Operasi Barbarossa dan Kecuaian Hitler (sambungan)

By


Bahagian II

Pasukan tentera Nazi telah melalui waktu-waktu yang hebat sepanjang tahun 1941 dan mereka akan melancarkan peperangan terbesar dalam sejarah kemanusiaan malah nama “Barbosa” mempunyai Wagnerian[1] (lagu) khas. Walaubagaimanapun, Hitler telah dibutakan dengan kejayaannya di Perancis dan Poland. Setiap divisyen Panzer pada tahun 1940 mempunyai 300 kereta kebal dan pada tahun 1941 hanya mempunyai kurang daripada 200 kereta kebal sahaja. Daripada 4198 kereta kebal yang dimiliki Jerman, 1156 buah daripadanya ketinggalan zaman iaitu jenis Mk Is[2] dan Ils sementara 772 buah dibuat oleh Czech Skoda[3]. Hanya 1400 buah Mk III[4] dan Mk IV[5] yang lebih moden sahaja dibina. Ini menunjukkan kelemahan industri pembuatan Jerman sedangkan Russia mempunyai 22 ribu kereta kebal (dikategorikan antik) dan 17 ribu daripadanya telah musnah semasa 5 bulan pertama serangan, namun dengan peperangan yang berlanjutan, Russia telah membangunkan kereta kebal terbaru  T34 yang terbukti sangat berkuasa keatas kereta kebal terbaru Jerman. Hitler sendiri lansung tidak menjangkakan akan wujud mekanis seperti ini dalam masa yang begitu singkat. Disamping itu juga sebanyak 600 ribu lori dan kenderaan ringan yang lain dibina dan sebanyak 625 ribu ekor kuda telah digunakan sebagai pengangkutan bagi mengangkut barang-barang yang mudah. Perkara yang tidak dapat diduga berlaku pada Jun 1941 adalah penyebab mengapa Hitler membuat keputusan untuk tidak melancarkan serangan sepenuhnya keatas Moscow. Kejatuhan ibu kota Russia akan menyebabkan Stalin kehilangan semangat dan akan cuba untuk mencari jalan perdamaian. 

Hitler merupakan seorang pelajar dibidang sejarah namun beliau bukan seorang ahli sejarah. Kaedahnya adalah melalui perasaan berbanding dengan fakta dan beliau hanya membaca berdasarkan apa yang bersesuaian dengan jiwanya. Hitler mempelajari dan memahami kegagalan kempen Napolean dan Raja Sweden iaitu Charles XII.Namun seharusnya Hitler memahami peristiwa yang berlaku pada Perang Dunia-1 pada tahun 1914-1917. Pada Perang Dunia 1, walaupun Russia telah dikalahkan di  Timur Prussia dan Galicia antara tahun 1914-1915, Russia telah menunjukkan  kejayaan mereka dalam serangan Brusilov[6] pada tahun 1916. Ini merupakan keputusan Hilter yang sangat suram kerana memandang rendah keupayaan dan kekuasaan rakyat Russia untuk bangun menentang semula. Komunis Russia mampu untuk berperang sepertimana yang dilakukan pada tahun 1812. Sejujurnya semua ini tidak mustahil pada tahun 1917, namun kejatuhan Russia disebabkann keadaan politiknya pada waktu itu dan bukanlah disebabkan peperangan.

Hitler seharusnya bertanyakan dirinya  samada kekuatan politik atau penyeksaan yang dilakukan oleh Tzar Nicholas II yang akan membentuk potensi penuh Russia sekiranya diserang. Namun Hitler berasa ragu dan telah mengisytiharkan pada 4 Julai 1941 perang telah tamat dan pasukan darat dan udara Russia telah dilumpuhkan. Sejujurnya juga Russia telah kehilangan pelbagai peralatan senjata seperti kereta kebal yang dianggap usang serta tentera  yang kemudiannya diganti dengan benih baru tentera merah seperti Marshal Georgi Zhukov[7]. Hitler juga tidak sedar bahawa kemusnahan yang dialami Jerman iaitu sebanyak 15% askar dan 25% kereta kebal tidak dapat digantikan dalam masa yang singkat sedangkan Russia sedang meningkat dan semakin kuat.

Kebanyakan pegawai-pegawai tinggi tentera Jerman seperti Hallder, Bock dan Guerderian yang berfikiran terbuka berpandangan agar lebih baik menyerang Moscow, namun Hitler memandang rendah kepada mereka dan mengatakan kepada mereka bahawa “hanya otak yang begitu pemalas akan menyerap  idea pada masa lalu, dan tidak lansung nampak peluang keemasan dalam menawan bandar tersebut”. Pemikiran Hitler yang terawang-awang itu menyebabkan keputusannya juga berubah, kadangkala dia ingin memberi tekanan terhadap Leningrad di kawasan Utara, kadangkala di kawasan selatan Donets Basin begitu juga di Crimea dan Caucasus. Ketika pasukan arteleri bergerak menuju kehadapan, pasukan tengah telah diarahkan supaya memutuskan semua perhubungan ke Moscow tetapi tidak dibenarkan untuk memasuki bandar tersebut.

Nampaknya ini merupakan cara untuk mengambil Russia dari sudut pentadbiran, persenjataan dan perhubungan awam di seluruh Moscow, dan untuk menghalang pembentukan semula tentera Russia yang bersembunyi untuk bersatu semula. Tapi tindakan ini merupakan kesalahan yang sangat serius dimana Stalin dengan mudah membentuk semula tenteranya di dataran Urals. Peperangan disekeliling Moscow membawa keputusan yang sama sepertimana peperangan pada tahun 1812 dimana ia memberi masa kepada Russia untuk berkumpul semula.

Salah satu prinsip didalam peperangan ialah tujuan dan tumpuan bagaimana untuk memaksimakan penggunaan kelengkapan ketenteraan untuk mencapainya. Para panglima tentera Jerman tahu akan kekurangan ini  namun tetap ingin mencuba tetapi bukan seperti Hitler. Adakah dia yang membenarkan panglimanya untuk menakluki Moscow sebelum cuaca mengganggu, siapa yang tahu apakah kecelakaan  akan menimpa? Sebaliknya Hitler membuang jauh segala sumbernya dan membuka seluas-luasnya peperangan dengan menentang sebuah kuasa tentera yang lebih banyak jumlahnya. Hitler juga gagal untuk membuat “back up plan” apabila beliau meramalkan “keruntuhan banggunan lama” Soviet yang pada hakikatnya tidak berlaku.

Gambar






[1] Pada tahun 1933, tahun permulaan Hitler berkuasa, ulang tahun kelima puluh kematian komposer Richard Wagner dirayakan di festival Bayreuth di bawah tema 'Wagner dan Jerman baru'. Pautan antara komposer opera abad ke-19 dan diktator abad ke-20 itu wujud dari permulaan Parti Nazi, dan telah diperkukuhkan dan dibangunkan sepanjang tahun pemerintahan Hitler. Mungkin tiada pemuzik lain yang berkait rapat dengan Nazisme seperti Wagner, dan tidak ada komposer muzik lain yang dapat dicemari dengan persatuan-persatuan ideologi Reich Ketiga.

[2] Reka bentuk Panzer I bermula pada tahun 1932 dan pengeluaran besar-besaran bermula pada tahun 1934. Bertujuan hanya sebagai kereta kebal latihan untuk  memperkenalkan konsep peperangan perisai kepada Tentera Jerman, Panzer I melihat pertempuran di Sepanyol semasa Perang Saudara Sepanyol, di Poland, Perancis , Kesatuan Soviet dan Afrika Utara semasa Perang Dunia Kedua, dan di China semasa Perang China-Jepun Kedua. Pengalaman dengan Panzer I semasa Perang Saudara Sepanyol membantu membentuk pencerobohan kor perisai Jerman Poland pada tahun 1939 dan Perancis pada tahun 1940. Pada tahun 1941, Panzer I reka bentuk casis telah digunakan sebagai asas pemusnah kereta kebal dan senjata serangan. Terdapat cubaan untuk menaik taraf Panzer I sepanjang sejarah perkhidmatan, termasuk oleh negara-negara asing untuk melanjutkan jangka hayat reka bentuk ini dan Ia terus berkhidmat dalam Angkatan Tentera Sepanyol sehingga 1954.

[3] Skoda Auto lebih dikenali sebagai Skoda, adalah pengeluar kereta yang berpangkalan di Republik Czech. Skoda menjadi anak syarikat milik penuh Kumpulan Volkswagen pada tahun 2000, diletakkan sebagai jenama baru ke kumpulan Volkswagen. Jumlah jualan globalnya mencapai 939.200 kereta pada tahun 2012. Skoda telah ditubuhkan sebagai senjata kilang pada tahun 1859. Skoda Auto (dan pendahulunya) adalah salah satu daripada lima syarikat tertua mengeluarkan kereta dan mempunyai sejarah yang tidak  terputus (bersama Tatra, Daimler, Opel dan Peugeot)

[4] Juga di sebut sebagai  Panzerkampfwagen III Sd Kfz - Rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Panzer_III   -Lihat gambar 1

[5] Juga di sebut sebagai Panzerkampfwagen IV (Pz.Kpfw. IV) – Rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Panzer_IV - Lihat gambar 2

[6] Ia adalah serangan besar tentera-tentera Kuasa-Kuasa Pusat di Perbatasan Timur, yang dilancarkan pada 4 Jun 1916, dan berkekalan hingga akhir September. Ia berlaku pada hari ini dikenali sebagai Ukraine, di sekitar umum bandar-bandar Lviv, Kovel dan Lutsk. Serangan itu dinamakan selepas komander Rusia yang bertanggungjawab bagi Perbatasan Timur Laut, iaitu General Aleksei Brusilov. – Rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Brusilov_Offensive  dan gambar 3.

[7] Rujuk gambar 4.