Campa Dalam Persuratan Melayu

By


Nama Champa banyak kali disebut dalam banyak prasasti kuno, yang tertua ialah Prasasti Kuti Jawa Timur dan yang paling muda ialah prasasti Kaladi juga di Jawa Timur. Dalam Negarakertagama ri-Champa Kamboja. Dalam lontar Makassar Patturioloagari Togoaya dizaman Tunipalangga pada tahun 1546-1565 ada menyebut bahawa banyak pedagang datang ke Makassar berasal dari Pahang, Petani,Johor, Champa dan Minangkabau. Dalam naskah Melayu tradisi ada disebut nama Champa dalam empat alkisah begitu juga namanya disebut dalam Hikayat Hang Tuah, Hikayat Hasanuddin, Hikayat Banjar dan Hikayat Raja Muda. Dalam syair pula ia terdapat didalam Syair Perang Mengkasar, c, Syair Sri Banir Selindang Delima bahkan dalam Syair Hamzah Fansuri.Dalam La Galigo juga banyak menyebut tentang hubungan Sulawesi dan Champa.

Dari segi bahasa dan sastera Champa telah meninggalkan sebanyak 206 prasasti, diantaranya 98 berbahasa Cham, 43 bahasa Sanskrit, 29 dwibahasa Cham-Sanskrit dan 36 tidak dapat dibaca. Prasasti di Kauthara bertarikh 192M merupakan prasasti bahasa Melayu tertua!. Selain itu pada tahun 650M dalam Sui Shu tentera China telah membakar 1350 jilid sastera Buddha dalam Bahasa Melayu Kuno.Kisah peperangan Champa-Dai Viet yang disebut dalam Syair Siti Zubaidah juga diabadikan dalam Hikayat Raja Muda dengan menyebut Raja Negeri Cempaka Sari diserang dan ditewaskan. Didalam syair Sri Banin Selendang Delima pula menyebut negeri itu diserang garuda hingga musnah. Walaupun Champa mengalami banyak serangan dair Die Veit namun ia sempat memberi bantuan kepada Sultan Johor untuk memerangi Portugis pada tahun 1594. 

Dalam Tambo Minangkabau juga disebut tentang tugas empat orang pembesar Luhak Tanah Datar. Salah seorang dari mereka iaitu Tuan Gadang di Batipuh  menjadi panglima tertinggi pasukan tentera dan  igelar “Harimau Champa Kato Pilihan”.Di Kelantan pula terdapat banyk tempat yang berkait dengan Champa seperti Pengkalan Chepa, Kampung Chepa dan Gong Chapa. Dalam makyong disebut mentera “Siapa hendak membunuh jn tak kira Cina Chepa , Siam dan Boyan. Masjid Kampung Laut juga mempunyai perkaitan dengan Champa.

Dipetik dan diolah dari Buku Cendekia: Kesusasteraan Melayu Tradisional 1987; Bab Champa Dalam Beberapa Naskah melayu Tradisi; Drs Abd Rahman al-Ahmadi; ms 377 – 390.