Nabi Isa – Peperangan Di Tengah Dunia - Part 2

By

Baginda juga diberitahu akan munculnya Nabi SAW sebagai nabi terakhir bagi umat manusia.Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". 

Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"(As-Saff 61:6)

Mendengar berita itu Bani Israel sangat gembira dengan perkhabaran ini sehinggakan mereka begitu tekun mempelajari sifat-sifat dan keadaan Nabi yang dijanjikan itu. Mereka amat merindukan Nabi akhir zaman yakni Muhammad. Setelah ratusan tahun Nabi Isa diangkat dilangit, mereka masih tetap menunggu. Tetapi anehnya apabila Nabi SAW diutuskan ramai yang tidak mahu mengikutnya.

At-Tabari telah meriwayatkan dari Wahab bin Munabbih “ Orang-orang Yahudi telah pergi mendapatkan Nabi Isa yang sedang berada dalam sebuah rumah bersama 17 orang Hawariyun,maka pada saat itu dengan izin ALLAH maka muka mereka semua sama seperti Nabi Isa as. Berkatalah Nabi Isa as kepada sahabat-sahabatnya “ Siapa diantara kamu yang rela mengorbankan dirinya hari ini untuk mendapatkan syurga?” Salah seorangnya tampil dan menawarkan diri untuk menggantikan tempat Nabi Isa as. Maka orang Yahudi menangkap dan menyalib lelaki yang mereka sangkakan Nabi Isa as. Sedangkan baginda sudah diangkat kelangit. 
Firman ALLAH:
Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa' 4:158)

Orang-orang kafir dan musyrik mempertikaikan akan peristiwa tersebut. Mereka tidak percaya Nabi Isa as dapat hidup dilangit tanpa bekalan makanan dan minuman, tanpa oksigen untuk bernafas dan sebagainya. Padahal kita percaya bahawa Nabi SAW telah diisrakkan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palastine, bahkan telah dinaikkan ke langit ke tujuh. Nabi Isa as yang merupakan Kalimatullah juga dimikrajkan ke langit.Nabi Isa as nanti akan diperintahkan ke dunia untuk menghapuskan arak dan segala minuman yang memabukkan. Baginda juga disuruh membunuh semua babi yang ada didunia ini. Baginda juga diperintahkan bahawa Nabi SAW benar seorang Rasul Allah dan bahawa dialah yang mereka (Yahudi dan Nasrani) jumpai tertulis di dalam Taurat dan Injil.

Nabi Isa juga turun kedunia untuk menjelaskan kepada semua orang bahawa beliau sebenarnya ada menyerahkan panji-panji perjuangan kepada Nabi terakhir itu, sebagaimana juga Nabi Isa menerima panji dari Nabi sebelumnya. Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): 

"Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". 

Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)".

 Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu." (A-li'Imraan 3:81)

Demikianlah Nabi Isa turun ke dunia seolah-olah memberitahu seluruh penduduk dunia bahawa apa yang dibawa oleh Nabi SAW adalah benar. Baginda sendiri pun mengikut ajaran tersebut. Dan sebab itulah ketika baginda diminta untuk mengimami solat bagida enggan, bahkan baginda meminta Imam Mahdi maju ke hadapan sambil berkata kepada seluruh jemaah “Imamukum Minkum” yang bermaksud “Imam kamu adalah dari golongan kamu (umat) juga.”

Kedatangan Nabi Isa itu beertinya kiamat dan baginda juga diberi pengetahuan tentang kiamat seperti yang tercatat didalam al-Quran 

Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus. (Az-Zukhruf 43:61)

Dipetik dan diolah dari buku bertajuk "Menunggu Kedatangan Imam Mahdi,Dajjal dan Nabi Isa as" 1998; Bab 4 Nabi Isa as; Abdu Latif Asyur; ms 147-150. .