Nabi Isa – Peperangan Di Tengah Dunia – Bahagian Akhir

By //
Kepada yang sudah mengikuti artikel sebelumnya diucapkan berbanyak-banyk terima kasih dan kepada yang masih baru melihat artikel ini. Silalah baca pada bahagian 1 berkenaan tajuk ini. Semoga ilmu yang sedikit ini bermanfaat dan menjadi bekal dan peringatan pada harinya. Insya ALLAH. 

 Nabi Ibrahim merupakan bapa para Nabi dan berwasiat kepada anaknya Nabi Ya’qub supaya mengikut agama Islam.Tercatat didalam al-Quran

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".

Rasul Saw bersabda 


“ Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan adil dan bijaksana. Dia akan mengeluarkan salib-salib yang berada didunia ini dan membunuh semua babi. Begitu juga dengan cukai sehinggakan pada waktu itu tiada seorang pun yang layak menerima cukai”.
“Pada hari itu semua makhluk akan hidup dalam keadaan aman dan damai tanpa ada perasaan hasad dan dengki. Orang Arab ketika itu akan merampas kembali haknya. Bumi akan mengeluarkan cahaya dan menumbuhkan tanam-tanaman seperti zaman Nabi Adam as dan manusia dapat memakannya sehingga kenyang.”

Ibn Katsir berkata “ Abdul Rahman al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik sahaja. Hadis ini tidak sahih namun terdapat hadis lain yang seakan dengannya. Diantaranya yang diriwayatkan oleh Muslim Bin Abdullah Bin Umar, bahawa Rasul SAW bersabda

“Kamu akan memerangi Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu ditempat persembunyian mereka akan memberitahu disini ada Yahudi! Bunuhlah dia!”

Diriwayatkan pula oleh Ahmad dari Ibn Mas’ud dari Rasulullah SAW
Juga ditulis didalam Bible
“Pada malam aku diisrak mikrajkan aku telah berjumpa dengan Ibrahim,Musa dan Isa. Mereka membincangkan tentang hari kiamat dengan menanyakan permasalahan kepada Ibrahim tetapi beliau menjawab “Aku tidak ada pengetahuan tentang kiamat, cuba kalian tanya kepada Musa namun Musa memberikan jawapan yang sama”. Lantas mereka bertanya kepada Isa dan beliau berkata “ Sebenarnya tidak ada yang mengetahui hal ini kecuali ALLAH. Menurut yang dijanjikan kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan ditangan ku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik sahaja Dajal melihatku, dia hancur seperti timah yang lebur. Allah akan membinasakannya begitu juga dengan orang kafir sehingga semua makhluk akan memberitahu dimanakah kedudukan mereka”

Kata Nabi Isa lagi “ Setelah ALLAH membinasakan mereka, orang-orang muslim akan pulang kerumah mereka dan pada waktu itulah Yakjuj dan Makjuj akan muncul
Arah datangnya Yakjuj dan Makjuj
dan bertebaran disegenap penjuru, kerana banyaknya mereka itu semua tempat menjadi sesak dan tiada satu pun yang dapat dimakan dan diminum oleh manusia kerana sudah dihabiskan mereka sehinggakan air tasik dan sungai juga menjadi kering”

Diriwayatkan oleh Ismail Bin Ishak, Rasullullah SAW bersabda 

“Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah atau sehingga ALLAH menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan Ashabul Kahfi akan mengerjakan
Sekadar hiasan
haji kerana selama ini mereka belum mati dan belum pernah mengerjakan haji”
Menurut Ibn Katsir dari Muhammad bin Ka’ab al-Quzairy berkata “ Ashabul kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah dan akan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah SAW.Menurut riwayat, Nabi Isa akan dimakamkan bersebelahan dengan makam Nabi SAW kuburnya Saidina Abu Bakar ra dan Saidina Umar ra. Beerti makam Nabi Isa adalah kubur yang ke empat.
Wallahua’lam.

Dipetik dan diolah dari"Menunggu Kedatangan Imam Mahdi,Dajjal dan Nabi Isa as" 1998; Bab 4 Nabi Isa as; Abdul Latif Asyur; ms 155-160.

 p/s Jangan lupa untuk like kami di https://www.facebook.com/KitabSejarahMalaya. Terdapat buku-buku menarik yang dijual kepada anda.


Nabi Isa – Peperangan Di Tengah Dunia - Part 3

By //
Part 3


Saya sedang cuba menghabiskan kupasan saya dari buku "Menunggu Kedatangan Imam Mahdi,Dajjal dan Nabi Isa as" 1998; Bab 4 Nabi Isa as; Abdul Latif Asyur. Huraiannya agak panjang namun saya telah cuba sedayanya untuk mengolahnya semula. Ingin juga saya ingatkan bahawa semua yang tertulis ini bukanlah kajian saya. Saya Cuma mengolahnya sahaja mengikut kesesuaian pembaca. Semoga apa yang diceritakan ini menjadi peringatan buat kita semua.

Masjid Jamek Amawi

Diriwayatkan oleh Ibn Muslim dari al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasullullah bersabda tentang Nabi Isa“Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak diatas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti air mutiara”Baginda akan turun pada waktu fajar. Ibn Katsir ada berkata“Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal disebelah timurnya kecuali yang berada di samping masjid Jamek Amawi iaitu disebelah timur Damsyik”. Menara tersebut telah diperbaiki pada waktu beliau pada tahun 741H. Pembiayaannya diambil daripada orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara tersebut.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Hurairah bahawa Rasullullah SAW bersabda
Ummu Syuraik bertanya kepada Nabi SAW tentang Hari Dajjal“ Ya Nabi ALLAH, kemana orang-orang Arab ketika itu? Rasullullah menjawab “ Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu)”“Ketika Imam mereka bersedia untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba dating Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa menjadi imam mereka tetapi Nabi Isa as sambil memegang bahu Imam itu dan berkata “ Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.”Maka solatlah mereka semua dibelakang imam tadi.


Ummu Syuraik bertanya kepada Nabi SAW tentang Hari Dajjal“ Ya Nabi ALLAH, kemana orang-orang Arab ketika itu? Rasullullah menjawab “ Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu)”“Ketika Imam mereka bersedia untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba dating Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa menjadi imam mereka tetapi Nabi Isa as sambil memegang bahu Imam itu dan berkata “ Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.”Maka solatlah mereka semua dibelakang imam tadi.

“Para Nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi diantara kami. Apabila turunnya nanti untuk mengenalinya orangnya bertubuh sedang dan kulitnya pula kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Beliau mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya semua perkara akan dihapuskan kecuali Islam. Allah akan membinasakan Dajjal bahkan di tangannya (Nabi Isa as). Pada zamannya juga semua haiwan akan berkawan baik samada anatara harimau dan lembu atau serigala dengan kambing. Kanak-kanak bermain ular tanpa dipatuk. Peristiwa ini akan berlansung selama 40 tahun dan apabila wafatnya Al Masih al Huda beliau akan disolatkan oleh kaum muslimin”Turunnya Nabi Isa as bukanlah untuk membawa agama atau syariat baru tetapi untuk menguatkan agama Islam.


Setelah selesai solat maka Nabi Isa berkata “bukakan pintu itu”. Mereka membuka pintu masjid dan tiba-tiba kelihatan Dajjal sudah berdiri bersama 70’000 Yahudi lengkap bersenjata. Melihat Nabi Isa, Dajjal tiba-tiba saja layu dan cair sepertinya air garam yang larut dan ia lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa as dan kaum muslim mengejarnya  dan menemuinya di Babu Ludi dan disitulah Dajjal dibunuh.Orang-orang Yahudi akan dikalahkan. Mereka semua cuba lari bersembunyi namun semua benda berkata “ Wahai hamba ALLAH yang beriman, disini ada orang Yahudi, bunuhlah dia”. 
Babu Ludi

Kata Rasulullah lagi“ Dajjal akan berada didunia ini selama 40 tahun. 1 tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti 1 bulan.1 bulan seperti 1 minggu dan pada hari terakhir sekejap sahaja”


Bersambung..

Dipetik dan diolah dari"Menunggu Kedatangan Imam Mahdi,Dajjal dan Nabi Isa as" 1998; Bab 4 Nabi Isa as; Abdul Latif Asyur; ms 151-154.


Nabi Isa – Peperangan Di Tengah Dunia - Part 2

By //

Baginda juga diberitahu akan munculnya Nabi SAW sebagai nabi terakhir bagi umat manusia.Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". 

Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"(As-Saff 61:6)

Mendengar berita itu Bani Israel sangat gembira dengan perkhabaran ini sehinggakan mereka begitu tekun mempelajari sifat-sifat dan keadaan Nabi yang dijanjikan itu. Mereka amat merindukan Nabi akhir zaman yakni Muhammad. Setelah ratusan tahun Nabi Isa diangkat dilangit, mereka masih tetap menunggu. Tetapi anehnya apabila Nabi SAW diutuskan ramai yang tidak mahu mengikutnya.

At-Tabari telah meriwayatkan dari Wahab bin Munabbih “ Orang-orang Yahudi telah pergi mendapatkan Nabi Isa yang sedang berada dalam sebuah rumah bersama 17 orang Hawariyun,maka pada saat itu dengan izin ALLAH maka muka mereka semua sama seperti Nabi Isa as. Berkatalah Nabi Isa as kepada sahabat-sahabatnya “ Siapa diantara kamu yang rela mengorbankan dirinya hari ini untuk mendapatkan syurga?” Salah seorangnya tampil dan menawarkan diri untuk menggantikan tempat Nabi Isa as. Maka orang Yahudi menangkap dan menyalib lelaki yang mereka sangkakan Nabi Isa as. Sedangkan baginda sudah diangkat kelangit. 
Firman ALLAH:
Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa' 4:158)

Orang-orang kafir dan musyrik mempertikaikan akan peristiwa tersebut. Mereka tidak percaya Nabi Isa as dapat hidup dilangit tanpa bekalan makanan dan minuman, tanpa oksigen untuk bernafas dan sebagainya. Padahal kita percaya bahawa Nabi SAW telah diisrakkan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palastine, bahkan telah dinaikkan ke langit ke tujuh. Nabi Isa as yang merupakan Kalimatullah juga dimikrajkan ke langit.Nabi Isa as nanti akan diperintahkan ke dunia untuk menghapuskan arak dan segala minuman yang memabukkan. Baginda juga disuruh membunuh semua babi yang ada didunia ini. Baginda juga diperintahkan bahawa Nabi SAW benar seorang Rasul Allah dan bahawa dialah yang mereka (Yahudi dan Nasrani) jumpai tertulis di dalam Taurat dan Injil.

Nabi Isa juga turun kedunia untuk menjelaskan kepada semua orang bahawa beliau sebenarnya ada menyerahkan panji-panji perjuangan kepada Nabi terakhir itu, sebagaimana juga Nabi Isa menerima panji dari Nabi sebelumnya. Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): 

"Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". 

Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)".

 Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu." (A-li'Imraan 3:81)

Demikianlah Nabi Isa turun ke dunia seolah-olah memberitahu seluruh penduduk dunia bahawa apa yang dibawa oleh Nabi SAW adalah benar. Baginda sendiri pun mengikut ajaran tersebut. Dan sebab itulah ketika baginda diminta untuk mengimami solat bagida enggan, bahkan baginda meminta Imam Mahdi maju ke hadapan sambil berkata kepada seluruh jemaah “Imamukum Minkum” yang bermaksud “Imam kamu adalah dari golongan kamu (umat) juga.”

Kedatangan Nabi Isa itu beertinya kiamat dan baginda juga diberi pengetahuan tentang kiamat seperti yang tercatat didalam al-Quran 

Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus. (Az-Zukhruf 43:61)

Dipetik dan diolah dari buku bertajuk "Menunggu Kedatangan Imam Mahdi,Dajjal dan Nabi Isa as" 1998; Bab 4 Nabi Isa as; Abdu Latif Asyur; ms 147-150. .


Nabi Isa – Peperangan Di Tengah Dunia - Part 1

By //


  Ramai orang yang sering membicarakan tentang hari kiamat dan amat yakin bahawa kiamat itu sedang bermula. Banyak yang menunggu kehadiran Imam Mahadi yang dijanji sebagai pemimpin terkahir yang akan memimpin umat manusia. Begitu juga perihalnya Al-Masih Dajjal yang begitu ramai berbahas mengenainya.. Tapi saya lebih berminat untuk membicarakan tentang Nabi Isa as yang akan hadir ke bumi untuk membunuh Dajjal, dan hanya di tangan bagindalah terletaknya nyawa Dajjal.





Semua Nabi sebelum Nabi SAW diutus untuk menyeru manusia kepada Islam.Begitu jugalah Nabi Isa as yang bergelar al-Masih al Huda yang akan datang pada akhir zaman memberitahu akan kebenaran Islam. Sehinggakan haiwan pada hari akhirat juga akan bercakap dan mengatakan akan kebenaran agama yang dibawa Nabi SAW. Ia tercatat di dalam al-Quran

Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami.(An-Naml 27:82)
Baginda diangkat menjadi Nabi pada usia 30 tahun. Allah SWT telah mengajar baginda Kitab Taurat dan Injil seperti firman ALLAH;
Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.(Az-Zukhruf 43:63)
"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan yang lurus".(Az-Zukhruf 43:64)




Terdapat beberapa mukjizat Nabi Isa iaitu:
1. Nabi Isa membuat burung dari tanah liat. Dengan izin Allah maka burung itu hidup.

2. Menyembuhkan orang buta semenjak lahir

3. Menyembuhkan orang terkena sopak

4. Menghidupkan orang yang sudah mati dengan cara memanggil dan mengusapnya

5. Baginda tahu apa yang dimakan oleh orang Hawariyin dan apa yang disimpan dirumah mereka

6. Baginda bercakap ketika hari lahir

7. Doa Nabi Isa diperkenan setelah baginda berdoa agar makanan dari langit diturunkan.
Nabi Isa as termasuk diantara rasul yang mempunyai banyak mukjizat. Seperti yang dihuraikan pada ayatul quran dibawah ;
Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan agama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.(A-li'Imraan 3:48)


Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.(A-li'Imraan 3:49)


Dipetik dan diolah dari buku bertajuk "Menunggu Kedatangan Imam Mahdi,Dajjal dan Nabi Isa as" 1998; Bab 4 Nabi Isa as; Abdu Latif Asyur; ms 126-146.

Refleksi Gerakan Kristianisasi Indonesia di Malaysia – Bhg 1

By //


          Sekitar 60an dan 70an telah berlaku gerakan besar-besaran mubaligh Kristian (zending) yang datang membantu penduduk Indonesia terutamanya dari sudut kewangan samada dengan cara bersedekah kepada fakir miskin, member bantuan bencana alam dan lain-lain lagi. Melihat perkembangan itu maka para Ulama Indonesia menjangkakan dalam masa 20 tahun seluruh kepulauan Jawa akan dikristiankan. Di masjid-masjid seluruh Indonesia perkara ini dijadikan tajuk utama khutbah begitu juga di media cetak pro Islam menjadi isu ini sebagai tajuk utama. Maka atas sebab itu maka Buya Hamka telah menulis buku ini bagi menjawab pelbagai persoalan tentang kegiatan Kristian di seluruh pelusok Indonesia. Inilah Perang Salib Moden yang dilancarkan secara perang saraf!

          Para mubaligh ini bergerak dengan pelbagai cara samada dengan cara pujukan, brosur, penerbitan buku-buku, tejemahan bible kedalam bahasa Indonesia atau menggunakan cara kasar seperti yang berlaku keatas seorang gadis Padang yang telah dirogol dan kemudian dibaptiskan oleh paderi yang merogolnya. Alasan utama yang digunakan oleh mereka ialah hak asasi manusia dan kebebasan beragama, maka secara tidak lansung sudah pastilah akan menimbulkan pertentangan diantara kedua-dua agama.

          Gerakan permurtadan Islam di Indonesia telah dinyatakan dengan jelas oleh Dr. Sijabat. Maka untuk tujuan itu para mubaligh telah mengajak para pemuda Islam untuk berdebat dan bertukar fikiran tentang soal ibadat dan kepercayaan. Sekiranya pemuda itu lemah imannya maka mudahlah dia menjadi murtad. Antara soalan yang sering ditanya mereka ialah

1.     “Kenapa menyembah Kaabah sedangkan Nabi SAW telah melarang umatnya menyembah berhala”. Jawapannya pada surah al-Baqarah

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).

2.     “Mengapa kita tidak boleh menghadap muka kemana sahaja sedangkan Tuhan itu berada dimana sahaja”. Jawapnya pada surah al-Baqarah

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.

Buya Hamka memberi juga penerangan bahawa rukun solat ada 13 perkara yang telah disebut dengan jelas. Pertama memasang niat, kedua menghadap kiblat, maka jikalau orang Islam itu menghadap mukanya kearah lain sudah tentulah dia salah.

3.     “Megapa orang Islam perlu membaca al-fatihah?”

Buya Hamka menerangkan bahawa setiap muslim akan merasa kusyuk dengan menggunakan bahasa Arab yang diajar Nabi SAW dari kalimat-kalimat al-Quran. Salah satunya bermaksud “ Ya ALLAH, tunjukkanlah kami jalan yang benar dan jalan yang lurus!”. Sedangkan doa orang Kristian itu Cuma “Berikanlah kami hari ini makanan yang secukupnya”. Bisakah saya mengatakan bahawa mereka itu Cuma mementingkan isi perut mereka?!

Bersambung…

                                                    


Gambar dipetik dari


Dipetik dan diolah dari buku bertajuk "Umat Islam Menghadapi Tentangan Kristianisasi & Sekularisasi”; Prof Dr. Hamka; ms 6-13. 



Projek PL 5 – Bahagian Terakhir

By //



          Ini merupakan kupasan terakhir bagi buku PL 5. Diharapkan kepada anda yang telah membaca 2 bahagian awal kupasan buku ini tidak berasa gusar kerana saya yakin sekiranya ada permintaan DBP akan mencetaknya semula dan saya sendiri akan cuba mencari saki baki buku ini (cetakan ke-2) diseluruh tanah air. Jangan lupa like kami di fb Kitab Sejarah Malaya. Sambung kisah buku ini semula...

          Anita salah seorang ejen telah dididik oleh Peter Malkin[1] iaitu seorang perisik Israel yang sangat terkenal kerana berjaya menangkap Adolf Eichmann[2], Pegawai SS Nazi yang bertanggungjawab diatas pembunuhan 6 juta orang Yahudi sewaktu Perang Dunia ke-2. Beliau telah ditangkap ketika bersembunyi di Argentina pada bulan Mei 1960 dan telah dijatuhkan hukuman gantung.

          Projek ini dianggap rahsia supaya orang Islam tidak seedar bahwa mereka sedang dipengaruhi dan dihasut supaya usaha ini seperti kebangkitan semula Islam. Bermulanya pergolakan ini usaha Israel sudah mula berkesan. Ejen yang dipilih semuanya bersifat karismatik,pandai bercakap, dan juga faham selok-belok Orang Melayu kerana mereka pernah melawat Malaysia dengan menggunakan pasport palsu. 
 
          Selain itu mereka akan membuat ajaran Islam begitu rumit dan begitu susah untuk diamalkan pada zaman moden ini, sehinggakan orang Islam sendiri beranggapan Islam bukan lagi agama yang praktikal. Ini secara tidak lansung akan melemahkan minat mereka untuk mendalami Islam dan akhirnya mereka akan bertukar kepada agama lain. Perkara ini sedang diuji keatas orang Melayu di Singapura. Apabila ini berlaku Israel telah berjaya memecahbelah dan melemahkan umat Islam dari dalam.

          Syeikh al Aziz dan Pendeta Hamka sentiasa memberi ceramah di Birmingham tempat pelajar Melayu berkumpul. Isi ceramah Syeikh al Aziz yang berasal dari Mesir itu berteraskan kesucian hati dan kemajuan masyarakat Islam.Antara isi ceramahnya ialah  walau bagaimanapun kita beramal namun tidak ikhlas apa yang kita amalkan itu akan menjadi sia-sia. 

          Kemajuan umat Islam tidak boleh diabaikan. Berjuta-juta umat Islam berada diambang kemunduran,ribuan lagi berada di seksa dan kebuluran perlu diselamatkan. Oleh itu dari sudut Islam, ilmu pengetahuan moden dan pembanggunan untuk kemajuan sosio-ekonomi adalah wajib bagi semua negara Islam. Namun akhirnya Syeikh al-Aziz telah dibunuh oleh ejen Mossad melalui kemalangan yang disengajakan. Kejayaan di Iran sudah mula membuahkan hasil dimana risalah-risalah agama yang berdoktrinkan Yahudi sudah mula tersebar ke serata Iran. Manakala di Britain isu yang diketengahkan ialah tentang sekumpulan gerakan Islam yang menentang wanita Islam dari maju kehadapan di dalam bidang pelajaran. Wanita hanya sesuai duduk di dapur dan taat kepada suami sahaja. Namun hakikat sebenarnya adalah berdosa besar bagi seluruh masyarakat Islam yang jahil, kolot dan ketinggalan kerana tidak berusaha dalam mencapai ilmu...

          Secara keseluruhannya saya amat mencadangkan agar anda mencari dan menelaah buku ini. Biarpun ia bercorak imiginasi namun isinya sangat meransangkan jiwa dan benak fikiran kita sebagai mukmin. Semoga perkongsian kupasan ini akan memberi manfaat buat anda semua... InsyaALLAH

Dari ALLAH dan kepada ALLAH lah kita kembali...

 Peter Malkin.
















 


 Adolf Eichmann






Dipetik dan diolah dari buku PL 5; Cetakan tahun 1988; Shaari Isa; ms 51-75.