Projek PL 5 – Bahagian 1

By



          Buku ini merupakan sebuah buku fiksi yang berteraskan kepada perancangan Israel untuk melemahkan dunia Islam dengan pelbagai cara. Sewaktu mula-mula membeli 2 naskah buku ini saya cuma berasa tertarik dengan tajuk dan gambar kulitnya sahaja dan lansung tidak berapa berkemahuan untuk membaca isi kandungannya. Namun setelah berjaya menjual 2 naskah tersebut dalam masa tidak sampai 3 jam saya berasakan sudah tentu ada dikalangan peminat “page” buku saya tercari-cari buku ini. Tambahan pula buku ini mempunyai kaitan dengan Malaysia dan Indonesia yang telah tersenarai didalam misi pasukan elit rahsia Israel. Setelah menjual buku tersebut saya berasa agak kecewa kerana tidak menyangka buku yang sebagus ini sudah tiada ditangan saya memandangkan saya juga seorang pengumpul buku-buku lama. Inilah buku genre fiksi pertama yang saya baca dengan penuh minat. 

          Walaupun buku ini cuma sebuah cerita rekaan semata-mata namun isinya sangat relevan dengan keadaan yang berlaku pada ketika ini, dan penulis buku ini juga tidak menyangka apa yang ditulisnya pada waktu itu benar-benar berlaku pada hari ini! 

          Pada peringkat awalnya ia bermula dengan pertemuan diantara beberapa watak seperti Leo dan Elie yang berketurunan Yahudi manakala Anita pula berketurunan Kristian-Lubnan yang telah dijadikan agen perisik Perkhidmatan Rahsia Israel.  Latar belakang penceritaannya pula berkisarkan era 70an dimana negara-negara Islam sedang melalui suatu proses pemulihan keyakinan setelah mendapat kemerdekaan daripada negara-negara penjajah. Manakala pelajar dari Malaysia yang disasarkan adalah mereka yang belajar di Britain dalam apa jua bidang ilmu yang pada hemat mereka mampu untuk membawa doktrin mereka secara halus apabila para pelajar ini pulang ke tanah air. 

          Perkataan PL merupakan singkatan bagi kod bagi pengenalan diantara mereka. PL itu bermaksud Pinhas Lavon[1] * yang merupakan bekas Menteri Pertahanan Israel pada tahun 1954. Lavonlah yang mula-mula sekali merancang projek ini dan merupakan seorang yang kuat kepercayaannya kepada Zionisme.  Pasukan Perkhidmatan Rahsia Israel yang ditubuhkan sentiasa merancangpelbagai bentuk serangan ke atas negara-negara Islam kerana mereka percaya sekiranya negara Islam bersatu maka tiada satu pun kuasa yang mampu menentangnya!. 

Terdapat 5 projek kesemuanya yang mensasarkan negara-negara Islam iaitu
1.     PL 1 – Turki
2.     PL 2 – Iran & Iraq
3.     PL 3 – Timur Tengah
4.     PL 4 - Pakistan
5.     PL 5 – Malaysia dan Indonesia

Tujuan rancangan ini ialah untuk memundurkan negara Islam, kemunduran beerti kelemahan bagi negara Islam. Mereka amat percaya sekiranya negara Islam kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan tiada siapa yang mampu melawannya. Oleh itu dengan kemunduran mereka akan lemah selamanya  dan tidak berupaya bangun untuk selama-lamanya.

* 
















[1] http://en.wikipedia.org/wiki/Pinhas_Lavon


Ikuti sambungan kedua pada  episod akan datang...

Dipetik dan diolah dari buku PL 5; Cetakan tahun 1988; Shaari Isa; ms 1- 25.