Utusan Bernama Hud-hud

By //
http://muntahpelangi.blogspot.com/2012/06/maksud-tersirat-lagu-tanya-sama-itu-hud.html
            Semakin hari semakin ramai orang yang meminta akan tibanya kiamat samada dengan cara halus atau kasar. Pelik dan hairan semua ini berlaku? sudah putus asakah umat Islam kepada diri sendiri? Sudah putus asakah kepada sekalian ulama,umara dan para alimin? Semuanya seolah-olah sudah bersedia untuk menyerahkan tengkuk mereka supaya disembelih oleh orang kafir hidup-hidup sepertimana yang berlaku di Syria dan Iraq. Bagi orang kafir  mereka tak peduli kiamat walaupun mereka tahu apa itu kiamat. Dunia bagi mereka adalah segalanya. Mati itu pula adalah pengakhiran atas segala kenikmatan yang mereka kecapi selama ini. Namun kita sebagai muslim ini pula merasakan akhirat itulah segalanya walau sejahat mana sekalipun kita ini pasti ada sekelumit rasa untuk Dia, cuma mengapa kita sebagai muslim tidak melawan dan berserah segalanya kepada takdir? Seolah-olah apa yang bakal berlaku semuanya sudah ditentukan. Melawan bukan beerti keluar berperang dan menjerit-jerit menyebut TAKBIR! tapi melawan dengan cara meningkatkan segala ilmu dalam diri dan kaum muslim. Apakah persediaan kita pada hari ini? Adakah sekadar solat dan doa saja sedangkan didalam sejarah Islam itu sendiri telah tercipta pelbagai jenis teknologi yang kekal hingga ke hari ini.

            Perasaan kita sebagai muslim hari ini bercampur aduk diantara takut,sedih dan rimas melihat akan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling. Semakin lama perasaan takut dan risau menyelubungi apabila melihat gelagat manusia yang seolah-olah tidak punya batas dalam hidup. Semuanya seakan-akan ingin pulang kearah zaman yang penuh jahil. Zaman dunia yang penuh indah dimana tiada satu pun undang-undang agama yang mampu menghalang mereka. Tidakkah mereka ingat kepada penduduk-penduduk kota Sodom, Atlantis dan Greek?.
Tidakkah mereka sedar akan sebuah tamadun yang begitu tinggi  beratus-ratus abad yang lalu dimusnahkan dengan sekelip mata?. Mereka semuanya melalui zaman falsafah,budaya dan teknologi yang paling tinggi di era itu namun apakah kesudahan mereka?. Tiada satupun yang kekal. Inilah “Pesan dari langit” kepada setiap manusia yang pernah,sedang dan akan hidup didunia ini. Namun disebalik kesemua itu apakah kita sebagai muslim tidak perlu lagi berusaha dan hanya tunggu di tikar sejadah dan mencari makan untuk hidup saja? Jikalau ya mengapa pula Nabi SAW menganjurkan supaya para muslim mencari ilmu?. Bukankah setelah mulanya manusia bertamadun pelbagai falsafah dan pepatah tentang ilmu itu diucap berjuta-juta kali oleh semua bangsa didunia ini. Tapi mengapa kita sebagai muslim tetap berpandangan dengan segala yang berlaku merupakan ketentuan Ilahi. Ya, memanglah benar segala tiap sesuatu itu sudah ditentukan-Nya tapi bukankah apa yang berlaku itu diusahakan oleh kita sendiri sebagai manusia.

            Mungkin dengan anggapan apabila membaca kisah-kisah ajaib didalam Islam, kita sebagai muslim berpandangan tiada perlulah berusaha dengan sedaya-upaya dan cukup sekadar dengan melakukan ibadah kita akan beroleh semuanya dengan penuh yakin kepada kalimah “kun fa ya kun” semuanya akan kembali kepada sedia kala. Tidak dinafikan keyakinan yang begitu tinggi akan menjadikan semua itu berlaku kerna itulah kelebihan kita sebagai muslim. Namun disebalik semua itu apakah Nabi SAW sendiri sekadar duduk berdoa tanpa berusaha apa-apa pun? Jadi apa perlunya Saidina Salman al-Farisi mengajar teknik perang Parsi kepada orang Arab pada waktu itu, malah baginda sendiri bersetuju dengan pendapat tersebut. Bukankah ini bermaksud secara ruhnya kita sebagai muslim harus juga berusaha mencipta,mempelajari dan menggunakan teknologi dan akal?. Didalam manusia mencari kemodenan dan kemajuan sudah pastilah akan terpalit pelbagai masalah duniawi iaitu moral. Masalah moral bukanlah sesuatu yang baharu. Sepertimana yang telah disebutkan pada awal tadi. Tamadun-tamadun hebat didunia telah menerima pesan dari langit. Semuanya akibat dorongan sudah merasakan diri itu sendiri sebagai tuhan, sudah merasakan tiada suatu kuasa pun yang mampu menghalang mereka sehinggakan manusia menciptakan pelbagai teknologi untuk mengelak dari kiamat!.

            Disatu sudut akibat punya keyakinan yang begitu tinggi menjadikan orang-orang kafir sanggup melawan Penciptanya. Tapi kesannya bukankah kita sebagai muslim dapat melihatnya sendiri?. Pelbagai teknologi telah berjaya mereka hasilkan. Namun dimana kita selepas 600 tahun runtuhnya kota-kota Islam? Apakah yang membezakan kita dengan mereka? Jawapan paling tepat ialah keyakinan.

 Ya! keyakinan, dimanakah keyakinan kita sebagai muslim? Setelah runtuhnya segala kota-kota Islam, kita yang mengaku hidup matinya sebagai muslim telah hilang keyakinan kepada diri sendiri, hilang keyakinan kepada Islam, hilang keyakinan kepada apa jua yang boleh menyatukan kita sebagai muslim. Kenapa kita asyik saja menyalahkan takdir?! Tidak sedarkah kita bahawa kita telah menyalahkan Allah Taala?. Keyakinan yang jelas kepada kita hari ini ialah melawan kuasa Ar-Rahman. Apakah dengan melihat makanan kita akan kenyang? Apakah dengan hanya melihat air sahaja akan menghilangkan dahaga kita?. Ini persoalan dasar kepada semua kita orang-orang muslim yang berada dilapisan paling bawah. Tidak semua dari kita mampu mencapai makam iman yang tinggi sehinggakan ada orang berpendapat didalam dunia hari ini cukuplah sekadar mencapai gelaran orang soleh. Itu diperkirakan sudah cukup baik bagi dunia hari ini. Bukankah tiap satu zaman itu punya masalah yang berbeza namun konteksnya sama iaitu moral. Tidak akan wujudnya garam pada hari ini jika tidak ada orang yang terdahulu menghasilkan garam. Maka samalah masalah duniawi hari ini. Jikalau orang-orang zaman Helanistik dengan kesenian tidak berbaju maka apakah hari ini semua orang seninya itu tertutup?.

            Hari ini kita didunia Islam menjadi gempar dengan segala macam bencana yang menimpa saudara seagama kita diseluruh dunia. Segala bala bencana tiba keatas kita atas kesilapan diri kita sendiri. Bila terjadi sesuatu semuanya berkata “oh! Inilah tanda kiamat”, “oh! Kita harus fanakan dunia ini jauhi segalanya dan ambil jalan akhirat”. Kenapa hal ini berlaku kepada kita? Mengapa begitu cepat dan lemahnya kita membuat keputusan. Apakah dengan terputusnya segala pengharapan kita kepada dunia menjadikan kita mulia di akhirat?, segala bencana itu sudah ada ketetapannya, sudah ada perjalannanya dan kita sendiri sedar akan perjanjian kita dengan-Nya semasa di Lauh Mahfuz. Kita sudah belajar semuanya dengan cara kita yang paling lemah. Namun kenapa di penghidupan ini kita berkata sedemikian? Bukankah golongan yang berputus asa sebelum berjuang ini adalah diantara 72 golongan yang masuk kedalam neraka. Seandainya Nabi SAW sendiri seorang yang mudah mengalah dan berpeluk tubuh sahaja kerana tahu akan tibanya kiamat apakah yang berlaku kepada kita hari ini? Adakah kita akan kenal akan ertinya Islam? Diakhirnya kita akan berkata “Oh! Itu Nabi SAW mana boleh dibandingkan dengan kita manusia biasa ini”, baginda itu kekasih Allah dan pelbagai lagi alasan dan pendapat dilahirkan di bibir, habis bagaimana pula dengan sahabat-sahabat baginda yang lainnya?.

            Apa perlunya mereka berusaha meluaskan empayar Islam? Apa perlunya mereka berlumuran darah dan bermandi keringat jika mereka sendiri dengan penuh yakin menyerahkan urusan duniawi ini kepada Allah. Jelas ini membuktikan bahawa doa tanpa usaha adalah sia-sia sahaja. Jikalau mereka sendiri dengan mata dan telinga mendengar akan tibanya kiamat maka apa perlunya mereka berusaha dengan penuh susah, lebih baik mereka tunggu dan lihat sahaja akan dunia ini. Adakah kita yang sebagi muslim ini mengakui membaca dan memahami isi al-Quran tidak mengambil iktibar dari kisah-kisah para Nabi dan Rasul? Sebagai contohnya kisah Nabi Nuh as yang diperintahkan agar berusaha mempersiapkan sebuah bahtera untuk menghadapi banjir. Mengapa Nabi Nuh as juga perlu berusaha sedangkan doa baginda sendiri akan termakbul dengan cepat? Kita hari ini telah hilang keduanya doa tidak termakbul usahanya juga tiada. Maka dalam keadaan itu terhinalah kita sebagai orang muslim didunia ini. Diinjak-injak agama kita oleh orang lain sehinggakan ada diantara kita yang disembelih, dibakar malah sudah menjadi mayat pun ditendang-tendang oleh orang kafir. Atas kesemua itu sebenarnya salah siapa? Dan kepada siapa yang kita akan tunjukkan jari kita ini?. Semuanya adalah kesalahan diri kita sendiri!

            Konsep berserah itu bermakna setelah berusaha dengan sehabisnya dengan mencapai kesempurnaan ilmu dan teknologi barulah kita menyerahkan untung nasib kita kepada Allah.  Seandainya musibah itu terjadi maka sesuailah mengatakan perkara yang terjadi itu ialah takdir. Kita hari ini belum membuat apa-apa usaha sudah mengatakan inilah takdir. Inilah  keputusanNya. Inikah kita sebagai seorang muslim? Inikah umat yang bakal membantu Panji Hitam? Apakah tanpa persiapan dan usaha kita akan menang di hari menjelang kiamat?. Adakah datangnya “sang penyelamat” itu membawa segala kelengkapan dan teknologi dan kita terus pandai menggunakannya?. Tidak terlintaskah di fikiran kita bahawa dalam dunia Islam suatu masa dahulu adalah dunia ilmu. Seluruh dunia mengakui dan mengagumi akan luasnya ilmu yang dicapai oleh tamadun Umayyah di Sepanyol dan Abbasiyah. Namun kerana leka dan merasa megah akhirnya kita ditumbangkan.

            Tujuan paling akhir dalam Islam ialah pendidikan untuk persiapan kehidupan dunia dan akhirat iaitu usaha menyeimbangkan kehidupan kedua-duanya. Islam melarang seseorang mengasingkan diri daripada masyarakat dan tidak suka akan pengangguran dan orang yang tidak berusaha untuk mencari nafkah hidup; sebaliknya Islam menyeru manusia supaya hidup bermasyarakat dan memuliakan orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan. (Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan;Hassan Langgulung) manakala jihad adalah senjata ampuh yang bertindak dengan empat cara iaitu dengan lidah, dengan harta, dengan diri dan dengan nyawa. Salah satunya iaitu dengan lidah yang beerti dengan cara berdakwah iaitu mengajak manusia melakukan kebaikan dan menolak kebatilan dengan kaedah yang sesuai bagi menghadapi manusia yang berlainan pemikiran. Bagi cendekiawan hendaklah dihadapi dengan cara hikmah dan kebijaksanaan (bilhikmati); bagi orang yang pertengahan daya pemikirannya maka hendaklah dihadapi dengan cara perbantahan dan bertukar-tukar fikiran (wa jadil-hum bi’llati hia ahsan); bagi orang biasa pula hendaklah dihadapi dengan cara memberi pelajaran, pengajaran dan tunjuk ajar yang baik (wa mau’idzati hasanati). (Jihad dan Pengertiannya; Prof Madya Amat Juhari Moain).

            Kesimpulannya manusia didalam hidupnya perlu berusaha, komuniti masyarakat juga perlu berusaha untuk maju kehadapan dan bersama-sama membangunkan negara bukan mengharapkan doa semata-mata. Lemah dan kuatnya sesebuah tamadun bergantung atas usaha semua pihak. Jika kita mengatakan kita ini muslim maka kita sendiri sudah sedar bahawasanya al-Quran itu sendiri sudah mendahului zaman kita cuma persembahan bahasanya (cara tafsirannya) agak lama. Namun jika ditafsir dengan penuh teliti Kalamullah itu sendiri telah mengajar kita segalanya dari mula hidupnya seorang manusia hinggalah kepada pembalasannya di yaumul qiamah. Kita juga sering berkata bahawa dunia Barat sendiri mengkaji al-Quran dan memperolehi pelbagai ciptaan dan idea dari kitab itu sendiri. Tapi mengapa kita sekadar duduk berteleku dan menyalahkan takdir? Dan dengan senang hati berkata berdoa itulah usaha! Tidak malukah kita kepada orang kafir? Tidak berasakah dihati kita ini apabila mereka-mereka itu menghinakan kaum muslim dan agama Islam? Tidak malukah kita apabila kita sendiri mengambil segala budaya kotor Barat sehinggakan menganggap ilmu dunia hari ini adalah hasil dari tangan mereka? Kita hanya mahu berjihad dengan cara berperang dan menganggap dengan cara itulah Islam akan terbela. Namun kita lansung tidak memahami konsep sebenar dan cabang-cabang jihad didalam Islam. Inilah kelemahan kita sebagai muslim! Kita ditipu dengan begitu mudah akibat daripada kelemahan diri kita sendiri dalam mencari ilmu dan akhirnya kita berbunuhan dan menyalahkan sesama kita. Janganlah takut kepadda kiamat itu melebihi takutnya pada Allah yang menciptakan kiamat itu! Kerna kiamat itu dicipta oleh-Nya dan bukannya terjadi dengan sendiri. Bak kata para ulama dan umara setiap kali menghabiskan ucapan “yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datang dari kelalaian dan kebodohan kita sendiri”. Bangkitlah saudara muslimku, maralah dilapangan ilmu, ciptakanlah sesuatu untuk dunia Islam mu, berjuanglah didalam hidup yang singkat ini kerana balasannya di alam abadi nanti!.




Anak Seluang Di Sungai Mati

By //


            Dewasa ini kelihatan sahsiah dan pembentukan jati diri bangsa Melayu terutamanya pada peringkat belia semakin hilang. Para  belia semakin hanyut dalam arus kemodenan yang pantas. Hukum alam yang sudah biasa kita lihat didalam sejarah ialah apabila ketamadunan itu sampai kepada peringkat yang paling maksima maka sudah pastilah masalah sosial turut terlibat sama. Namun didalam semua permasalahan itu golongan remaja dan belialah yang paling banyak menerima kesan. Melalui kehidupan remaja itu penuh dengan suka dan duka dan apabila sudah dewasa semua itu menjadi kenangan dan pedoman pada masa-masa hadapan. Saya ingin mengajak kalian terutamanya para belia untuk berfikir sejenak tentang masa depan agama, bangsa  dan negara tercinta ini dan tidak inginlah saya memberi fokus yang banyak kepada keadaan politik negara hari ini. Perkara yang sedemikian terserahlah kepada anda untuk menentukannya.

       Atas seruan kerajaan untuk menjaga dan memelihara golongan remaja dan belia maka pelbagai  langkah dan usaha telah diambil bagi  memajukan dan memantapkan penyatuan golongan ini.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia adalah bertanggungjawab untuk menjayakan pelaksanaan Dasar-Dasar Kerajaan mengenai Belia dan Sukan.  Kementerian mula diasaskan dengan penubuhan Bahagian Belia di Kementerian Masyarakat pada tahun 1953.  Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Bahagian kebudayaan pula ditubuhkan di bawah Kementerian Penerangan dan Penyiaran.  Menyedari kepentingan peranan dan fungsi bahagian-bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan pada 16 Mei 1964” [1]

Selepas beberapa rentetan ketegangan politik negara maka sekali lagi modul sahsiah dan jatidiri ramaja/belia dibentuk semula dengan mengutamakan dasar kesepaduan,keharmonian dan mengamalkan prinsip rukun Negara.

Matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara ialah
“Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang
bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah,
bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik
serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran
bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020”[2]

            Pada hari ini sejauh mana dasar yang dicadang pada tahun 1970 dan diluluskan pada tahun 1985[3] benar-benar berjaya? dan perlulah diingatkan bahawa atas semua kejayaan setiap satu dasar itu bukanlah melibatkan pihak kerajaan sahaja malah melibatkan semua pihak terutamanya ibubapa dan pihak berkuasa tempatan (termasuk JKKK,Penghulu,Komuniti Setempat).  Penterjemahan dasar tersebut terutamanya dalam merujuk perkataan “patriotik” adakah menimbulkan satu reaksi yang berjaya pada hari ini? Saya sangat bermohon agar anda luangkan sedikit ruang masa untuk memikirkan sejenak perkara ini. Janganlah terlalu taksub kepada politik kepartian sehingga menjadi seorang “psikosis”. Parti politik sekadar menentukan perjalanan kepimpinan negara yang dipersetujui oleh rakyat. Namun implementasi itu terletak kepada rakyat yang menerimanya. Kecemerlangan sesebuah kepimpinan itu bergantung kepada kesediaan rakyat untuk menerima dasar-dasar dan undang-undang yang diwartakan. Maka para “marhanes” tidak harus menuding jari 100% kepada kerajaan yang memimpin.

            Anak-anak Melayu pada hari ini seolah-olah tidak mempunyai semangat patriotism yang tinggi terhadap negara kerana dihidang dengan kesalahfahaman sejarah yang dasyat.  Rosaknya sesebuah kaum itu bukan terletak kepada perilaku tapi terletak kepada apa yang tertanam didalam mindanya.  Zaaba pernah menyebut “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” dan ternyata pembentuka sahsiah dan tuju fikir belia itu bermula kepada sejauh mana penyampaian dasar yang dianjurkan oleh kerajaan. Apakah dasar yang digubal pada tahun 1985 itu sampai ke tahap peringkat yang membanggakan? Mungkin bagi kita perkara yang semacam ini adalah remeh namun kesannya sangat berpanjangan terutama sekali kepada anak-anak generasi seterusnya. Namun semuanya bermula dengan kesanggupan komuniti setempat dalam menjayakan sesuatu aktiviti yang dibuat dan bukannya berhasad dengki dan membangga diri dalam melakukan sesuatu program, dan sekiranya masing-masing menolak ego dan pemikiran singkat  maka sudah pasti negara akan menghasilkan belia yang berjaya seperti mana yang termaktub didalam visi KBS iaitu

“Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara,
Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlet sukan berprestasi tinggi hingga ke taraf antarabangsa” [4]

            Kejayaan sesebuah organisasi persatuan yang ditunjangi oleh para  Belia juga sedikit sebanyak bergantung kepada bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan, segala masalah sesebuah persatuan itu seperti “hujan takkan turun jika katak tidak memanggil” , sekiranya hujan itu turun maka semua pihak akan mendapat kesenangan yang sama. Oleh itu marilah kita sama-sama sebagai rakyat dipelbagai peringkat samada komuniti setempat, penjawat awam dan swasta bersama-sama berganding bahu dalam mencapai matlamat ini. Ketelusan dan kejujuran serta tidak lokek memberikan sumbangan samada dalam bentuk wang atau kebendaan serta idea haruslah ditonjolkan oleh semua pihak agar generasi seterusnya akan dapat menikmati kejayaan yang telah dicapai pada masa kini. Kita melihat dan sangat arif tentang persatuan-persatuan kaum lain yang sangat aktif dalam berpesatuan atas sikap mereka yang ingin melihat generasi seterusnya berjaya dalam semua lapangan. Sesungguhnya sesuatu perkara dan perbuatan itu tidak akan memuaskan hati semua pihak namun sekurang-kurangnya tindakan itu telah dilaksanakan oleh semua pihak kerajaan terutamanya, rakyat secara umumnya dan bangsa Melayu khususnya.

            Anak-anak Melayu harus sedar akan perkara ini dan perlu mempersiap siaga akan fizikal dan mental bagi menghadapi masalah-masalah baru pada masa hadapan. Jangan terlalu asyik dibuai dengan segala kesenangan dan kemewahan yang ada kerna perkara yang sedemikian akan hilang seandainya sikap menyayangi bangsa itu sudah hilang dari sanubari. Ini bukan soal politik tapi ini soal arah tuju bangsa yang bakal terbentuk pada suatu hari nanti. 

Untuk mencapai Dasar Pembangunan Belia Negara beberapa strategi akan dilaksanakan:-

4.1. Pembangunan Ilmu
Usaha akan dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu pengetahuan di dalam berbagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia.
4.2. Pembentukan Sikap
Usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk di kalangan belia bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang.
4.3. Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan
Mempersiapkan generasi belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.
4.4. Pemupukan Gaya Hidup Sihat
Generasi belia digalakan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
4.5. Kemudahan Interaksi Sosial
Mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat di kalangan belia dan masyarakat.
4.6. Perkongsian Dalam Pembangunan
Menggunakan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia.
4.7. Jaringan Hubungan Antarabangsa
Menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa. [5]

            Keluarlah dari kepompang kejumudan fikiran. Tidak perlu terkhayal dengan segala dakyah dan penyampaian maklumat yang dihidangkan. Setiap kefahaman dan tindakan yang diputuskan itu haruslah berdasarkan kepada kebijaksanaan kita sendiri dan sejauh mana kita membuat penyelidikan kepada perkara-perkara yang kita baca, dan dengar. Janganlah dibiarkan generasi seterusnya seperti Anak Seluang yang hidup di sungai mati” . Hilang jati diri dalam arus sungai metropolitan yang begitu kuat. Negara sedang dalam proses globalisasi yang sangat pantas dan sejauh mana kita bangsa Melayu sedia menghadapinya? Bergabunglah diri dan berusahalah dalam melestarikan semangat patriotisme Belia Negara dan semuanya itu bermula dari anda!

            Sekiranya anda mempunyai persatuan komuniti setempat yang menganjurkan pelbagai program dan aktiviti sihat maka berhubunglah dengan pihak kami di https://www.facebook.com/KitabSejarahMalaya.  Saya akan meletakkan link pautan persatuan anda didalam penulisan ini. Semoga ia akan membantu anda sedikit sebanyak dalam mencapai aspirasi negara bukan hanya dalam bidang sukan tetapi dalam pembentukan modal insan dan kepimpinan negara.  Majunya negara adalah kerana bangsanya! Hidup Melayu!

Link Persatuan Belia:

http://www.realworrior.blogspot.com/



Jentayu Patah Hati

By //


            Dalam arus kemodenan yang hampir mencapai tahap yang paling tinggi usaha untuk memelihara dan memulihara segala khazanah bangsa masih diperjuangkan oleh sekumpulan kecil manusia. Di mana – mana negara didunia ini semangat untuk mengekalkan adat dan tradisi itu masih kekal walaupun ramai yang sudah melupakannya. Terkadang ada sebahagian dari kita berasa sedih apabila mengenangkan nasib anak bangsa. Perjuangan yang tidak pernah padam semenjak jatuhnya kota Melaka kekal mekar hingga kini. Semuanya berusaha mempertahankan kedaulatan dan keagungan bangsa tanpa mengira penat lelah biarpun terpaksa mengorbankan nyawa dan wang ringgit demi bangsa tercinta. Didalam semua keadaan itu kemajuan yang dicapai dan yang terkesan kepada orang-orang Melayu sedikit sebanyak mengubah pola fikir kita pada hari ini.

            Terngiang-ngiang lagu-lagu seperti Sri Mersing, Patah Hati dan pelbagai filem klasik yang menggambarkan betapa halus dan santunnya budaya Melayu. Seolah-olah kesucian itu tidak digugat oleh mana-mana kaum seterusnya. Betapa tingginya dan agungnya bangsa Melayu suatu masa lalu bak Jentayu yang bebas terbang kesana-kemari. Terkenang-kenang dan seolah-olah berasa hidup didalam zaman itu. Hari ini sudah mula wujud kumpulan-kumpulan yang mahu mengangkat semula kebudayaan dan ketamadunan bangsa Melayu dalam pelbagai bidang samada perkumpulan keris, busana Melayu, kebudayaan dan tarian dan menulis semula sejarah bangsa. Tapi sejauh mana usaha mereka ini mencapai tahap yang boleh dibanggakan? Apakah dengan usaha yang sekecil itu mampu menjulang semula kesenian dan sejarah bangsa Melayu?. Ramai diantara mereka yang terkandas di pertengahan jalan, kerana tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak-pihak berkaitan malah sikap masyarakat kita sendiri yang telah hilang minat kepada seni dan budaya bangsa sedikit sebanyak mematikan perkembangan dan pemeliharaan seni budaya Melayu itu sendiri.

            Siapa yang tidak dapat melupakan filem “Keris Hitam Bersepuh Emas”[1] [2] dan “Pendekar
http://pencurimovie.cc/keris-hitam-bersepuh-emas-1998-360p/
Kundur”
yang sehingga hari ini dianggap sebagai sebuah drama yang penuh seni dan menimbulkan semangat Melayu. Apakah drama atau filem seperti ini tidak menimbulkan semangat penyatuan bangsa? Apakah dengan menyatakan semangat penyatuan di corong-corang kotak televisyen dan radio itu perlu sudah cukup ? Apakah pengucapan itu tidak perlu dilontarkan kedalam bentuk yang dapat dilihat umum? Kita lihat filem-filem dari Hong Kong yang sebegitu banyak telah mengetengahkan sejarah bangsa mereka. Apakah Melayu ini lemah dan tidak punya seni, budaya dan sejarah seperti mereka?

            Perlukah kita ambil peduli akan apa yang akan  dikatakan kaum lain kepada apa yang ingin kita lakukan. Siapakah yang menentukan jatuh bangun bangsa Melayu kalau bukan kita sendiri? Semuanya terletak ditangan kita sendiri! Baik buruk pahit manis sejarah bangsa itu terletak kepada kita. Kita yang mewarisi akan apa yang ditinggalkan moyang-moyang kita dengan darah dan keringat mereka!. Apakah kerana menganggap perkara itu sudah pun berlalu kita membiarkan dan melupakan terus tamadun bangsa?. Dunia Barat sendiri walaupun sudah mencapai kemajuan yang begitu tinggi dengan segala macam penciptaan teknologi, mereka masih merasa bangga kepada sejarah silam mereka. Ingin saya bertanya kepada kalian apakah barat itu tidak menonjolkan sejarah,budaya dan kesenian mereka? Medium yang paling jelas pada penglihatan kita adalah filem-filem yang dihasilkan mereka. Kesannya kita sendiri berminat untuk mendalami sejarah mereka malah ada yang malu dilahirkan sebagai Melayu. Siapa yang bertanggungjawab atas kesemua ini! Jawapannya ada di kotak fikir anda sendiri.

            Maka diatas segala yang dilakukan oleh kumpulan pejuang tadi tidak berbaloi dan tidak berhasil maka menjadilah mereka itu “Jentayu yang patah hati”. Membawa duka nestapa tanpa siapapun peduli. Hanya mampu bersuara di hujung dada akhbar dan didalam kumpulan mereka sendiri. Siapakah yang rugi sebenarnya? Apakah mereka yang memperjuang sejarah seni dan budaya itu rugi? Atau anak bangsa kita
yang rugi? Kita yang berada dibawah ini sebagai orang biasa juga turut merasakan akan kerugian apabila perkara ini hilang dari dakapan untuk dilepaskan kepada anak cucu kita nanti. Sudahlah sejarah bangsa diputar belit, seni dan budaya bangsa pula tidak dijulang kembali pada tempat asalnya maka terbanglah bangsa Melayu ke serata alam tanpa arah dan tujuan. Mencari identiti dan roh bangsanya.  Di penghujung atas kesilapan ini apakah anak-anak kita akan merasa bangga dengan sejarah Melayu?. Lantas kita bertanya akan soalan bodoh kepada mereka “kenapa kamu malu menjadi Melayu?”.

Pembaratan muzik dan tarian tradisional Melayu juga adalah satu masalah yang agak serius. Atas nama kemodenan maka segalanya dimodenkan. Sejujurnya saya yakin dan percaya ramai diantara kita yang lebih gemar kepada muzik asal Melayu. Senikata dan muziknya menuntun kalbu dan benak sanubari kita. Persoalannya adakah dengan membaratkan seni muzik dan tarian itu menguatkan akar budaya jati diri bangsa? Disebalik semua ini apakah tindakan yang sewajarnya kita lakukan? Mungkin anda yang berada didalam golongan ini punya jawapannya tersendiri.

            Hari ini jawapan yang amat jelas ialah perpecahan pendapat dikalangan kita sendiri kerana tiada siapapun yang begitu serius menjaga sejarah bangsa. Masing-masing sekadar berbuat untuk mendapat kepentingan diri. Hilangnya jati diri bangsa kerana tangan-tangan kita sendiri yang hidupnya seolah bertuhankan wang semata-mata. Lemah tak berdaya dan hanya mengharapkan “orang lain” yang melakukan segalanya untuk kita. HAMKA pernah menyebut “Siapakah yang akan menulis tentang sejarah bangsa kita, kalau bukan kita sendiri? Apakah bangsa penjajah itu akan menulis segala yang baik tentang kita?”[3] Tiada lansungkah bara api itu dihati anak-anak Melayu? Mereka yang diawal perenggan yang saya sebutkan tadi itulah bara apinya namun jika bara itu terpadam maka hilanglah bangsa Melayu dimuka bumi ini dan tiada bergunalah kata-kata Dato Laksamana Tuah “Takkan Melayu Hilang Didunia”. Bersatulah dan warisilah ilmu mereka. Janganlah sampai suatu masa apabila bangsa lain yang sanggup belajar seni dan budaya bangsa Melayu mengakui bahawa budaya dan seni bangsa Melayu itu adalah milik mereka. Tiada yang mustahil diatas dunia ini diatas kehendak dan keiginan manusia itu segalanya tercapai.

“Daun di puncak langit namun tetap tunduk melihat akar”

Itulah perumpaan yang harus kita sedar akan fitrah diri kita sebagai bangsa Melayu. Setinggi mana pun kita dan sejauh mana pun kita pergi janganlah dilupakan pada asal usul bangsa. Sebongkak mana pun para penjajah mereka tetap berbangga dengan bangsa mereka biarpun pada suatu ketika mereka sendiri dijajah oleh bangsa lain. Perjuangan mempertahankan sejarah bangsa tidak pernah padam. Biarpun hampir segalanya musnah namun yang tersisa itulah yang dipertahankan hingga hari ini. Kita pula berasa tiada apa lansung yang hendak dipertahan dan diperjuangkan? Apakah kamu malu diatas semua kelemahan itu? Apakah kamu tidak mahu bangun lagi dari tilam empuk mu? Apakah kamu sekadar menjerit dari kejauhan tanpa melakukan apa-apa?. Suara dan kehendak mu untuk mempertahankan maruah dan jati diri bangsa akan dilunaskan? Sama sekali tidak! Janganlah bersedih dan patah hati apabila perjuanganmu tidak disahut teruskanlah berjuang dan maralah kehadapan didalam sisa-sisa nyawa terakhir ini. Demi bangsa mu… BANGSA MELAYU!
           



[1] Keris Hitam Bersepuh Emas ialah siri drama pendekar yang ditayangkan pada dekad 1990-an sehingga bulan Ogos2002, ia ditaja oleh Perilly's.Siri drama pendekar ini membuktikan kemewahan rokok Perilly's, mengikut dengan tajuknya, Keris Hitam Bersepuh Emas, mengikut dengan warna rokok Perilly's. Selama 12 tahun bersiaran, rupa - rupanya Keris Hitam Bersepuh Emas sudah dihentikan siarannya, di mana kerajaan mengharamkan segala bentuk rancangan ditaja oleh syarikat rokok. - http://ms.wikipedia.org/wiki/Keris_Hitam_Bersepuh_Emas
[3] Sejarah Umat Islam Jilid 4; Pustaka Antara

Mitos Bumi Emas : Antara Khalayan, Pencarian dan Kekeliruan

By //

            Dalam catatan sejarah Greek dan India Semenanjung ini perah digelar bumi emas atau semenanjung emas dan Prapanca pernah mencatat bahawa emas itu ialah padi yang menguning, dari jauh ia kelihatan seperti lautan emas.

            Di awal catatan ini sukar hendak dinyatakan dengan kata-kata yang dapat difahami oleh semua pihak. Mungkin juga penulisan ini akan disalah tafsir oleh beberapa golongan. Namun ini sekadar pendapat yang ingin saya lontarkan moga-moga menjadi penggerak kepada lapisan yang akan datang. Artikel ini secara umumnya berkaitan dengan kefahaman dan pemahaman sejarah negara. Sejujurnya berapa ramai daripada kita yang meminati sejarah? Berapa ramai yang membaca sebuah artikel sejarah sekali imbas? Berapa ramai dari kita yang mengagumi sebuah penulisan sejarah? Dan berapa ramai pula yang benar-benar memahami erti dan nilai sejarah itu?

            Di suatu sudut yang tenang kelihatan sejarah negara yang ditulis dan dipapar berlanjutan selama berabad-abad tanpa sebarang perubahan. Namun darsawarsa kini lebih menginginkan suatu suara yang maha kuat bagi menguatkan akar sejarah bangsa Melayu. Namun disebalik kedua pertembungan itu sejauh mana sejarah negara ditulis pada hari ini? Dan dimana seharusnya dimulakan agar kefahaman dan pemahaman sejarah negara dapat diimplementasi dan dijamah dengan selera oleh semua pihak? Dalam mempersoalkan kesemua itu tidak dapat tidak kita perlu menulis akan sejarah kaum lain yang bersama-sama membangunkan negara ini.  Untuk meyatukan kesemua fahaman itu maka ia perlu bermula dari pendidikan. Bukankah “melentur buluh itu dari rebungnya”. Seharusnya kesemua pihak yang berkaitan perlu memandang perkara ini dengan lebih telus.

            Ini sekadar lontaran pandangan dari orang yang diluar bidang pendidikan namun saya yakin ramai diantara kita yang mempunyai sikap akan sayangkan bangsa dan ingin memelihara kesucian sejarah yang terpelihara selama ini. Ketika kecil kita tidak menghargai nilai-nilai estetika dan nostalgia sejarah itu. Sejarah itu meliputi semua perkara bermula dari lahirnya manusia hinggalah beliau mati tapi ketamadunan sejarah ini mempunyai konteks yang luas yang melibatkan kaum dan tokoh-tokoh yang berada dalam tamadun itu. Jadi dimana Sejarah Melayu pada waktu ini seandainya dilaraskan pada jalan pendidikan kebangsaan?.

            Beberapa tahun terbelakang atas usaha dan keinginan semua pihak, maka Subjek Sejarah telah dijadikan subjek wajib lulus bagi peringkat SPM. Namun bila ditanya kepada para guru masih lagi terdapat rungutan dan suara-suara bahawa subjek sejarah itu adalah subjek yang tidak laku dan peratusannya biasa-biasa saja kerana “cukup untuk lulus”. Maka apakah kesan jangka panjang apabila perkara ini berlaku?. Apakah dengan menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus akan menimbulkan minat rakyat Malaysia untuk meminati sejarah? Anda punya jawapannya tersendiri. Kini subjek sejarah mula dibawa semula ke peringkat sekolah rendah untuk pelajar darjah 4. Pada zaman 70an dan 80an  Sejarah dimasukkan kedalam subjek Alam&Manusia yang menggabungkan kefahaman geografi dan sejarah. Namun jika diperhalusi dengan lebih dalam pada zaman 60an, pelajar darjah 4 diwajibkan untuk membaca Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah

https://faqirullah1958.wordpress.com/category/buku-buruk/page/2/
dan pelbagai tajuk yang dianggap sebagai “heavyweight” pada hari ini. Maka kita dapat lihat kumpulan yang mana lebih setapak kehadapan apabila memperkatakan soal Sejarah. Namun kita juga harus sedar bahawa pada zaman pada 60an itu, sistem pendidikan lebih kepada sistem pembelajaran British dan bagi sekolah-sekolah kerajaan pada waktu itu. Semua subjek diajar dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya ayah atau atok kita lebih mahir dalam kedua perkara tersebut.

“Hendak meracun pokok racunlah akarnya hendak meracun bangsa racunlah sejarahnya”

            Pasti ramai yang terbiasa dengan kata-kata ini. Namun apakah tanah yang sudah diracun itu pokoknya tidak tumbuh kembali? Nah! Sedang Allah sendiri memberi jawapan kita yang manusia ini lansung tidak membuat apa-apa dan hanya berpegang kepada kata-kata tersebut. Hiduplah sekalian bangsa Melayu didalam Mitos Bumi Emas yang terkhayal dengan segala dakyah dan muslihat bangsa penjajah selama ratusan tahun ini. Umpama bani Israel yang disumpah merayau-rayau dibumi sendiri, keliru dalam mencari jalan untuk bebas. Apakah tujuan sebatang pokok itu diracun? Adakah untuk digantikan dengan pokok lain? Atau dibiarkan begitu sahaja supaya kawasan tersebut kelihatan bersih?. Sedarlah walau pokok apa pun yang ditanam rumput asal tetap tumbuh kembali. Cukuplah kita berkata dan mendengar “segala hasil mahsul dan karya moyang kita sudah dilarikan orang, sudah dimusnahkan dan sudah tiada apa lagi hendak dicari”. Apakah tidak ada lansung sisa-sia yang ditinggalkan nenek moyang kita?

            Hari ini dengan segala teknologi sudah mula nampak apakah sejarah yang sebenar berlaku pada zaman dahulu para cendekiawan kita telah menemui pelbagai manuskrip Melayu yang berada di serata dunia. Hasil usaha ini maka terpaparlah kisah suka duka sebenar kepada sejarah tanah air. Namun didalam kesemua itu sudah kelihatan jelas bahawa sejarah tamadun bangsa Melayu juga tidak kurang hebatnya. Bangsa Melayu terkenal dengan sikap pelautnya, suka berniaga dan tidak suka berperang (hanya apabila keadaan memaksa). Contoh yang paling jelas ialah Kesultanan Melaka, walaupun tamadun Melaka masih lagi menjadi misteri namun tidak dapat tidak kesemua pihak bersetuju bahawa bangsa Melaka pada waktu itu sudah pandai menggunakan teknologi pada zaman tersebut. Adalah amat mustahil sekiranya orang-orang Melayu pada ketika itu hanya menggunakan peralatan tradisional kerana Melaka adalah sebuah pusat entrepot paling maju di Asia dan telah menjadi pusat perhubungan diantara timur dan barat. “Pelaut Melayu merupakan golongan perantara yang menghubungkan pedagang-pedagang dari India dan sebelah Barat dengan pedagang-pedagang China dan sebelah Timur”[1]. Oleh itu sekiranya dibuat penjajaran antara kesemua tamadun didunia pada waktu itu apakah Melaka tidak menerima kesan yang sama?. Apakah Melaka tidak pernah melihat meriam, senapang dan pistol? Apakah Melaka itu tidak disebut-sebut sebagai tamadun Melayu yang gah?. Oleh itu mengapa didalam sistem pendidikan hari ini yang dipaparkan hanyalah senjata tradisional Melayu?.

John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis menawan Melaka dahulu, mereka berjaya merampas antara 3000 hingga 8000 senjata api daripada Melaka, dan De Burros sendiri mengatakan bahawa Portugis sendiri tidak mampu untuk menghasilkan senjata api sebanyak itu. Bahkan catatan De Burrous menjelaskan lagi kepada kita bahawa Portugis menjumpai sebuah meriam Melayu Melaka yang jauh lebih besar daripada meriam yang dipunyai oleh Portugis dan meriam itu telah dihantar ke India.

Catatan yang lain pula, seperti yang dinukilkan oleh Godinho Eredia dalam buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek, Portuguese History of Malacca, sewaktu kedatangan Portugis di Melaka, jumlah meriam yang dipunyai kerajaan tersebut adalah sangat banyak. Tiga ribu pucuk meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang.
Albuquerque menyatakan bahawa terdapat 2000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga dan yang lain diperbuat daripada besi di Melaka. Faria y Souza mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 8000 pucuk senjata api atau meriam yang dipunyai kerajaan Melaka adalah berasal dari Pahang. Ini bermakna Pahang merupakan sebuah negeri penghasil senjata api yang berkualiti dan banyak pada zaman itu.”
Menurut Eredia lagi, semua meriam-meriam itu dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi walaupun dengan meriam buatan Portugis. Daripada catatan Eredia ini, dapat disimpulkan bahawa teknologi senjata api yang dimiliki oleh bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut adalah sama tarafnya dengan teknologi persenjataan orang Eropah, malahan mungkin lebih baik.”[2]

            Pelik tapi benar tapi inilah hakikat yang semenjak merdeka lagi ditanam didalam minda Melayu bahawa orang Melayu ini sama tarafnya dengan kaum asli Amerika dan Australia. Lemah dan tidak berdaya dan kekal sesatlah bangsa Melayu seterusnya hingga hari ini.
Memetik kepada hala tuju pendidikan Sejarah Malaysia:

“Sejarah ialah mata pelajaran teras di peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan warganegara yang mempunyai perasaan bangga dan cinta akan tanah air, bersemangat kekitaan dan perpaduan serta menjadi warga dunia yang mewujudkan persefahaman di peringkat antarabangsa. Kandungan Sukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi aspek Kajian Sejarah Tempatan, Sejarah Negara Malaysia dan Sejarah Negara Luar yang berkaitan.”[3]

Apakah yang dapat anda fahami?, Bukankah penulisan dan pengolahan Sejarah negara perlu ditulis dengan lebih telus? sekali lagi saya tegaskan pendapat yang dilontarkan adalah dari orang yang berada diluar sistem pendidikan yang terdiri daripada peminat sejarah, pemerhati dan para ibu bapa. Saya memandang kearah sistem pendidikan Indonesia yang terasnya Pancasila (Rukun Negara), bagaimana mereka berjaya menyatupadukan seluruh pulau-pulau dibawah satu pendidikan yang sama dan menjadikan seluruh warganya sangat mengagumi sejarah bangsa mereka dan hampir menidakkan kebenaran bahawa mereka pernah dijajah Belanda. Pernah terfikirkah kita bagaimana mereka sangat menyanjungi Presiden Ir.Sukarno dan segala tamadun yang pernah mereka capai? Adakah nasionalisme bangsa itu bermulanya dengan politik? Tidak! Semua itu bermula dengan pendidikan!. Sudah sampai masanya sistem pembelajaran sejarah harus dinilai semula agar lebih kukuh dan memperkuatkan jati diri bangsa Melayu khusunya. 


            Saya mengakhiri penulisan ini dengan persoalan-persoalan yang harus kita fikirkan bersama. Bukan hendak menunjuk pandai tapi kitalah yang bertanggungjawab kepada anak bangsa seterusnya. Angkatlah sejarah bangsa walaupun terpaksa menelan kepahitan. Moga ia menjadi penawar bagi luka pada masa hadapan. Ingatlah “bangsa berjaya adalah bangsa yang membaca”, bangsa yang membaca itu akan mempertahankan agama,bangsa dan negaranya dengan cara yang paling bijak dan menguntungkan. Saya menyeru agar semua kita mendesak kerajaan supaya merombak semula sistem sukatan Sejarah di peringkat sekolah. Jangan biarkan anak bangsa kita berterusan terjajah mindanya. Jika kita ini berjiwa muslim maka pandanglah akan hebatnya ilmu daulah Umayyah Sepanyol dan Abbasiyah dan jika kita ini berjiwa bangsa maka lihatlah akan hebatnya penulisan sejarah Melayu yang dijulang sebagai antara koleksi manuskrip terbaik dunia. “Jangan tanya apa yang bangsa kamu boleh buat untuk kamu tapi tanyalah apa yang kamu boleh buat untuk bangsa kamu”. Mulakan langkah dan maralah demi anak cucumu dan bangsa mu!





Tanah Baru Naga Selatan

By //

           

Sebenarnya saya tidak faham tentang orang Melayu bila menyentuh tentang persoalan kaum Cina dan saya juga merasa pelik kenapa sistem yang ada pada masa kini lebih memihak kepada mereka (Cina) sedangkan kuasa politik,tentera dan kesultanan semuanya pada tangan orang-orang Melayu. Apabila seorang Melayu bercakap tentang Cina dengan kata-kata sindiran atau provokasi , jelas mereka mengatakan kita ni bersikap perkauman. Tapi apabila mereka bercakap soal kita samada sikap,budaya dan  agama , kita dipaksa untuk menerima pendapat mereka. Kebodohan apakah ini? Atau memang ada sesetengah Melayu yang membiarkan diri mereka diperbodohkan atau memang bodoh?, yang jelas dan nyata pada pandangan saya ialah kita lansung tidak mahu mendalami sejarah dan falsafah mereka sedangkan mereka sudah lama memulakan langkah untuk menguasai kita sepertimana yang mereka lakukan di seluruh Negara Asia Tenggara. 

Rama VI
            Tahukah anda bahawa “quote” – “China are the Jews of the East” telah disebut oleh Rama VI (Vajiravudh) melalui sebuah surat khabar berbahasa Siam. Baginda berkata “persamaan antara Cina dan Yahudi ialah perkauman mereka”[1]. Maka apakah sebenarnya yang berlaku di Thailand pada waktu itu?. Apakah sikap perkauman yang dinyatakan oleh Raja tersebut sedangkan moyang-moyangnya sendiri berdarah Cina (suku Teochiu) dan siapakah Cina yang dimaksudkan ini?.

  Jika anda teliti dengan sedalam-dalamnya sudah pasti akan berjumpa dengan beberapa kajian yang ditulis oleh orang Barat tentang siapakah golongan Cina ini (akan saya nyatakan dalam bahagian selanjutnya). Disini saya ingin bertanya siapakah pensyarah yang berpangkat Dr dan Prof Melayu di Malaysia yang menerbitkan kajian mereka tentang sejarah kaum Cina? Sekiranya ada saya amat berharap maklumat kajian tersebut dapat dikongsikan.  Jika anda sedar ada beberapa tokoh-tokoh akedemik Cina yang sangat mahir tentang sejarah Melayu dan telah menerbitkan sejumlah buku,makalah,jurnal dan kajian dan terdapat banyak lagi orang-orang Cina yang mengkaji tentang sistem politik dan sejarah Melayu. Jadi dimana kita sebagai Melayu pada hari ini? Tersepit dengan kemalasan dan kebodohan sendiri ataupun tidak berani menyatakan pendapat kerana memikirkan keadaan sekeliling?. Soal itu terserah, jika kalian suka maruah bangsa dijual maka serahkan saja kuasa politik kepada mereka. Jika anda tidak suka, berusahalah dengan apa jua cara untuk menyatakan pendapat anda. Ini Tanah Melayu bukan tanah kosong yang boleh dipugar oleh orang sesuka hati!. Tak perlu menjadi seorang hipokrit dalam menentukan perjalanan bangsa Melayu. Berdiri atas kaki sendiri apabila sudah ramai anak Melayu mara dan maju dalam pelbagai lapangan. Buktikan bangsa Melayu bukan bangsa yang lemah dan hina.

            Penulisan ini tidak akan menyentuh tentang politik kepartian yang tidak membawa apa-apa faedah untuk Orang Melayu. Cukuplah penulisan ini memberi sedikit sebanyak kesedaran tentang betapa lemahnya orang Melayu bila bercakap tentang soal ilmu dan kesabaran. Kita lebih suka membabi buta dalam membuat tindakan yang kebanyakannya merugikan bangsa kita sendiri.

            “Hidup Cina : Wang-Niaga-Politik-Wang-Niaga
             Hidup Melayu : Politik-Wang-Politik-Niaga-Politik”

            Inilah wajah sebenar kaum di Malaysia dari segi sejarah, bukan setakat zaman Merdeka malah sudah berlanjutan beratus-ratus tahun dahulu. Bila seorang Melayu bercakap tentang kemewahan dan ingin mencontohi Cina, dia pasti dikatakan tamak dan gila duit. Bila tidak berduit dia dihina oleh kaumnya sendiri. Kata mereka “hidup ini sekejap saja buat apa cari kemewahan, mati nanti segala yang ada bukan boleh dibawa masuk kedalam kubur”. Bila sudah mewah berapa ramai orang melayu sendiri yang mahu menjatuhkan beliau. Agama saja Islam dan mengakui dirinya muslim tapi sikapnya sudah sama dengan Yahudi! Atas faktor kemiskinan dan berpendapatan sederhana itu kaum Cina menganggap orang Melayu itu malas dan tidak suka bekerja malah mereka menghina taraf hidup kaum Melayu. Tapi apa boleh kaum Melayu lakukan? Maki hamun? Bersoal jawab? Atau berperang? Jika berperang mahu lawan dengan apa? Parang? Keris? Lembing?. Bukankah dengan kekayaan yang ada tadi sedikit sebanyak dapat membantu segala macam perkara dalam hidup ini?. Maka sikap busuk perut tadi perlu diubah!. Tidak perlu dibandingkan tentang soal rezki orang lain sedangkan kita sudah faham akan apa yang berlaku di Lauh mahfuz sebelum roh kita turun ke bumi. Ditetapkan segala-galanya untuk kita dan kita sendiri bersetuju akan ketetapan itu. Jika mahu dilahirkan kaya kenapa di hadapan Allah kalian tidak minta?. Maka sekali lagi konsep Islam dan akidah kita telah jauh menyimpang.
           
            Kita selalu berkata kepada kaum Cina bahawa mereka itu bangsa pendatang yang menjadi kuli di kawasan bijih dan ladang getah. Tapi sedarkah Orang Melayu bahawa mereka yang dilahirkan kafir itu datangnya bukan melenggang dan menghabiskan masa di kedai kopi. Mereka itu BERUSAHA untuk menjadi kaya dan bukan berserah kepada orang-orang politik dalam menentukan untung nasib mereka. Dalam kamus hidup mereka tiada istilah takdir, yang ada cuma untung,rugi dan nasib saja. Mereka datang dengan kapal dan menghabiskan masa berbulan-bulan sebelum tiba disini. Sesetengah mereka mati dibunuh lanun, ada pula ditipu dan kemudiannya dijual oleh bangsa mereka sendiri dan orang Barat dan ada pula yang menjadi pelacur. Namun pernahkan mereka menyatakan kesusahan tersebut? Mungkin ada tapi atas sebab sikap kita yang seperti “berudu didalam lopak air”
tidak nampak dan tidak mahu tahu siapa mereka. Maka kita menganggap mereka itu perampas. Tapi pernahkah kita terfikir siapa yang membenarkan kehadiran mereka kesini? Menurut sejarah sebelum datangnya Laksamana Cheng Ho sudah terdapat beribu-ribu orang Cina yang tinggal dan menetap di sekitar Selat Melaka. Namun mereka lebih menganggap kawasan-kawasan Selatan ini sebagai tempat persinggahan mereka sahaja. “Mereka datang dengan matlamat untuk mencari penghidupan, mengumpul wang sebanyak mungkin untuk sebahagian besarnya dihantar ke kampung halaman mereka sebelum mereka sendiri pulang ke tanah air”[2].

Rajah Brooke
            Setelah berlaku revolusi industri dan kolonisasi orang-orang Cina dibawa masuk dengan lebih ramai kerana penjajah menganggap mereka ini sebuah masyarakat yang rajin dan kuat berusaha namun dalam masa yang sama mereka tidak mempercayai kaum Cina. Salah satunya Raja Brooke yang pernah berkata “Saya tidak tahu sama ada untuk sangat mengagumi orang Cina untuk banyak kebaikan mereka atau membenci mereka kerana kecacatan mereka yang amat nyata, industri mereka melebihi mana-mana orang lain di muka bumi, mereka sangat kuat bekerja, sabar dan ceria; tetapi sebaliknya ia korup, lembut dan dendam, menyerahkan diri kepada pegawai atasan mereka dan zalim kepada mereka yang jatuh ke dalam kuasa mereka "[3]

            Sekali lagi siapakah dalang sebenar yang membenarkan mereka ini masuk? Adakah penjajah atau pemimpin tempatan?. Terserah kepada anda untuk menilai.

Bersambung...





[1]  Lord Of Rim – Sterling Seagrave ms 191
[2] China Ke Tiga; Terjemahan A.Hamid Omar – ms 28  dari buku asal bertajuk The Third China
[3] Lord of Rim – ms 149