Projek PL 5- Bahagian 2

By //

            Sebenarnya saya sangat teruja dan sangat bersemangat untuk berkongsi episode seterusnya dengan anda kerna isi didalam buku ini sangat-sangat penting dan patut difikirkan oleh setiap kita sebagai seorang muslim. Walaupun buku ini sekadar novel fiksi yang setebal 200 muka surat tapi isinya sangat bertepatan dan sangat menekan jiwa saya selaku pembaca. Saya fikir anda yang belum memilikinya harus dengan cara apa sekalipun membaca bukunya sehingga habis. Saya tidak boleh dan tidak haruslah menghurai habis buku ini hingga ke penamatnya kerana menghormati dan menyanjungi penulis yang sangat berdedikasi dalam menyiapkan buku ini. Maka saya Cuma dapat kongsikan kepada anda 3 bahagian sahaja bagi kupasan buku ini. Hatta isinya sangat bagus dan meruntun jiwa Islam kita namun apakan daya saya harus menghormati hak cipta penulis. Ok. Kita sambung bahagian selanjutnya…     

Cara yang digunakan untuk melemahkan orang-orang Islam ialah


1.     Agama Islam itu sendiri
2.      Politik Antarabangsa

Perkhidmatan Rahsia Israel mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang Islam. Tugas utama mereka ialah berpura-pura mengamalkan Islam bila perlu, bercampur gaul dengan ulama dan member syarahan tentang agama dan syarahan itu mestilah membawa kepada kemunduran dan pemikiran kolot umat Islam. Selain dari itu ada juga dari mereka yang merupakan pakar propaganda yang telah masuk ke dalam pelbagai pertubuhan dengan tujuan untuk memecah belahkan umat Islam didalam setiap Negara, seterusnya menimbulkan permusuhan diantara penduduk Islam dan Negara Islam yang bersempadan, dengan cara ini kedua buah Negara akan berperang diantara satu sama lain.

Negara pembuat senjata pula akan menggunakan peluang ini untuk menguji senjata ciptaan mereka dan ini akan memberikan faedah yang sangat besar kepada Israel kerana wang tersebut akan mengalir kepada mereka dan cukup untuk menanggung kos projek selanjutnya. Ejen Israel tidak dapat menyusup masuk ke Malaysia dan Indonesia kerana rupa paras mereka yang berbeza dengan penduduk tempatan, maka 3 cara telah direncakan mereka iaitu:

1.     Percetakan – Menambah buku-buku dan risalah-risalah agama yang berasaskan tafsiran yang boleh memundurkan pemikiran umat Islam
2.     Kursus agama yang dikelolakan oleh alim ulama upahan Israel dengan kursus tersebut diadakan di India dan Pakistan dan mereka dibayar untuk tujuan tersebut.
3.     Pelajar di luar Negara yang belajar di Amerika,Britain, Australia dan New Zealand, mereka ini sangat senang dipengaruhi kerana umur mereka dan apabila pulang ke tanah air mereka akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Oleh itu doktrin pemikiran yang tertanam di minda mereka akan disebarkan di tanah air mereka dengan lebih cepat.

Melalui kaedah agama ia boleh ditafsirkan melalui 2 cara iaitu
1.     Betul bendul
2.     Berasaskan pemikiran

Tumpuan ejen Israel ialah melalui kaedah betul bendul, dengan demikian ia akan menjauhkan serta menutup akal fikiran umat Islam terhadap pemikiran yang berasaskan syariat Islam dan lama kelamaan mereka akan terus melupakannya. Kaedah ini akan tetap memundurkan umat Islam tetapi dalam masa yang sama cara ini tetap akan membawa kepada ketenteraman dan kemajuan umat Islam. Agama Islam dianggap kolot apabila mengejar modenisasi. Secara tidak lansung mereka akan selamanya akan terdorong kearah kekolotan. Apabila orang Islam mula riak dengan serban,jubah,tudung dan kafir mengkafir diantara satu sama lain itulah tanda kejayaan besar bagi Israel!.


       Ikuti sambungan terakhir pada episod akan datang...


Dipetik dan diolah dari buku PL 5; Cetakan tahun 1988; Shaari Isa; ms 26- 50.

Projek PL 5 – Bahagian 1

By //



          Buku ini merupakan sebuah buku fiksi yang berteraskan kepada perancangan Israel untuk melemahkan dunia Islam dengan pelbagai cara. Sewaktu mula-mula membeli 2 naskah buku ini saya cuma berasa tertarik dengan tajuk dan gambar kulitnya sahaja dan lansung tidak berapa berkemahuan untuk membaca isi kandungannya. Namun setelah berjaya menjual 2 naskah tersebut dalam masa tidak sampai 3 jam saya berasakan sudah tentu ada dikalangan peminat “page” buku saya tercari-cari buku ini. Tambahan pula buku ini mempunyai kaitan dengan Malaysia dan Indonesia yang telah tersenarai didalam misi pasukan elit rahsia Israel. Setelah menjual buku tersebut saya berasa agak kecewa kerana tidak menyangka buku yang sebagus ini sudah tiada ditangan saya memandangkan saya juga seorang pengumpul buku-buku lama. Inilah buku genre fiksi pertama yang saya baca dengan penuh minat. 

          Walaupun buku ini cuma sebuah cerita rekaan semata-mata namun isinya sangat relevan dengan keadaan yang berlaku pada ketika ini, dan penulis buku ini juga tidak menyangka apa yang ditulisnya pada waktu itu benar-benar berlaku pada hari ini! 

          Pada peringkat awalnya ia bermula dengan pertemuan diantara beberapa watak seperti Leo dan Elie yang berketurunan Yahudi manakala Anita pula berketurunan Kristian-Lubnan yang telah dijadikan agen perisik Perkhidmatan Rahsia Israel.  Latar belakang penceritaannya pula berkisarkan era 70an dimana negara-negara Islam sedang melalui suatu proses pemulihan keyakinan setelah mendapat kemerdekaan daripada negara-negara penjajah. Manakala pelajar dari Malaysia yang disasarkan adalah mereka yang belajar di Britain dalam apa jua bidang ilmu yang pada hemat mereka mampu untuk membawa doktrin mereka secara halus apabila para pelajar ini pulang ke tanah air. 

          Perkataan PL merupakan singkatan bagi kod bagi pengenalan diantara mereka. PL itu bermaksud Pinhas Lavon[1] * yang merupakan bekas Menteri Pertahanan Israel pada tahun 1954. Lavonlah yang mula-mula sekali merancang projek ini dan merupakan seorang yang kuat kepercayaannya kepada Zionisme.  Pasukan Perkhidmatan Rahsia Israel yang ditubuhkan sentiasa merancangpelbagai bentuk serangan ke atas negara-negara Islam kerana mereka percaya sekiranya negara Islam bersatu maka tiada satu pun kuasa yang mampu menentangnya!. 

Terdapat 5 projek kesemuanya yang mensasarkan negara-negara Islam iaitu
1.     PL 1 – Turki
2.     PL 2 – Iran & Iraq
3.     PL 3 – Timur Tengah
4.     PL 4 - Pakistan
5.     PL 5 – Malaysia dan Indonesia

Tujuan rancangan ini ialah untuk memundurkan negara Islam, kemunduran beerti kelemahan bagi negara Islam. Mereka amat percaya sekiranya negara Islam kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan tiada siapa yang mampu melawannya. Oleh itu dengan kemunduran mereka akan lemah selamanya  dan tidak berupaya bangun untuk selama-lamanya.

* 
















[1] http://en.wikipedia.org/wiki/Pinhas_Lavon


Ikuti sambungan kedua pada  episod akan datang...

Dipetik dan diolah dari buku PL 5; Cetakan tahun 1988; Shaari Isa; ms 1- 25.

Islamisasi Persuratan Melayu.

By //

Bidang persuratan Melayu masih lagi belum mendapat tempat sewajarnya di dalam sanubari masyarakat Melayu. Namun perjuangan memartabatkan bahasa Melayu itu masih lagi belum padam apinya. Tidak dapat tidak masyarakat Melayu umumnya harus sedar dalam memperjuangkan usul-usul Islam di negara ini perlu ada kesedaran bahawa bidang persuratan Melayu telah lama diadun dengan kebudayaan Islam itu sendiri. Atas faktor ini maka wujudlah golongan-golongan yang tidak pernah jemu dalam memberikan kesedaran tentang perihal ini.

Terdapat 3 faktor yang menimbulkan kesedaran dalam menjaga kepentingan Islamisasi persuratan Melayu iaitu:
1. Kesedaran Islam yang menyeluruh ditengah masyarakat hari ini.
2. Keinginan masyarakat dan pemerintah Islam yang ingin menerapkan nilai Islam
3. Pembentukan nilai budaya masyarakat Malaysia berasaskan nilai budaya pribumi iaitu Melayu dijadikan sebagai teras utama dalam pembentukan jati diri bangsa Malaysia

Sedar atau tidak pembentukan nilai budaya masyarakat Melayu mendapat kekuatannya daripada sandaranya terhadap Islam atau terus mengambil dan mengadaptasi nilai-nilai Islam itu. Maka persoalan penerapan nilai Islam ini bukan sahaja berkait pada masa kini namun ia melibatkan generasi akan dating. Oleh itu persuratan Melayu  dan pengajian Melayu haruslah ditonjol dan dimartabatkan semula diperingkat nasional agar ia akan terus kekal di minda masyarakat Malaysia. Tanpa menilai dan memperbaiki nilai-nilai tradisi lalu, maka kita tidak akan dapat membina asas yang kukuh apalagi nilai tersebut bercanggah dengan apa yang kita inginkan.


Keinginan untuk menerapkan semula nilai Islam ini adalah keinginan segenap lapisan masyarakat namun telah dibataskan dengan idea-idea sekularisme dan penjajahan minda (ghazwul fikr) oleh Orientalis dan para pendokong pemikiran Barat itu. Mereka lebih terarah kepada merumuskan bahawa sifat-sifat anamisme dan Hindu-Buddha merupakan teras asas peradaban bangsa Melayu. Perbuatan yang semacam ini hakikatnya berjaya melemahkan daya fikir orang Melayu dan selanjutnya meruntuhkan kemegahan sejarah Melayu.

Dalam melihat zaman silam, para Orientalis dan para pendukungnya lebih gemar memandang Melayu itu dipengaruhi Hindu-Buddha terutamanya pada adat dan unsur estetik. Kedatangan Islam telah cuba untuk memisahkan ciri anamisme dan pengaruh ini, melalui pengadunan orientasi linguistic dan budaya Islam  namun masih lagi sukar untuk menembusi pemikiran dan kebiasaan yang telah lama menjadi sebahagian daripada sosialogi Melayu itu sendiri.

Apabila melihat kebudayaan Melayu pula sangat sedikit perhatian yang diberikan terhadap persuratan keilmuaan pada zaman klasik yang sebahagian besarnya terdiri daripada keilmuan Islam terutamanya di bidang akidah dan cabangnya. Sedar atau tidak ratusan karangan bahasa Melayu didalam ilmu sedemikian telah dihasilkan. Antara tokoh-tokoh yang telah mengangkat persuratan Melayu dalam bidang sastera dan agama ialah Raja Ali Haji, Syeikh Nuruddin al-Raniri, Syeikh Samsudin al-Sumatrani dan lain-lain lagi. Penyusunan bahasa Melayu didalam karangan para ulama hamper menurut nahu bahasa Arab dan al-Quran.

Ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan keislaman menerusi pengaruh bahasa Arab kedalam bahasa Melayu, terutamanya jika dilihat kepada penulisan Jawi yang dipinjam daripada huruf-huruf al-Quran dan telah berevolusi kedalam bahasa Melayu itu sendiri. Namun pertukaran ejaan jawi kepada rumi telah menimbulkan kepincangan didalam istilah-istilah Islam terutamanya yang melibatkan perkataan-perkataan dalam bidang tauhid dan syarak. Hal ini patut dikesalkan dan harus diatasi segera agar pembahasaan ini tidak “membaratkan” orang-orang Islam di gugusan Kepulauan Melayu ini. Tidak kurang pula gejala yang mempersendakan hubungan bahasa Melayu-Arab yang secara tidak lansung telah merendahkan martabat bangsa Melayu itu sendiri apabila dikaitkan dengan persoalan budaya bahasa dan persuratan Melayu dengan Islam.

Secara keseluruhannya, tradisi persuratan Melayu itu menjadi kuat dan kukuh setelah diresapi oleh nilai-nilai Islam, namun gerakan-gerakan sulit yang ditunjangi Barat telah menyebabkan nilai persuratan Melayu sekadar berada didalam ruang lingkup gugusan-gugusan kepulauan Melayu sahaja sedangkan bahasa Melayu itu pernah diangkat menjadi lingua-franca teragung dunia pada suatu masa dahulu. Maka tugas kitalah untuk mengangkat kembali sejarah dan budaya bangsa melalui penerapan nilai Islam yang sebenar dan bukan lagi apa yang dihidangkan oleh idealis Barat yang mengatakan Melayu itu masih aman dalam kepercayaan paganisme dan kemudiannya Hindu-Buddha.

Dipetik dan diolah dari buku bertajuk "Prosiding Kongress Bahasa dan Persuratan Melayu IV" 2002; Bab Persuratan Melayu Masa Kini dan Perspektif Masa Hadapan oleh Shafie Abu Bakar; Disusun oleh Awang Sariyan; ms 20 - 28. 

Syair 1001 Hari

By //


            Syair 1001 Hari ini juga dikenali dengan nama Arabnya sebagai Alfu Yawmin wa Yawmin yang diterjemah daripada bahasa Faransawi kepada bahasa Arab oleh Wahbah Affandi Ibrahim dan ditransilasikan pula dari Arab ke Melayu oleh Abu Muhammad Adnan yang berasal dari Kepulauan Riau.

            Ia berkisarkan tentang Puteri Farukhtar yang tidak mahu berkahwin setelah mendapat alamat mimpi yang pada hematnya tidak baik. Kisah ini berasal dari negeri Kashmir dan negeri tersebut diperintah oleh Maharaja Tugrul Baya, seorang Raja yang adil,bijak dan tegas dalam membuat keputusan.

            Pada suatu hari puteri tersebut telah mendapat mimpi tentang seekor rusa jantan yang terperangkap didalam jaring lalu diselamatkan rusa betina tetapi apabila rusa betina itu pula tertangkap, rusa jantan tidak menyelamatkannya malahan berlalu pergi dari situ. Akibat dari mimpi itu sang puteri mengambil keputusan untuk tidak berkahwin kerana menganggap semua lelaki tidak setia  dan tidak boleh dipercayai lantas menolak semua pinangan dari putera-putera raja dari seluruh dunia. Kejadian ini menggusarkan hati sang Raja lantas memikirkan cara bagaimana untuk menambat semuala kepercayaan puterinya itu.

            Atas nasihat ibu susuan sang puteri yang bernama Murdi’ah melalui kisah yang berlaku semasa zaman Khalifah Harun al-Rasyid yang melawat 5 orang banduan dipenjara maka hati tuan puteri mula terbuka kembali untuk menerima cinta dan kasih sayang. Cerita-cerita tersebut ialah (ikuti kisah tersebut didalam bukunya)

1.      Saudagar yang mendera isterinya yang dianggap curang.
2.      Kisah seorang peniaga yang kaya kerana memperolehi harta daripada peninggalan orang tuanya
3.      Seorang saaudagar minyak wangi yang telah difitnah oleh seorang wanita ketika bermusafir ke Baghdad
4.      Seorang lelaki yang suka berfoya-foya setelah kematian orang tuanya
5.      Kisah seorang pembuat bakul yang berusaha menyara keluarganya namun kisah ini tidak dihabiskan oleh penulis asalnya.

            Secara keseluruhannya Syair ini mengisahkan tentang kasih sayang, pengorbanan dan pedoman kepada pembacanya.

Dipetik dan diolah dari ruangan Pendahuluan & Sinopsis buku Syair Seribu Satu Hari; Cetakan tahun 2004; Sharniza Shahir.


Pensejarahan Kedah abad ke 19 Melalui Syair

By //


Syair Sultan Maulana

Syair-syair ini  berasal dari Kedah dan berkisarkan kepada peperangan diantara Kedah-Siam dan juga perhubungan politik diantara Kedah-Siam- Burma pada abad ke 19. Peperangan ini juga dikenali oleh rakyat tempatan sebagai “Perang Musuh Bisik”.  Syair Sultan Maulana[1] member penerangan kepada aspek peperangan,jenis senjata,taktik, alat pengangkutan dan susunan pangkat. Jika diteliti dalam sejarah Kedah, Kedah sentiasa mencuba untuk melepaskan diri dari cengkaman Siam.

Syair ini juga menunjukkan ketidakpuasan hati malahan rasa meluat kepada orang-orang Siam, sebagai contohnya pada rangkap 573-591, Tengku Idris meyakinkan dirinya bahawa peperangan diantara Siam-Burma adalah peperangan diantara orang-orang kafir. Didalam syair ini juga menerangkan kapal-kapal milik Siam tidak setanding dengan jong-jong milik tentera Kedah, tentera Siam pula dikatakan lemah dan selalu tertinggal dibelakang. Mereka Cuma berada dihadapan apabila kota orang Burma ditawan. Syair ini telah dipersembahkan kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dan mempunyai 1102 bait (kajian Skinner).

Syair Perang Jong Salang

            Syiar ini telah ditulis oleh setiausaha peribadi kepada Dato Bendahara yang sama-sama berangkat tentera Kedah ke Salang sewaktu perang Kedah-Siam. Manuskrip ini berkemungkinan telah disalin semula di Pulau Pinang oleh John McInnes antara tahun 1814-1816. Pada tahun 1825 kononnya ia telah disalin pula oleh John Crawfurd semasa beliau menjadi Gabenor Singapura. Salinan ini kemudiannya telah dijual bersama beberapa naskah hikayat yang lain oleh beliau kepada British Museum.

Syair Duka Nestapa

          Syair ini pula ditulis sendiri oleh  SATHS  sewaktu berada didalam tahanan Inggeris. Atas permintaan Siam dan setelah Kedah telah hamper dikalahkan oleh Siam, SATHS telah dipindahkan ke Pulau Pinang dengan pergerakannya dikawal oleh Inggeris sebelum baginda dipindahkan pula ke Melaka. Syair ini ditulis pada tahun 1842 setahun sebelum kemangkatan baginda pada tahun 1843 dan ia ditulis di Melaka. Syair ini menerangkan tentang kerisauan dan kesedihan baginda terhadap negerinya yang seringkali diancam oleh Siam, disamping itu pula diasak dan ditipu oleh Burma dan Inggeris. Apabila Perlis dan Setol  dijadikan wilayah berasingan dari Kedah, banyak khazanah-khazanah Kedah tidak dapat dibawa pulang kerana

1.      Alor Star telah dimusnahkan sama sekali
2.      Tipu muslihat Siam dan penghapusan apa jua tinggalan khazanah Kedah. Pada masa ini Raja Ligor telah memerintahkan supaya Hikayat Merong Mahawangsa dimusnahkan kerana hikayat tersebut mengatakan Rama Siam berasal dari Kedah.

Salinan syair ini telah diperolehi oleh Dato’ Wan Ibrahim bin Wan Saloh (bekas Pengarah Muzium Kedah) dari kerabatnya Wan Hajar Setol. Syair ini telah membuktikan bahawa terdapat perhubungan kekeluargaan antara Raja Setol dengan Raja Kedah. Syair ini pada asalnya berada di British Museum dalam ditulis dalam bentuk rumi. Pada tahun 1975 atas usaha Muzium Negeri Kedah ia telah dijawikan semula  berdasarkan mikrofilem yang terdapat di Universiti Malaya.

Secara keseluruhannya terdapat 64 buah manuskrip yang berasal dari negeri Kedah yang tersimpan di Muzium Negeri Kedah dan Dewan Bahasa Pustaka selain itu juga terdapat lagi manuskrip-manuskrip yang tersimpan di luar negara, didalam simapanan kerabat diraja Kedah dan orang perseorangan.

Nota: Senarai syair tersebut tidak saya sertakan sekali kerana terlalu banyak. Kisah sejarah Kedah juga boleh dirujuk didalam Buku Sejarah Negeri Kedah karangan Buyong Adil (1983).

Dipetik dan diolah dari buku bertajuk "Sebutir Pasir" 1992; Bab Syair Maulana atau Battle for Junk Ceylon dan Beberapa Manuskrip Melayu di Muzium Negeri Kedah; Siti Hawa Haji Salleh; ms 73 - 110. 



[1] Maulana adalah gelaran bagi Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (SATHS), baginda juga dikenali sebagai Marhum Melaka

Falsafah Islam vs Peracunan Minda Melayu

By //




            Kita insaf akan kehilangan sifat pendirian bangsa jika tidak 
hilang mengapa kita berusaha mencarinya?  Dan dari manakah harus kita dapati  ciri –ciri yang memperkenalkan pendirian itu  melainkan dari sejarah!, Sejarah manakah yang seharusnya kita benamkan kesannya kedalam jiwa kita? Kita lihat bahawa orientalis itu sekadar mengkaji sejarah kepulauan Melayu-Indonesia itu  dengan hanya menumpukan sejarah kolonial dan tidak lebih dari itu. Mengenai sejarah lama mereka hanya mengatahui tentang zaman Hindu – Buddha  dan sedikit tentang sejarah purbakala. Manakala sejarah Islam seolah-olah hilang atau dihilangkan terus.  Dengan penumpuan kepada 3 lapangan sejarah ini maka dengan sendirinya sejarah Islam itu tampak tidak berkesan lansung kepada masyarakat Melayu-Indonesia. Alangkah palsunya tanggapan ini!

            Saya mengusulkan bahawa kehilangan sejarah ini lah yang mengakibatkan kita kehilangan sifat-sifat persendirian bangsa yang kita cari-cari selama ini., sebab Islam lah yang menyempurnakan sifat keperibadian tersebut. Walaupun sudah adanasib politik dan keturunan sebelum Islam dan telah menyerapi kedalam perolahan sejarah yang menuju kepada kebangsaan tetapi dengan kehadiran Islam lah baru semuanya dilengkapkan  iaitu unsur-unsur sastera, agama dan kebudayaan. Melalui Islamlah maka masyarakat Melayu dapat membentuk fahaman kebangsaannya.
            Kita tidak dapat menyangkal keanehan dan kepelikan kita  kepada Melayu-Indonesia yang majoriti penduduknya adalah Islam, betapa masyarakat itu jahil dengan sejarahnya sendiri, tidak insaf akan peranannya di Asia Tenggara, tidak sedar akan dirinya! Ini berlaku kerana sejarah Islamnya telah diabaikan dan dirangkapkan sebagai sebuah zaman kezaliman  dan kejahilan maka ia menimbulkan rasa malu dan kecewa dihati masyarakat. Oleh itu para penulis,pujangga dan sarjana telah mengadaptasi kebudayaan Barat agar dapat membentuk keperibadian pada masa akan datang.

            Maka dengan sebab itu timbullah kekeliruan dan keraguan yang mendesak kita suapay amencari identiti sendiri supaya nilai norma sosial masa lalu seiring dengan masa hadapan. Dalam usaha itu maka para sarjana dan penulis beralih kepada zaman pra Islam seperti zaman Sriwijaya dan Majapahit yang dianggap sebagai sebuah tamadun yang telah memulia dan membanggakan maruah bangsa!. Selanjutnya kita tergopoh dalam cubaan untuk membangkitkan nilai-nilai yang lama itu yang sepatutnya harus dibiarkan lebur untuk selama-lamanya. 

            Dalam usaha kita itu kita enggan memandang sejarah Islam dan telah memandang sejarah kuno untuk mendapatkan nilai-nilai yang difikirkan dapat membimbing kita ke dunia moden. Tiada apa yang dapat kita perolehi dari sejarah itu melainkan nilai-nilai biadap,kolot dan pandangan estetik yang bertentangan dengan nilai-nilai moden.

            Atas dasar yang telah diusulkan Barat  maka satu konsep regionalisme atau kedaerahan telah meracuni pencarian kita. Konsep ini asalnya bertujuan untuk kerjasama ekonomi dan teknologi serantau namun dalam masa yang sama juga ia meliputi penjelmaan kesatuan dalam  pelbagai unsur kebudayaan hingga dapat mewujudkan kebudayaan Asia Tenggara. Sebagaimana sesuatu rencana politik itu berlandaskan ideologi dan falsafah politik begitu jugalah sesuatu rencana kebudayaan mesti didasari dengan dasar-dasar ilmiah.


Dipetik dan diolah dari Buku Islam Dalam Sejarah Kebudayaan Melayu ms 56-58; Cetakan 1999; Syed Muhammad Naquib Al- Attas.

Kususasteraan Cina di Tanah Melayu sewaktu Perang Dunia Ke-2

By //



            Sewaktu period perang Dunia ke-2 berlansung, disamping menyebarkan propaganda anti-Barat di pelbagai media pada waktu itu, pihak Jepun juga tidak terlepas dari menyebarkan pemikiran mereka melalui kesusasteraan yang dinamakan sebagai “sastera pengkhianat, sastera lucah dan sastera fikiran” yang bertujuan untuk melemahkan fikiran dan semangat perjuangan rakyat tempatan.

            Terdapat 3 buah surat khabar dan sebuah majalah berbahasa Cina iaitu:
1.      Harian Syonan – Singapura
2.      Harian Xin Ya – Kuala Lumpur
3.      Penang Sin Bun – Pulau Pinang
4.      Majalah Nanguang Zhoukan – Singapura

            Jika diteliti secara sepintas lalu, penulisan-penulisan sastera ini lebih kepada memuji-muji Maharaja dan tentera Jepun bahkan ada yang yang rela menjadi pembantu kepada “Perang Suci” Jepun. Dibawah ini adalah contoh daripada sebahagian sastera pengkhianat didalam “Mingguan Sinar Selatan” bertarikh 3 Oktober 1943.

            Warna merah sedang menyelimuti bumi
            Menyinari seluruh penjuru di Asia Timur
            Aku menatap pada cahaya terang – benderang
            Bukankah itu lambang aliran darah tentera Maharaja
            Demi membebaskan Asia Timur
            Anda penyelamat yang satu-satunya buat segala sesuatu di bumi
            Untuk menghapuskan kegelapan
            Kini ornag yang berada dalam kegelapan mulai sedar
            Kerana hanya matahari yang dapat mengahapuskan
            Pencemaran dan kegelapan dunia ini
            Hanya matahari yang akan membawakan sumber nyawa
            Kini bumi ini tampak suasana kemakmuran
            Wahai Asia Timur sedang berkembang!

            Tulisan seperti ini ditulis dengan bertujuan untuk mendapatkan wang dan saguhati  dan tidak kurang pula yang menulis hanya untuk memuaskan hasrat peribadi. Sebuah syair bertajuk  “Merayakan Pesta Hari Kekal” ditulis semata-mata untuk mengambil hati pihak Jepun. Disini disertakan rangkap pertama puisi tersebut

            Pesta hari kekal pada setiap tahun
            Hari suci yang bahagia bagi kita
            Nah, tengok!
            Matahari dan angin begitu terang dan lembut,
            Pemandangan yang indah dan permai,
            Dibawah kibaran bendera matahari
            Disana sini tampak suasana kegembiraan,
            Ayuh, bersama-sama meraikan meraikan hari gembira!

            Selain itu juga terdapat cerpen yang bersifat politik dan memuji kebesaran Maharaja Jepun. Antara isi kandungan nya ialah:
           
            Tahun ini ialah tahun kepastian kemenangan dimana rakyat akan menggempur tentera berikat. Maharaja menguasai pemerintahan dan peperangan di Asia Timur sedangkan tentera berikat umpama haiwan yang cedera, sambil mengaum dan betempiaran, akhirnya tidak akan berdaya lalu mampus begitu sahaja. Perang ini adalah perang bagi rakyat Asia. Maju dan mundur bangsa Asia begantung kepada peperangan ini. Rakyat sudah lama terjajah dan inilah peluang untuk membebaskan diri dari mereka. Dengan demikian, semua rakyat harus bangun dan berganding bahu dan menyumbang tenaga kepada maharaja. Oleh itu tahun ini adalah kemenangan buat kita dan keruntuhan total buat tentera berikat!       
           
           
Dipetik dan diolah dari sebahagian Bab Kemunculan Sastera Pengkhianat ms 70 -79; Ma Hua Moden 1919-1965 – Cetakan tahun 200; Yang Quee Yee.

Like juga kami di fb https://www.facebook.com/KitabSejarahMalaya