Negara sedang dalam proses globalisasi yang sangat pantas dan sejauh mana kita bangsa Melayu sedia menghadapinya? Bergabunglah diri dan berusahalah dalam melestarikan semangat patriotisme Belia Negara dan semuanya itu bermula dari anda!

            Sekiranya anda mempunyai persatuan komuniti setempat yang menganjurkan pelbagai program dan aktiviti sihat maka berhubunglah dengan pihak kami di https://www.facebook.com/KitabSejarahMalaya.  Saya akan meletakkan link pautan persatuan anda didalam penulisan ini. Semoga ia akan membantu anda sedikit sebanyak dalam mencapai aspirasi negara bukan hanya dalam bidang sukan tetapi dalam pembentukan modal insan dan kepimpinan negara.  Majunya negara adalah kerana bangsanya! Hidup Melayu!

Link Persatuan Belia:

http://www.realworrior.blogspot.com/