Jose Rizal – Nasionalis : Pejuang Dengan Mata Pena

By


  Semasa perang dunia ke 2, dengan kekalahan yang memalukan oelh pihak Berikat terutamanya dari negara-negara kolonial terutamanya di Asia Tenggara telah mula wujud semangat ingin bebas bersuara dan berpesatuan dari penduduk pribumi. Slogan-slogan “Asia untuk asia” dan “Kemakmuran Asia Raya” menimbulkan pelbagai kesedaran di pelbagai peringkat lapisan masyarakat ketika itu. Penjajahan hampir seribu tahun yang bersilih ganti menyebabkan keadaan di negara-negara yang dijajah itu sekadar hidup untuk makan tanpa memikirkan masa depan dan peluang untuk mencapai kejayaan dan kesenangan. Namun wujud pula pihak yang sanggup besekongkol dengan pihak penjajah dalam mencapai kekayaan dan kesenangan mereka dengan menjual maruah diri dan bangsa kepada pihak yang lansung tidak memperjuangkan nasib masyarakat pribumi.

* Penulisan asal dipetik dari Buku “Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu; Shaharudin Maarof ”
Di Filipina lahirlah seorang pejuang pribumi yang ingin membela nasib bangsanya demi sebuah kemerdekaan dan kebebasan memimpin. Dalam sajaknya “Untuk Belia Filipina” beliau telah mengajak para pemuda agar menimba ilmu dan mencapai kemajuan dalam apa jua bidang yang diceburi.

1. Kemudian beliau menulis buku novel bertajuk “Patrotisme” yang menekankan cita-cita berbakti kepada negara dan membangunkan budaya maysarakat yang bermaruah.Beliau juga mengutuk masyarakatnya yang menyokong tindak tanduk Sepanyol dengan berkata;
“Saya paling kesal apabila ada sebilangan dari bangsa kita, akibat diracun dengan keadaan persekitaran mereka telah menyertai parti-parti politik walaupun mereka sedar tindakan mereka itu bertentangan dengan hati nurani mereka, atau mereka yang mengejar kemasyhuran dan kebendaan dengan cara menjual maruah diri, bukan dengan keyakinan dan kemampuan diri tetapi dengan mengadakan jamuan yang besar sekadar untuk menunjuk-nunjuk; mereka tidak sedar apa yang mereka banggakan itu seumpama sehelai kertas yang dibakar dan akhirnya menjadi debu beterbangan”

2. Didalam karyanya yang lain pula bertajuk “Kemalasan Orang-orang Filipina” ;
“Orang-orang Filipina itu bukanlah bangsa yang pemalas tapi keadaan pada waktu itu telah mematikan semangat mereka dan menjadi tawar kerana tiada jaminan dari pemerintah yang menyebabkan mereka tidak mahu bekerja.”

3. Didalam novel keduanya beliau bertajuk “Fibilusterismo” menyatakan;
“Kamu sekalian bertungkus lumus pda sangkaan untuk menyatukan tanahair dengan kalungan bunga,padahal hakikatnya kamu menempa rantai besi. Kamu menuntut persamaan hak, gaya hidup orang-orang Sepanyol tanpa menyedari bahawa kamu menuntut kematian,kebinasaan identiti bangsamu, kehancuran tanahairmu dan pengiktirafan kuku besi.
Apa yang hendak jadi kepadamu sekalian? Satu bangsa tanpa maruah, tanpa kebebasan, segala-galanya yang ada kamu hanyalah pinjaman termasuklah kelemahan-kelemahan kamu... perkayakanlah bahasamu, harumkan namanya, hidupkan kebudayaan sendiri untuk bangsa kita, berazamlah untuk mewujudkan sebuah negara dari sekadar menjadi sebuah tanah jajahan. Pupuklah jiwa merdeka dan bukan jiwa hamba. Saya tidak mengatakan kebebasan yang kita perolehi pada zaman ini ialah dengan pedang kerana ia tidak lagi sesuai dizaman kita tetapi kita harus mendapatkannya dengan cara meningkatkan keyakinan,maruah individu, mencintai yang adil, yang mulia, yang agung sehingga rela bekorban untuknya. Apabila sesuatu bangsa mencapai tahap ini kebebasan itu seperti suria pagi yang memancar. Selagi bangsa Filipina tidak bersemangat untuk mengisyitiharkan kemerdekaan, hak mereka untuk hidup dalam masyarakat manusia dan mempertahankannya dengan nyawa dan darah mereka, selagi itu kita akan melihat bangsa kita berasa malu dan dengan diam-diam kita mendengar keluhan hati mereka yang membantah dan memberontak sementara diluar mereka diam membisu malah turut bersama-sama penindas menghina yang tertindas; selagi kita mahu melihat mereka berselubung dengan sifat mementingkan diri sendiri dan hipokrit, meminta-minta sedikit habuan dari hasil rampasan, mengapa mereka harus diberi kemerdekaan?, apa gunanya kemerdekaan sekiranya hamba-hamba hari ini menjadi penzalim-penzalim esok hari? ”.

4. Jose Rizal ditembak mati pada 30 Disember 1896 dengan sajak terakhirnya berjudul “Selamat Tinggal Buat Kali Terakhir”