Kususasteraan Cina di Tanah Melayu sewaktu Perang Dunia Ke-2

By



            Sewaktu period perang Dunia ke-2 berlansung, disamping menyebarkan propaganda anti-Barat di pelbagai media pada waktu itu, pihak Jepun juga tidak terlepas dari menyebarkan pemikiran mereka melalui kesusasteraan yang dinamakan sebagai “sastera pengkhianat, sastera lucah dan sastera fikiran” yang bertujuan untuk melemahkan fikiran dan semangat perjuangan rakyat tempatan.

            Terdapat 3 buah surat khabar dan sebuah majalah berbahasa Cina iaitu:
1.      Harian Syonan – Singapura
2.      Harian Xin Ya – Kuala Lumpur
3.      Penang Sin Bun – Pulau Pinang
4.      Majalah Nanguang Zhoukan – Singapura

            Jika diteliti secara sepintas lalu, penulisan-penulisan sastera ini lebih kepada memuji-muji Maharaja dan tentera Jepun bahkan ada yang yang rela menjadi pembantu kepada “Perang Suci” Jepun. Dibawah ini adalah contoh daripada sebahagian sastera pengkhianat didalam “Mingguan Sinar Selatan” bertarikh 3 Oktober 1943.

            Warna merah sedang menyelimuti bumi
            Menyinari seluruh penjuru di Asia Timur
            Aku menatap pada cahaya terang – benderang
            Bukankah itu lambang aliran darah tentera Maharaja
            Demi membebaskan Asia Timur
            Anda penyelamat yang satu-satunya buat segala sesuatu di bumi
            Untuk menghapuskan kegelapan
            Kini ornag yang berada dalam kegelapan mulai sedar
            Kerana hanya matahari yang dapat mengahapuskan
            Pencemaran dan kegelapan dunia ini
            Hanya matahari yang akan membawakan sumber nyawa
            Kini bumi ini tampak suasana kemakmuran
            Wahai Asia Timur sedang berkembang!

            Tulisan seperti ini ditulis dengan bertujuan untuk mendapatkan wang dan saguhati  dan tidak kurang pula yang menulis hanya untuk memuaskan hasrat peribadi. Sebuah syair bertajuk  “Merayakan Pesta Hari Kekal” ditulis semata-mata untuk mengambil hati pihak Jepun. Disini disertakan rangkap pertama puisi tersebut

            Pesta hari kekal pada setiap tahun
            Hari suci yang bahagia bagi kita
            Nah, tengok!
            Matahari dan angin begitu terang dan lembut,
            Pemandangan yang indah dan permai,
            Dibawah kibaran bendera matahari
            Disana sini tampak suasana kegembiraan,
            Ayuh, bersama-sama meraikan meraikan hari gembira!

            Selain itu juga terdapat cerpen yang bersifat politik dan memuji kebesaran Maharaja Jepun. Antara isi kandungan nya ialah:
           
            Tahun ini ialah tahun kepastian kemenangan dimana rakyat akan menggempur tentera berikat. Maharaja menguasai pemerintahan dan peperangan di Asia Timur sedangkan tentera berikat umpama haiwan yang cedera, sambil mengaum dan betempiaran, akhirnya tidak akan berdaya lalu mampus begitu sahaja. Perang ini adalah perang bagi rakyat Asia. Maju dan mundur bangsa Asia begantung kepada peperangan ini. Rakyat sudah lama terjajah dan inilah peluang untuk membebaskan diri dari mereka. Dengan demikian, semua rakyat harus bangun dan berganding bahu dan menyumbang tenaga kepada maharaja. Oleh itu tahun ini adalah kemenangan buat kita dan keruntuhan total buat tentera berikat!       
           
           
Dipetik dan diolah dari sebahagian Bab Kemunculan Sastera Pengkhianat ms 70 -79; Ma Hua Moden 1919-1965 – Cetakan tahun 200; Yang Quee Yee.

Like juga kami di fb https://www.facebook.com/KitabSejarahMalaya