Operasi Barbarossa dan Kecuaian Hitler (sambungan)

By //


Bahagian II

Pasukan tentera Nazi telah melalui waktu-waktu yang hebat sepanjang tahun 1941 dan mereka akan melancarkan peperangan terbesar dalam sejarah kemanusiaan malah nama “Barbosa” mempunyai Wagnerian[1] (lagu) khas. Walaubagaimanapun, Hitler telah dibutakan dengan kejayaannya di Perancis dan Poland. Setiap divisyen Panzer pada tahun 1940 mempunyai 300 kereta kebal dan pada tahun 1941 hanya mempunyai kurang daripada 200 kereta kebal sahaja. Daripada 4198 kereta kebal yang dimiliki Jerman, 1156 buah daripadanya ketinggalan zaman iaitu jenis Mk Is[2] dan Ils sementara 772 buah dibuat oleh Czech Skoda[3]. Hanya 1400 buah Mk III[4] dan Mk IV[5] yang lebih moden sahaja dibina. Ini menunjukkan kelemahan industri pembuatan Jerman sedangkan Russia mempunyai 22 ribu kereta kebal (dikategorikan antik) dan 17 ribu daripadanya telah musnah semasa 5 bulan pertama serangan, namun dengan peperangan yang berlanjutan, Russia telah membangunkan kereta kebal terbaru  T34 yang terbukti sangat berkuasa keatas kereta kebal terbaru Jerman. Hitler sendiri lansung tidak menjangkakan akan wujud mekanis seperti ini dalam masa yang begitu singkat. Disamping itu juga sebanyak 600 ribu lori dan kenderaan ringan yang lain dibina dan sebanyak 625 ribu ekor kuda telah digunakan sebagai pengangkutan bagi mengangkut barang-barang yang mudah. Perkara yang tidak dapat diduga berlaku pada Jun 1941 adalah penyebab mengapa Hitler membuat keputusan untuk tidak melancarkan serangan sepenuhnya keatas Moscow. Kejatuhan ibu kota Russia akan menyebabkan Stalin kehilangan semangat dan akan cuba untuk mencari jalan perdamaian. 

Hitler merupakan seorang pelajar dibidang sejarah namun beliau bukan seorang ahli sejarah. Kaedahnya adalah melalui perasaan berbanding dengan fakta dan beliau hanya membaca berdasarkan apa yang bersesuaian dengan jiwanya. Hitler mempelajari dan memahami kegagalan kempen Napolean dan Raja Sweden iaitu Charles XII.Namun seharusnya Hitler memahami peristiwa yang berlaku pada Perang Dunia-1 pada tahun 1914-1917. Pada Perang Dunia 1, walaupun Russia telah dikalahkan di  Timur Prussia dan Galicia antara tahun 1914-1915, Russia telah menunjukkan  kejayaan mereka dalam serangan Brusilov[6] pada tahun 1916. Ini merupakan keputusan Hilter yang sangat suram kerana memandang rendah keupayaan dan kekuasaan rakyat Russia untuk bangun menentang semula. Komunis Russia mampu untuk berperang sepertimana yang dilakukan pada tahun 1812. Sejujurnya semua ini tidak mustahil pada tahun 1917, namun kejatuhan Russia disebabkann keadaan politiknya pada waktu itu dan bukanlah disebabkan peperangan.

Hitler seharusnya bertanyakan dirinya  samada kekuatan politik atau penyeksaan yang dilakukan oleh Tzar Nicholas II yang akan membentuk potensi penuh Russia sekiranya diserang. Namun Hitler berasa ragu dan telah mengisytiharkan pada 4 Julai 1941 perang telah tamat dan pasukan darat dan udara Russia telah dilumpuhkan. Sejujurnya juga Russia telah kehilangan pelbagai peralatan senjata seperti kereta kebal yang dianggap usang serta tentera  yang kemudiannya diganti dengan benih baru tentera merah seperti Marshal Georgi Zhukov[7]. Hitler juga tidak sedar bahawa kemusnahan yang dialami Jerman iaitu sebanyak 15% askar dan 25% kereta kebal tidak dapat digantikan dalam masa yang singkat sedangkan Russia sedang meningkat dan semakin kuat.

Kebanyakan pegawai-pegawai tinggi tentera Jerman seperti Hallder, Bock dan Guerderian yang berfikiran terbuka berpandangan agar lebih baik menyerang Moscow, namun Hitler memandang rendah kepada mereka dan mengatakan kepada mereka bahawa “hanya otak yang begitu pemalas akan menyerap  idea pada masa lalu, dan tidak lansung nampak peluang keemasan dalam menawan bandar tersebut”. Pemikiran Hitler yang terawang-awang itu menyebabkan keputusannya juga berubah, kadangkala dia ingin memberi tekanan terhadap Leningrad di kawasan Utara, kadangkala di kawasan selatan Donets Basin begitu juga di Crimea dan Caucasus. Ketika pasukan arteleri bergerak menuju kehadapan, pasukan tengah telah diarahkan supaya memutuskan semua perhubungan ke Moscow tetapi tidak dibenarkan untuk memasuki bandar tersebut.

Nampaknya ini merupakan cara untuk mengambil Russia dari sudut pentadbiran, persenjataan dan perhubungan awam di seluruh Moscow, dan untuk menghalang pembentukan semula tentera Russia yang bersembunyi untuk bersatu semula. Tapi tindakan ini merupakan kesalahan yang sangat serius dimana Stalin dengan mudah membentuk semula tenteranya di dataran Urals. Peperangan disekeliling Moscow membawa keputusan yang sama sepertimana peperangan pada tahun 1812 dimana ia memberi masa kepada Russia untuk berkumpul semula.

Salah satu prinsip didalam peperangan ialah tujuan dan tumpuan bagaimana untuk memaksimakan penggunaan kelengkapan ketenteraan untuk mencapainya. Para panglima tentera Jerman tahu akan kekurangan ini  namun tetap ingin mencuba tetapi bukan seperti Hitler. Adakah dia yang membenarkan panglimanya untuk menakluki Moscow sebelum cuaca mengganggu, siapa yang tahu apakah kecelakaan  akan menimpa? Sebaliknya Hitler membuang jauh segala sumbernya dan membuka seluas-luasnya peperangan dengan menentang sebuah kuasa tentera yang lebih banyak jumlahnya. Hitler juga gagal untuk membuat “back up plan” apabila beliau meramalkan “keruntuhan banggunan lama” Soviet yang pada hakikatnya tidak berlaku.

Gambar






[1] Pada tahun 1933, tahun permulaan Hitler berkuasa, ulang tahun kelima puluh kematian komposer Richard Wagner dirayakan di festival Bayreuth di bawah tema 'Wagner dan Jerman baru'. Pautan antara komposer opera abad ke-19 dan diktator abad ke-20 itu wujud dari permulaan Parti Nazi, dan telah diperkukuhkan dan dibangunkan sepanjang tahun pemerintahan Hitler. Mungkin tiada pemuzik lain yang berkait rapat dengan Nazisme seperti Wagner, dan tidak ada komposer muzik lain yang dapat dicemari dengan persatuan-persatuan ideologi Reich Ketiga.

[2] Reka bentuk Panzer I bermula pada tahun 1932 dan pengeluaran besar-besaran bermula pada tahun 1934. Bertujuan hanya sebagai kereta kebal latihan untuk  memperkenalkan konsep peperangan perisai kepada Tentera Jerman, Panzer I melihat pertempuran di Sepanyol semasa Perang Saudara Sepanyol, di Poland, Perancis , Kesatuan Soviet dan Afrika Utara semasa Perang Dunia Kedua, dan di China semasa Perang China-Jepun Kedua. Pengalaman dengan Panzer I semasa Perang Saudara Sepanyol membantu membentuk pencerobohan kor perisai Jerman Poland pada tahun 1939 dan Perancis pada tahun 1940. Pada tahun 1941, Panzer I reka bentuk casis telah digunakan sebagai asas pemusnah kereta kebal dan senjata serangan. Terdapat cubaan untuk menaik taraf Panzer I sepanjang sejarah perkhidmatan, termasuk oleh negara-negara asing untuk melanjutkan jangka hayat reka bentuk ini dan Ia terus berkhidmat dalam Angkatan Tentera Sepanyol sehingga 1954.

[3] Skoda Auto lebih dikenali sebagai Skoda, adalah pengeluar kereta yang berpangkalan di Republik Czech. Skoda menjadi anak syarikat milik penuh Kumpulan Volkswagen pada tahun 2000, diletakkan sebagai jenama baru ke kumpulan Volkswagen. Jumlah jualan globalnya mencapai 939.200 kereta pada tahun 2012. Skoda telah ditubuhkan sebagai senjata kilang pada tahun 1859. Skoda Auto (dan pendahulunya) adalah salah satu daripada lima syarikat tertua mengeluarkan kereta dan mempunyai sejarah yang tidak  terputus (bersama Tatra, Daimler, Opel dan Peugeot)

[4] Juga di sebut sebagai  Panzerkampfwagen III Sd Kfz - Rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Panzer_III   -Lihat gambar 1

[5] Juga di sebut sebagai Panzerkampfwagen IV (Pz.Kpfw. IV) – Rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Panzer_IV - Lihat gambar 2

[6] Ia adalah serangan besar tentera-tentera Kuasa-Kuasa Pusat di Perbatasan Timur, yang dilancarkan pada 4 Jun 1916, dan berkekalan hingga akhir September. Ia berlaku pada hari ini dikenali sebagai Ukraine, di sekitar umum bandar-bandar Lviv, Kovel dan Lutsk. Serangan itu dinamakan selepas komander Rusia yang bertanggungjawab bagi Perbatasan Timur Laut, iaitu General Aleksei Brusilov. – Rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Brusilov_Offensive  dan gambar 3.

[7] Rujuk gambar 4.

Operasi Barbarossa dan Kecuaian Hitler.

By //


Bahagian 1
Keputusan Hitler untuk menakluk Kesatuan Russia (USSR)[1] adalah berdasarkan kepada kepercayaannya bahawa sistem pemerintahan Kesatuan Russia sedang rapuh. Memetik kata-kata Hitler “Kita hanya perlu menyepak pintu dan kesemua sisa runtuhan akan jatuh”, itulah pandangan Hitler apabila memikirkan operasi tersebut. Begitu banyak bukti yang menunjukkan kelemahan pentadbiran Stalin dan kekalahan Soviet di  dalam “Perang Salji”[2] di Findland pada tahun 1940. Namun Hitler memandang rendah kepada kekuatan Stalin dan potensi “Red Army”. Stalin telah menggunakan perjanjian Nazi-Soviet pada tahun 1939 untuk menghapuskan kumpulan demokrasi di Barat Soviet. 
Namun pada tahun 1941 Hitler telah dikecewakan Britain dalam siri serangan udaranya untuk menakluk negara tersebut, Hitler kemudiannya merancang sebuah plan yang sangat besar iaitu untuk mencari lebensraum[3] di Timur Eropah dan ingin mengawal minyak di Caucasus sedangkan Hitler menghadapi serangan orang-orang di Barat dan Utara Afrika dengan sangat hebat.Malahan sebelum serangan ke atas Britain dilakukan pada tahun 1940 Hitler telah membuat keputusan bahawa Soviet akan menjadi serangan terbarunya. Rancangan Serangan dan Operasi Barbosa pada awalnya diketuai oleh General Erich Marcks[4] yang secara lansung membuat “blue print” bagi serangan tersebut. Marcks meletakkan harapan yang sangat tinggi dan amat fokus kepada rancangannya. Objektif paling utamanya ialah memusnahkan ekonomi Russia dengan melumpuhkan bandar-bandar seperti Leningrad di barat, keseluruhan tengah Moscow dan sekitarnya serta Ukraine di selatan.
Diantara 3 tempat ini keutamaan telah  diberikan kepada Moscow memandangkan bandar tersebut merupakan ibu negara bagi Soviet, yang secara tidak lansung menjadi pusat ekonomi,budaya dan politik Soviet. Rencana ini merupakan sebuah harapan yang sangat tinggi bagi Jerman dan sekiranya penaklukan ini berjaya maka keseluruhan Soviet akan runtuh dan proses untuk menyatukan semula kekuatan Soviet akan mengambil masa yang panjang. Ini akan memudahkan lagi usaha Nazi untuk menakluki keseluruhan kawasan Utara Eropah dengan pantas. Walaupun strategi ini tidak berjaya dilakukan oleh Napoleon pada tahun 1812[5] tetapi  Marcks yakin rancangan ini akan berjaya bagi Jerman dalam tahun 1941 dan rancangan ini telah diterima sebulat semua oleh barisan pemimpin tertinggi Nazi. Beberapa siri simulator peperangan telah dijalankan dan pelbagai modifikasi peralatan telah dibangunkan oleh saintis Nazi yang lansung tidak mempersoalkan hasil kertas kerja yang dibuat oleh Marcks, kerana keputusan yang begitu genting ini akan menentukan nasib Jerman.
Walaubagaimanapun Hitler tidak bersetuju dengan keputusan Ketua Angkatan Tentera Nazi yang memberikan kepercayaan kepada rancangan tersebut. Hitler telah meminta General Jodl di Bahagian Pusat Pemerintahan untuk melakukan kajian berasingan yang akan diketuai oleh General Baron Von Lossberg[6]. Lossberglah orang bertangungjawab dalam meletakan asas kepada Operasi Barbosa. Lossberg telah menolak rancangan Marcks supaya serangan ke atas Moscow dilancarkan sebaliknya beliau mencadangkan supaya serangan dilakukan di bandar Smolensk yang berada disebelah barat. Jalan raya sepanjang arah menuju ke Smolensk akan dibom oleh pasukan arteleri dari arah utara dan selatan sementara di bahagian tengah tentera Soviet akan dikepung di kawasan berdekatan Smolensk. Hitler yang mempercayai bahawa “Moscow sebagai bukan ancaman utama” telah menolak rancangan Marcks dan meneruskan cadangan yang telah dicadangkan oleh Lossberg. 
Walaupun pasukan khas perisikan Nazi telah membuat penelitian yang begitu rapi, kesemuanya telah ditolak oleh Hitler. Hitler kini secara tidak lansung telah melibatkan diri dalam merencanakan operasi tersebut terutamanya di bahagian-bahagian utama seperti  logistik, pusat divisyen dan taktik pengeboman serta memilih kawasan-kawasan yang seharusnya dibom. Menurut seorang pangkaji sejarah perang dunia ke-2, Hitler hampir-hampir menghantar tentera Jerman menerusi  “will-o’-the wisp”[7] selama 4 tahun iaitu menawan pelabuhan-pelabuhan, bandar,minyak, jagung dan besi.  Hitler juga telah menolak laporan pasukan risikan yang diketuai oleh diplomat Jerman di Soviet iaitu Count Schulenberg[8] dan membalas laporan berkenaan dengan  ucapan terima kasih dan laporan ini amat menarik tanpa membaca laporan tersebut. Hitler secara tidak lansung merendahkan maklumat risikan yang pada pendapatnya bertentangan dengan pemahaman beliau.Perbuatan ini menyebabkan pasukan tentera Jerman memandang rendah kualiti dan  keupayaan T-34[9] yang dimiliki oleh pasukan Soviet yang sebenarnya telah memberi kesan yang sangat besar terhadap kempen Perang Dunia ke-2.
Pakar ketenteraan British percaya bahawa Jerman akan mengalahkan Soviet dengan mudah namun dalam masa yang sama mereka mempunyai beberapa pandangan  terhadap apa yang akan berlaku seterusnya. Mereka menjangkakan peperangan terbaru ini akan berada di fasa baru atau dalam terma Nazi fasa politik-kaum dimana kawasan Russia yang sangat luas akan dijajah dan diduduki. Namun sekiranya Russia enggan mengaku kalah  dan Stalin masih ingin meneruskan peperangan hingga ke kawasan Ural, bagaimana Jerman akan mengadakan peperangan yang berlanjutan dikawasan Asiatic-Russia?. Begitu banyak tentera yang akan terlibat dan bekalan makanan juga akan meningkat dengan mendadak untuk mengekalkan serangan tersebut sedangkan Jerman tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk bertahan di Utara Afrika dan barat laut Eropah, dan sekiranya Amerika terlibat didalam peperangan ini bagaimana tentera Jerman akan menghalang Amerika yang mengumpulkan kekuatannya di Britain sebelum melancarkan serangan ke atas Perancis. Ternyata Hitler tidak mempunyai jawapan bagi soalan tersebut. Hitler percaya serangan “blitzkrieg” akan gagal jika tidak mengambil kira bentuk muka bumi dan keadaan cuaca di Russia dan ia merupakan salah satu faktor yang menyelamatkan Russia daripada tentera asing yang mencerobohnya.
Gambar



  1.  General Erich Marcks
  2.  General Baron Von Lossberg
  3.  Friedrich Werner von der Schulenburg

[1] Kesatuan Soviet mempunyai akarnya dalam Revolusi Rusia pada tahun 1917, dan berjaya menggulingkan autokrasi empayar. Golongan majoriti Sosial Demokratik Parti Buruh yang diketuai oleh Vladimir Lenin, kemudian mengetuai revolusi kedua yang menumbangkan kerajaan sementara dan menubuhkan Rusia Sosialis Federatif Republik Soviet, bermula perang saudara antara pro-revolusi Reds dan Whites kontra-revolusi. Tentera Merah memasuki beberapa wilayah-wilayah bekas Empayar Rusia dan pekerja yang dianjurkan oleh para petani ke dalam daerah-daerah di bawah kepimpinan Komunis. Pada tahun 1922, pihak Komunis menang, membentuk Kesatuan Soviet dengan penyatuan Rusia, Transcaucasian, Ukraine, dan republik-republik Byelorussian. Berikutan kematian Lenin pada tahun 1924, kepimpinan yang kolektif Troika dan perebutan kuasa, Joseph Stalin mula berkuasa pada pertengahan 1920-an. Stalin komited ideologi negara kepada Marxsisme-Leninisme dan memulakan ekonomi terancang secara berpusat. Hasilnya, negara ini menjalani tempoh pesat dan pengumpulan yang meletakkan asas bagi usaha perang kemudian dan dominasi selepas Perang Dunia II. Rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/USSR.

[2] Merupakan peperangan diantara UUSR dan Findland pada tahun 1939-1940.  Ia bermula dengan penaklukan Soviet keatas Findland pada 30 November 1939 (3 bulan sebelum Perang Dunia II bermula), dan berakhir dengan Perjanjian Moscow  pada 13 March 1940. Lebih daripada 30,000 pegawai pangkat atas dan rendah telah ditembak mati atau dipenjarakan, Tentera Russia pada tahun 1939 mempunyai ramai pegawai tentera yang tidak berpengalaman. Disebabkan itu dan moral tentera Findland yang tinggi, tentera Findland berjaya bertahan berbulan-bulan lamanya, lebih lama daripada apa yang dijangkakan oleh tentera Russia .

[3] the territory which a state or nation believes is needed for its natural development – Definasi Lebensraum; juga bermaksud sebagai - "living space," it was a basic principle of Nazi foreign policy fcit.coedu.usf.edu/holocaust/DEFN/lebensra.htm.

[4] Rujuk gambar 1.

[5] Pencerobohan Perancis Rusia (Perancis: Campagne de Russie) atau Perang Patriotik tahun 1812 bermula pada 24 Jun 1812 apabila Napoleon Grande Armee menyeberangi Sungai Neman dalam usaha untuk melibatkan diri dan mengalahkan tentera Rusia. Napoleon berharap untuk memaksa Tsar Alexander I dari Rusia untuk menghentikan perdagangan dengan pedagang British melalui proksi dalam usaha untuk memberi tekanan kepada United Kingdom untuk memaksa British menandatangani perjanjian damai. Tujuan politik rasmi kempen tersebut ialah untuk membebaskan Poland daripada ancaman Rusia. Napoleon menamakan kempen Perang Poland Kedua dan memuji-muji Poland dan menyediakan satu helah politik terhadap tindakannya.

[6] Rujuk gambar 2.

[7] Definasi  will-o’-the wisp  - a person or thing that is difficult or impossible to reach or catch.

[8] Rujuk Gambar 3.

[9] T-34 adalah tulang belakang pasukan berperisai Soviet sepanjang Perang Dunia II. Reka bentuk dan pembinaan tangki secara berterusan ditapis semasa perang untuk meningkatkan keberkesanan dan pengurangan kos, membolehkan jumlahnya semakin besar  walaupun kerugian besar. Ia merupakan kereta kebal yang paling banyak dihasilkan-perang, dan tangki kedua yang paling dihasilkan sepanjang masa, selepas penggantinya, siri T-54/55. Pada akhir perang pada tahun 1945 T-34 mempunyai digantikan dengan banyak kereta kebal ringan dan berat dalam perkhidmatan Tentera Merah. Ia menyumbang majoriti pengeluaran tangki Soviet, dan mengikuti perang ia dieksport secara meluas. Pembangunan evolusi yang diketuai secara langsung kepada siri T-54/55 yang tangki, yang dibina sehingga tahun 1981 dan masih beroperasi pada 2013 dan yang itu sendiri membawa kepada T-62, T-72, dan T-90 kereta kebal yang, bersama-sama dengan pembuatan China tangki berdasarkan T-55, dan ia menjadi tulang belakang banyak tentera ke hari ini. Pada tahun 1996, T-34 varian masih dalam perkhidmatan dalam sekurang-kurangnya di 27 negara. http://en.wikipedia.org/wiki/T-34

Diterjemah dari buku Great Military Blunders - Geoffry Regan 

bersambung pada bahagian seterusnya....